Teringin sangat nak makan kuih Lompat Tikam Kelantan….dah ada kat kampung ni kan….apalagi…pulun makan ler…sampai 2 bungkus sekali makan….Alhamdulillah…

Pulut makan dengan manisan dan santan pekat tu la yang paling best….yang hijau tu tak berapa best sangat…sebab pahit sikit…lagi best versi Terengganu….cuma Lompat Tikam versi Terengganu santan dan lapisan bawah warna hijau tu lembutnya sama je….

lompat tikam versi kelantan

Kalau versi Kelantan….yang warna hijau tu keras sikit…bila tengok resepinya..senang sangat nak buat….balik rumah nanti…nak try buat la…tapi nak buat Lompat Tikan Campur….hehhehe

Kombinasi Terengganu dan Kelantan….lapisan atas versi Kelantan, lapisan bawah versi Terengganu…cuma kita tambah pulut hijau dan merah….tak sabar nak buat ni….

Hmmm…tak payah tunggu balik rumah la…buat je kat kampung ni….hujan2 ni bagus kalau buat projek Lompat Tikam Campur Sedap ni….

Resepi Lompat Tikam Versi Kelantan

(sumber : http://www.kongsiresepi.com/read/5031/0/)

Bahan-bahannya:-

  • 1 cawan tepung beras 
  • 1 tbsp tepung jagung 
  • 3 1/2 cawan air di kisar bersama
  • 6 helai daun pandan dan tapis  sedikit air kapur

Cara-caranya:-

  1. Satukan semua bahan-bahan diatas.kacau hingga tiada ketulan tepung.
  2. Masakkan atas api yang sederhana dan sentiasa kacau agar tidak hangus
  3. Bila adunan kuih telah berkilat warnanya tuangkan kedalam loyang yang sesuai.Sejukkan.
  4. Bila telah sejuk potong mengikut selera masing masing dan hidang bersama pulut merah,air gula melaka dan santan.

Bahan-bahan untuk kepala santannya:- 

  • 1/2 cawan santan pekat 
  • 1 cawan air sedikit garam 
  • 2 tbsp tepung beras 
  • 1 helai daun pandan 

Cara-caranya:-

  1. satukan semua bahan-bahan diatas 
  2. Panaskan atas api dan kacau perlahan-lahan.
  3. Bila mendidih matikan api. Sejukkan sekejap.
  4. Jika suka pekat boleh tambahkan sedikit lagi tepung beras 

Sirap gula melaka: 

  1. 1/2 cawan gula merah dimasak dengan 1 cawan air dan sehelai daun pandan hingga pekat.
  2. sejukkan baru dihidangkan bersama lompat tikam 

Pulut merah: 

  1. 1 cawan pulut rendam selama 1 jam.
  2. Bersih dan toskan.
  3. Masukkan 1/3 cawan santan,sedikit garam,sedikit pewarna merah dan 1 helai daun pandan.
  4. Kukus hingga masak

lompat tikam versi kelantan

Lompat Tikam Versi Terengganu

(http://mamawandiha.blogspot.com/2014/07/kuih-lompat-tikam-versi-terengganu.html)

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan tepong beras
sedikit air kapur sederhana pekat (dalam 1 sudu kecil)
3 1/4 cawan air daun pandan (dari 8 helai daun pandan dikisar dengan 2 ~ 3 cawan air ~ jika tak cukup sukatan air 3 1/4 cawan tadi.. tambah je dengan air paip)

Bahan Lapisan Atas
1 1/2 cawan tepong beras
4 1/3 cawan santan sederhana pekat/kepekatan biasa
1 1/2 sudu kecil garam

Air gula
Gula merah/gula kerek secukupnya
air secukupnya
1 helai daun pandan

Cara menyediakan
1. Bancuh bahan lapisan bawah hingga rata & tapiskan. Masak di dalam kuali atau periuk dengan api sederhana dengan sentiasa dikacau sehingga pekat & berkilat menandakan bancuhan telah masak.
2. Tuangkan ke dalam loyang & ratakan.
3. Bancuh bahan lapisan atas hingga rata & tapiskan.  Masak seperti lapisan bawah tadi dengan sentiasa dikacau sehingga bancuhan menjadi pekat & berkilat.  Tuang di atas lapisan pertama tadi & ratakan.  Biarkan kuih sejuk & beku.  Boleh juga jika nak masukkan dalam bekas kecil2.
4. Masak gula merah atau gula kerek dengan air secukupnya. Tapiskan. 
5. Potong kuih tadi & letak dalam mangkuk hidangan.  Tuangkan air gula sebelum dihidangkan.

LOMPAT TIKAM1