Hari ni cuti weekend kat pantai timur. Tapi sebabkan hari pertama weekend, malas pulak nak uruskan rumah yang tunggang langgang. Sudahnya minta anak2 kemas. Tapi macam biasa la masing masing tolak sana tolak sini.

Apa lagi, ummi pun naik hantu lerrrr. Selawat banyak2 dan sabar. Itu sahaja nak cool down diri dan masuk bilik dok dendiam. Maklumler dah tua ni tekanan darah tinggi, so kena pandai kawal stress kalau tak bahaya.

Dah reda sket baru gempur budak2 ni kemas rumah mana patut. Masing2 gerak je walau tak de la sesedap mata memandang dari sudut pandangan seorang ibu, tapi tindakan tu ada so Alhamdulillah.

Kesudahannyer, ummi juga yang sudahkan mana yang patut. Maybe dalam minda budak2 ni, alaaaaa kami kemas pun nanti ummi kemas balik so wat per kemas kan. Adeh laaa. Pemikiran ni sama dengan kami adik beradik. Sebab walau kami pulun kemas rumah, our mum akan kemas balik pastu membebel kemas tapi macam tak kemas. hahahhahaa

Tapi tuler, bebelan tu la buatkan kami berada di mana kami berada sekarang. So, jom ler membebel kat anak2 jangan bagi dorang selesa sangat. Tambah2 musim sekarang yang tak boleh nak gerak kemana2. Semua dok depan telephone atau laptop.

Cuma, bila amarah menyerang tu kaum ibu kena pandai kawal perasan tu. Jangan bagi amarah menguasai diri. Cara berkesan, duduk dan selawat banyak dalam bilik. Eloknya ambil wudhuk. Dah reda baru boleh teruskan gempur mana patut. Sebab kalau kita gempur masa tengah marah, tak de point jugak kesudahannya kita yang pancit.

Selamat Berhujung Minggu.