Kalau tanya ibu2 yang bagi susu formula kepada bayi kesayangan mereka seawal umur tak sampai sebulan….alasan yang paling kerap mereka bagi…
* bayi tak cukup susu
* susu badan sikit
* bayi tidak pandai menyusu badan
Sedih bila dengar alasan seperti itu…sebab bila tanya apa usaha untuk menyusu badan…usaha hanya sekadar batuk ditangga…tidak berusaha untuk bertanya mereka yang berpengalaman…
Bila tak berjaya menyusu badan secara terus…ibu boleh kumpul stok secara mengepam untuk bayi menyusu dengan botol..sekurang2nya berusaha sehingga 6 bulan…selepas tu kalau nak campur dengan susu formula pun…dah kira ok…walaupun disarankan sehingga 2 tahun
Sedih bila tengok bayi yang menyusu susu formula walaupun ibu mampu untuk menyusu sepenuhnya…tidak secara terus tapi sebagai ep mom (exclusive pumping mother)
Perut bayi kecil sangat…tapi bila bayi menangis disuakan dengan susu formula yang susah nak hadam…kadang2 bayi menangis bukan sebab lapar, tapi untuk dipeluk dan merasa kehangatan badan ibu… 🙂
Apapun itu pilihan masing2 kan…yg penting bayi sihat….tapi sya masih terkilan…sebab anak sulung dulu tak menyusu sepenuhnya…dalam pantang dah diberi susu formula…. 🙁
puanbee
betul kak sya , ada mcm2 alasan , tp paling best bee pernah dengar dia kata susah susu kan anak dengan susu badan , baju nak selak2 tu renyah .. tak boleh kata apa kalau jumpa ibu cakap susah kerana anak
syamila
bab renyah nak selak2 baju tu biasa ler…mak saudara pun ada jugak cakap…”sebab tu baik bg susu formula…tak payah la nak selak2 bila baby nk menyusu di rumah org”….bila dia tengok k sya selak baju utk menyusu husna….hehehe….
ummu fateh
salam..sy jln2 trjumpa entry ni..tertarik sbb sy la antr ibu malang yg xdpt susukan bayi dgn alasan2 yg lbh kurg mcm kt ats.bkn xkecewa malah dh xtau cmna nk cuba.mmg nmpknya susu kurang..smpi baby sndr yg meronta2 xnk kalau disuakn susu bdn.kalau bg yg botl laju je..jd xsmpai ht stp kali dia mntk susu kena nangis teruk2..sbbtu dlm bln ke2 dh bg susu formula je..wlupn pam susu,tp dh jd maken sikit sbb baby xnak hisap lngsung..skrg bby bru 6bln..tp susu dh xde terus..sedih jgk..hrp la kalau dpt next baby xberulang lg..ada ke cara nk bg susu ada semula?
syamila
salam puan…baby baru 6 bln kan…masih blh hasilkan susu yg mencukupi kalau usaha…insya allah…jgn cpt mengalah…
puan blh tgk kat link ini…byk info mengenai penyusuan..antara cara utk kembalikan susu merundum…http://syamilamohd.com/2013/10/penyusuan-dan-kehamilan/