Salah satu langkah untuk memastikan penyusuan susu ibu dapat disempurnakan sepenuhnya adalah penglibatan secara langsung daripada suami…

Saya pun sesekali bila terpaksa mengepam di rumah, suami akan bermain-main dengan husna sementara saya mengepam…sekiranya husna mengamuk la…kalau mood husna ok…dia main dengan kakak dan abang…nak mengepam dengan husna…leceh sikit…sebab nanti dia main tarik2 wayar… 😉

woman-nursing-husband-325

 

10 langkah praktikal bagaimana suami boleh menyokong isteri untuk menyusukan bayi:

1. Suami boleh membawakan segelas air untuk isteri ketika beliau menyusukan bayi.

2. Suami boleh membawakan bayi kepada isteri untuk disusui.

3. Suami boleh sendawakan bayi dan menukar lampin.

4. Suami boleh mengurut belakang isteri sebelum/selepas menyusukan bayi.

5. Suami boleh menukar pakaian, memandikan dan bermain-main dengan bayi.

6. Suami boleh menjaga bayi untuk memberi peluang isteri berehat sebentar.

7. Suami boleh sentiasa menyokong isteri untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun.

8. Suami boleh menunjukkan rasa kasih-sayang, mengambil berat dan bertolak ansur dalam hubungan intim ketika tempoh penyusuan bayi.

9. Suami boleh sentiasa meyakini bahawa susu ibu adalah yang terbaik, menjimatkan, bersih, segera sedia, percuma dan khusus untuk bayi anda.

10. Suami boleh membawa isteri dan bayi ke mana-mana kerana bayi boleh sentiasa disusukan pada bila-bila masa tanpa risau tentang masa dan keadaan, tanpa perlu membawa banyak peralatan yang perlu sentiasa dibersihkan dan bebas kuman.

Sumber: buku Sentuhan Kasih.

Like & Share

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

Majoriti langkah2 yang di atas tu, suami memang amalkan dalam menjayakan penyusuan husna sehingga 2 tahun…insya allah misi akan tercapai…sekarang ni husna pun dah 11 bulan…ada lagi 13 bulan untuk menyempurnakan misi…