Cara Mudah Buat Pizza Pepperoni | Senang sangat tau nak buat pizza pepperoni kebanggan anak anak syurga. Sekali hadap licin sebiji. Dah la nak buat tu semudah ABC jer. Semua dah tersedia dalam frozen.

Dah lama ksya tak masak pizza. Biasanya doh tu buat sendiri jer. Tapi hari ni dari pagi ksya ada masalah tak cukup tidur. Ni la bila fokus sangat buat report. Dah memang hantu report, kalau buat tu nak cepat siap. Tahu diri tak boleh tidur lewat, bila 2-3 hari tidur lewat kepala jadi ting tong. Jadi balik keje masak yang simple dan senang jer. Fokus malam ni nak tidur dan rest awal.

Balik keje terus keluarkan pepperoni, mozzaralle dan doh pizza frozen. Sesiap solat asar kita mulakan project.

BAHAN2 PIZZA PEPPERONI SIMPLE TAPI SEDAP
+ Doh pizza frozen
+ Pepperoni
+ Mozzaralle
+ Sos pizza serbuk (beli kat bakeri dalam bentuk serbuk)
+ Chili flake (kalau suka pedas)

Cara2nyer
+ Panaskan oven 200`c selama 10 minit (bergantung pada oven masing2)
+ Bila doh pizza dah lembut, bancuh sos pizza secukupnyer dan sapu rata atas doh pizza
+ Taburkan pepperoni ikut kuantiti yang korang suka
+ Taburkan secukup rasa Mozzaralle
+ Bakar selama 10-15 minit

Done. Masa untuk makan.

Poster lepas di potong dan effect tarik menarik tu tak ada sebab masing2 dah kelaparan. hehehe

Selamat Mencuba