Mood masih blur lagi…hari ni dah masuk hari ke 38 berpantang…hari ni juga dah 8 hari ahmad & ira tak kesekolah…sebabnya sya sambung pantang di kampung…

Pantang kat kampung lagi best…sebab rumah mak kecil je..senang nak siapkan makanan utk anak2…tak perlu jalan jauh turun naik tangga nak kedapur…lagipun adik2 ada, boleh minta tolong apa yang patut…

Sikecil Husna pula tak banyak karenah…alhamdulillah…sesekali menangis tu biasa la kan…budak2 kalau tak menangis tak best juga…sebab bila dia menangis tu menandakan dia sihat walafiat…lagipun kita dapat agak nada menangis sakit, lapar dan minta perhatian…maknanya suruh kita dukung dan peluk….

{ Husna bila dah berumur 37 hari }

Husna selalu jugak kembung perut…sebab kak sya suka sangat makan roti…memang nampak..kalau hari tu sya banyak makan roti..malamnya husna akan menangis…nasib baik ada tungku herba…bila kita tuam2 bahagian perut..baru la nampak dia lega sket…jadi sekarang ni sya memang kurang dah makan roti…lebih banyak makan biskut…

Bila duduk kat kampung ni perut selalu je berkeroncong…minta makanan…sebabnya bila rumah sempit…makanan pun ada kat depan mata…kuarters kan…almaklumla…jadinya hari2 keje makan je la…dalam masa tak sampai 2 minggu…berat dah bertambah 3 kg +++…tapi belum overweight lagi…kalau ikut ketinggian sya, berat jgn lebih 57 kg…so far dah 50kg+++…nampaknya dah kena kontrol makan ni…hehehehe

Abang & Kakak pula hari2 dok cium adik husna…boleh dikatakan setiap satu atau dua jam sekali…abang cam biasa la tak berapa nak pandai riba adik…lelaki kan…lagipun budak2 lagi…tapi kakak nampak memang ok…pandai riba adik…cara pegang tu mmg nampak adik selesa…budak perempuan…kecil2 dah nampak ciri2 kewanitaan kan…tapi tetap tak boleh bagi sangat kakak riba…budak2 kan….kan jadi lain pula….

{ kasih sayang seorang kakak }

Abang & Kakak sebelum ni tido buaian…tapi Husna nampaknya tak boleh tido buaian…nanti kakak & abang berebut nak buaikan adik..last2 adik jatuh…lepas pantang ni nak kena pergi cari katil baby yang sesuai…budget pun sederhana je…janji cantik & berkualiti…

Suka tengok yang ni….

Apapun pemilihan dan penggunaan katil yang betul adalah penting.

Antaranya :

  1. Pastikan papan untuk letak tilam boleh dinaikkan dan diturunkan.Maksudnya, ada 2 tahap. Untuk anak bawah 1 tahun, kita boleh laraskan tahapnya lebih tinggi. Tetapi, untuk anak 1 tahun ke atas, kena laraskan ke tahap yang lebih rendah.
  2. Pastikan katil anak mempunyai tayar kerana senang untuk dialihkan serta sentiasa ingat untuk mengunci tayar supaya ianya tidak bergerak.
  3. Pastikan katil bayi tidak diletaakan di tepi tingkap, berhampiran suis elektrik, pemanas serta langsir. Anda tahu akibaynya nanti kan?
  4. Jangan gunakan bantal untuk bayi berumur 1 tahun ke bawah.
  5. Pastikan katil yang dibeli mendapat kelulusan pihak keselamatan.

Sumber : SINI