Alkisahnya ksya terlebih rajin hari Jumaat terakhir tahun 2020 ni. Sebab nak rasmi set tupperware baru, ahakss. Anak pulak puji, ni la nasi ayam paling sedap era ni. Ye la kan, dah lama sangat ummi tak main masak memasak menu best sejak pkp dulu.

Biasanya rutin menu biasa2 ajer. Selebihnya tapau je lauk just masak nasi. Settle. Lagipun kami sefamily tak suka makan lauk banyak2. Biasanya kalau ikan sekor boleh makan untuk 2 orang. Maybe sejak kecil di ajar makan lauk sket, so dorang dah biasa.

Ksya kan dari keluarga yang susah, jadi lauk pauk ni terhad dalam keluarga. Makan pun bercatu la, share sket sorang. Janji perut kenyang. Tapi nasi tak boleh kurang. Beras berkilo sebulan, dah macam nak buka kedai makan, hikhikhik.

Menu nasi ayam biasa la, ksya rujuk google tapi biasanya derhaka. Normal dah tu, masak dengan bahan apa yang ada dalam peti jerrrr. Alhamdulillah, bila kita masak dengan penuh kasih sayang dan bersemangat makanan tu akan jadi sedap kan.

Awal pagi dah bagun siap pakai cantik2, berbaju kurung sepasang dan mekap ala kadar. Ye la kan, chef nak masuk dapur. Takkan ler berkain batik je. Kotor? Ala, apron kan ada so pakai je la. Sette masalah.

Wanita walau dok rumah, kena la berhias walau nak masuk dapur. Lagipun chef kat restoren tu seharian main masak, elok je pakaian dia. Kotor? biasa la tu tapi apron je la yang kotor, baju elok jer bersih kan.

Berbau? Ala, takpe la dok kat rumah je pun kan. Nak pergi jalan2 tukar je baju lain, apa susah.

Okay, berbalik pada menu nasi ayam sedap ni. Alhamdulillah licin nasi ayam ummi. Anak siap hirup baki sup dan habiskan saki baki nasi yang tinggal. Ayat ulang yang sama dari lunch tadi, sedap sangat la ummi masak hari ni. Terharu pulak, campur kasihan pun ado. Dah lama ummi tak masak cenggini. Walau sekadar nasi ayam, tapi ni la menu special sejak sekian lama.

Insya Allah lepas ni ummi akan cuba lebih rajin main masak di dapur selepas set kabinet baru siap. Baiki dan tambah mana patut je sebab yang lama dah usang sangat dan hampir runtuh. Alhamdulillah rezeki Allah swt untuk kami.

Jom tengok menu Nasi Ayam Simple tapi BEst

Gambar tak de sebab tak sabar nak makan sebab dah lewat. Ni je yang tinggal, lebihan kicap. Lain kali buat, ksya update balik dan upload gambar. Tapi, entah bila la tu. 😂

Sup Ayam
  • Ayam potong kecik, sebab nanti nak perap tak perlu la lama sangat supaya cepat resap ke akar umbi
  • Daun Sup (taburkan bila dah sedia untuk dimakan)
  • Air pastikan lebih sebab nak guna untuk masak nasi jugak
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Kulit kayu manis
  • Bunga Lawang
  • Bunga Cengkih
  • Halia
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Sup bunjut
  • Kiub pati ayam

Caranya :
+ Tumis kan bawang yang telah dicincang halus dengan bahan rempah yang lain sampai naik bau. Masukkan air dan ayam dan biarkan mendidih sekejap. Asingkan ayam untuk diperap nanti. Biarkan tulang ayam mendidih dalam tambahan minit ke 10.
+ Masukkan kiub pati ayam dan garam secukup rasa (ikut suka hati masing2 tiada halangan)

Nasi Ayam
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar marjerin

Caranya :
+ Panaskan marjerin dan tumis bawang yang telah dimayang halus dengan halia.
+ Bila dah naik bau masukkan dalam periuk yang dah di isi beras dan air dari sup ayam tadi, tekan on untuk mulakan proses memasak
+ Done

Perapan Ayam
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • Kicap manis
  • Sos Tiram

Caranya:
+ Cincang halus bawang dan halia. Ksya guna chopper tupperware tu jer.
+ Gaul rata dengan kicap dan sos tiram dan boleh tambah sedikit garam kalau suka
+ Gaul dengan ayam dari sup ayam tadi
+ Perapkan dalam 15 minit
+ Goreng sekejap sekali dengan bahan rempah sekejap dan sedia untuk diangkat dan ditoskan
+ Alaskan mangkuk dengan daun salad baru letak ayam yang telah digoreng tadi
+ Sedia untuk di hidang

Kicap
+ Lebihan kicap dari perapan ayam tadi, masak sekejap atas dapur dan sedia untuk di hidang

Air Lada
+ Blend 1/4 tomato, 2 ulas cili padi, sedikit sup ayam, garam + gula secukup rasa
+ Sedia untuk dihidang

Siap dah nasi ayam kita. Hiris kan timun batang dan potong kasar daun salad. Nak mudahkan kita nak ngap nanti. Tak payah la nak ikut protokol sangat, janji boleh ngap dan sedap. Kannn.

Selamat menjamu selera. 😘😘😘