Alhamdulillah tepat jam 5.15pm pada 29/07/2012 bayi perempuan selamat dilahirkan…yang paling gembira adalah abang & kakak… 🙂

Dah lama budak2 tu tanya ummi…bila baby nak keluar…akhirnya penantian mereka berakhir…

Tahun ni sempat berpuasa selama 8 hari je…itupun dah syukur sangat…alhamdulillah…hari ke 9 terpaksa buka puasa pukul 12 tgh hari sebab kontraksi semakin lama semakin kuat…walaupun kontraksi semakin kuat…tapi tak boleh baring2 tau…kuatkan semangat jalan2 keliling rumah, buat senaman bola, ambil abang & kakak di sekolah…turun naik tangga…supaya proses bersalin lebih cepat…kalau sakit sangat berhenti sekejap tarik nafas dan lepas melalui mulut…

Bila dah tahan sangat…baru pergi hospital…lebih kurang pukul 3 ptg sampai hospital…rupanya dah terbuka 4 cm…setengah jam kemudian tambah lagi 1 cm…terus doktor hantar masuk bilik bersalin pukul 3.30 ptg…selepas 1 jam 15 minit dalam bilik bersalin…lahirlah zuriatku yang ke-3…alhamdulillah ibu & bayi sihat walafiat…

Keesokannya kami dah dibenarkan keluar dan disambut dengan penuh gembira oleh abang & kakak…kemudian bermulalah sesi berpantang pula…

Apapun bila balik rumah baby tak boleh tidur lena di siang hari sebab abang & kakak suka sangat cium pipi merah adik…hik3…

Syarifah Humaira (belum final lagi…sebab abah nye nak tambah nama kat tengah2)