Bila nak pergi shopping, masalah utama ibu2 yang bf ni adalah mencari tempat yang sesuai untuk menyusu anak masing2…bagi yag pakai tudung labuh ok…cuma kena cari tempat yg sesuai sket…tak pun pakai shawl…tapi tak semua ibu selesa pakai shawl ni…sebab si kecil suka selak2…tak pun tangan kecil tu tak boleh nak duduk diam…

Harap sangat pusat2 membeli belah sediakan lebih banyak bilik2 yang selesa untuk ibu2 menyusu ni kan…dan memberi lebih kesedaran kepada ibu & bapa untuk menyusu anak sekurang2nya 2 tahun…

Lagi satu masalah untuk ibu yang menyusu ni adalah untuk buat sesi mengepam di waktu pejabat…tak semua pejabat menyediakan bilik khas untuk menyusu…ramai ibu menyusu di surau…bagi yang bekerja di syarikat kecil, kemungkinan untuk pam disurau tak ada masalah sebab kedudukan surau yang dekat…

Macam sya kerja dekat syarikat kecil je…surau pun sebelah bilik je…jalan 20 langkah dah sampai…peti ais pula dalam bilik bos…depan meja je pun…siap pam simpan dalam peti…sorry yea bos…saya nak simpan susu….jangan minum udah le…susah pula jadi anak susuan nanti….hehehehe….

Tapi bagi yang bekerja di syarikat yang bertingkat2…memang akan ada masalah la kan…nak pergi kesurau tu dah ambil masa…akhirnya pam di tempat duduk je…

Tapi yang paling best adalah bila ada sebuah syarikat yang menyediakan khas bilik khas untuk ibu2 yang menyusu anak seperti yang terdapat di Hewlett Packet (HP)

Gambar ni sya ambil di group facebook KIM…best kan…seronok je tengok bila ada syarikat yang menyokong ibu2 menyusu…lagipun suus ibu adalah yang terbaik untuk simanja…kalau nak dibandingkan dengan susu jenama yang paling mahal…kannnn…

Tapi tak semua ibu2 diberi kelebihan untuk menyusu sepenuhnya sehingga 2 tahun…bagi ibu2 yang ada masalah dalam penyusuan ibu, mereka terpaksa beri anak minum susu fm…semoga ibu membuat pilihan yang terbaik dalam pemilihan susu untuk diberikan untuk anak2…

Sya alhamdulillah masih dimurahkan rezeki menyusu husna dengan susu ibu sepenuhnya sehingga sekarang…dah 4 bulan…masih jauh perjalanan…semoga susu sentiasa mencukupi untuk husna…amin…