Rahsia Murah Rezeki Dengan Sedekah Subuh | Alhamdulillah hari ni done kemas bilik tunggu nak beli karpet je 2 untuk dapat effect yang lagi kemas. Petang ni la pi jap kedai karpet murah kat berenjut. Biasa hari sabtu ada offer murah murah.

Okay, hari ni nak share rahsia rezeki masuk dengan amalkan sedekah subuh setiap hari. Amalan ni simple je semua orang mampu buat. Cuma kita ni Istiqamah atau tak je.

Apa sedekah subuh tu? Sedekah subuh ni setiap pagi selepas subuh sebelum syuru’ pastikan kita bersedekah.

Caranya boleh sediakan 1 tabung sedekah dan setiap pagi masukkan berapa jumlah yang kita nak bersedekah tu. Tak kisah berapa jumlah, asalkan anda mampu dan buat dengan ikhlas. Cukup sebulan, boleh la bagi ke tabung masjid atau mereka yang memerlukan.

Cara kedua boleh buat secara online. Setting favourite account sesiap, dan setiap pagi transfer jumlah yang anda mampu. Kalau nak setting sesiap auto transfer pun tak de masalah. Ikut pada keselesaan masing masing.

Cara ketiga sentiasa sediakan duit bila nak pergi surau atau masjid untuk solat subuh. Tapi musim covid19 ni kan, pergerakan dan berkumpul sangat terbatas cuma bagi yang boleh ke masjid atau ke surau, Alhamdulillah.

Yang penting, amalan sedekah ni kena buat setiap hari dan KONSISTEN dan boleh mulakan dengan RM1 dahulu. Dan sila ambil PERHATIAN, amalan ni bukan la akan terus nampak hasil dalam tempoh 24 jam.

Semua rezeki adalah milik Allah swt. Dan semua yang berlaku adalah asbab kepada sesebuah rezeki. Namun, Allah swt sangat suka hambanya yang sentiasa berusaha untuk mencari rezeki yang halal dan sentiasa meminta dariNya.

Allah swt tidak akan mengubah nasib seseorang hambanya tanpa mereka berusaha untuk mengubahnya. Jadi mari lah kita bersama sama berusaha untuk mengubah nasib kita, selebihnya adalah kerja Allah swt nak bagi atau tidak. Insya Allah jika kita berusaha, rezeki itu akan hadir cepat atau lambat.

Pagi esok terus buat. Insya Allah satu persatu urusan kita akan dipermudahkan. Yang penting IKHLAS.