Pada suatu hari Puan Kutu sedang dalam perjalanan pulang dan pada hari itu puan kutu melalui Jalan Limau Gedangsa, ubah angin sesekali masuk kampung lain….saje je nk release tension lepas siap jahit langsir yg dah setahun tertangguh…malas kan puan kutu ni…he3…tak de la..sibuk sgt jahit tempahan langsir, sampaikan langsir sendiri asyik tertangguh je…

banner contest

Sampai di Surau…Puan Kutu singgah jap nk solat asar….tiba2 terdengar bayi menangis…bila buat edisi siasat, rupanya ada bayi comel dalam surau…kesian pula puan kutu tgk bayi comel itu…dalam fikiran puan kutu “anak siapa lah yea bayi ni…ada juga ibu yg sanggup tinggalkan anak yg secomel tu…tak berhati perut betul la”…jenuh jugak la puan kutu panggil kot2 mak bayi ada berhampiran…tp tk berjawab

Selepas 1/2 jam menanti…mak budak tu tak muncul2…lalu puan kutu pun bawa balik bayi yg comel tu ke rumah dan diberi nama Tengku Puteri…kebetulan pula puan kutu tinggal keseorangan slps kematian suami setahun yg lalu…selepas itu puan kutu mengambil keputusan utk berpindah ke bandar dan tinggal lah puan kutu dan tuan puteri dgn gembira…

Tengku Puteri dah pun besar panjang…puan kutu pun dh tua tapi tetap sihat sebab selalu amalkan makan  Jamu Maharahi…awek muda gitu…. Winking smile

Selepas tuan puteri berumur 21 tahun, puan kutu telah menceritakan kisah bagaimana Tengku Puteri dijumpai…puan kutu siap pesan lagi “Puteri, jangan salahkan ibu tuan puteri yea…mungkin dia ada sebab yg tersendiri kenapa dia tinggalkan Tengku Puteri pada hari itu..ingatla..syurga itu dibawah tapak kaki ibu…sejahat mana pun ibu kita…dia tetap ibu Puteri dunia akhirat….tanpa dia puteri tk kan ada di muka bumi ni dan kita tk tak berjumpa dh hidup bahagia sehingga hari ni….”

Sekarang ni Tengku Puteri pun dh bekerja…dia berazam utk mencari ibunya…dan ingin mendapat kepastian kenapa dia ditinggalkan macam tu aje…pada suatu hari Tengku Puteri diberi tugasan utk membuat liputan mengenai seorang usahawan wanita di Kampung Durian Runtuh (kampung halaman puan kutu dan tempat tuan puteri dijumpai)…untuk makluman tuan puteri ni seorang wartawan Berita Rakyat…

Bila jumpa usahawan wanita tersebut hati Tengku Puteri pun rasa terdetik…ada satu perasaan yg susah untuk digambarkan…dalam hati dia terdetik mengatakan yg wanita itu ibunya sebab rupa paras mereka ada byk persamaan…wanita tersebut pun timbul satu perasaan syg pada Tengku Puteri…sehinggalah suatu hari mereka berbual secara peribadi mengenai asal usul masing2…lalu wanita yg dikenali dengan Puan Yus itu pun menceritakan kisah sedih lebih kurang 20 thn yg lalu…

Selepas suami puan yus menghilangkan diri, puan yus mengambil keputusan utk berhijrah ketempat baru…sehinggalah tiba di kampung puan kutu…dalam perjalanan ke rumah sewa (rumah tu puan yus dh bayar booking melalui internet banking…jumpa pun kat dalam web mudah…alamat dan no telefon tuan rumah dh pun puan yus simpan), tetiba puan yus sakit perut yg amat sangat…bila je ternampak surau terus puan yus singgah dah tinggalkan tuan puteri di dalam surau utk melepaskan hajat…tak sangka pula sakit perut puan yus lama…dekat sejam…bila puan yus dah siap dan ingin dapatkan tuan puteri…tk sangka pula tuan puteri hilang entah kemana…rupanya puan yus masuk tandas kalis bunyi…maklumla bila perut memulas…yg keluar pun nanti bising…hik3…malu la kan…(best kan kalau ada tandas kalis bunyi…lagi2 masa cirit birit…tambah2 kalau kena kat ofis..alahai…camne nk tutup bunyi tu…hehehehe – penulis)

Selepas ketiadaan puan kutu, puan yus la yg mengambil upah menjahit langsir…puan yus dulu mmg serang tukang jahit…siap mengambil tempahan online lagi…puan yus ada jugak iklankan di mudah…tp puan kutu tk minat ngn internet…jadi tak tahu la ada iklan yg diiklan kan oleh puan yus…

Dalam hati puan yus mengatakan “kenapa la aku cuai sangat….tinggalkan anak keseorangan…patutnya bawa sama kt dalam tandas tadi”…ibu2 kt luar sana…jangan tinggalkan anak2 keseorangan yea walaupun sekejap…bahaya…pesanan ikhlas daripada puan yus…

Nasi dh jadi bubur…penat puan yus bertanya…tapi tak seorang pun yang sudi menghulurkan bantuan….itula kan dunia masa kini…bila senang semuanya kawan walaupun org tu baru kenal…tapi bila susah masing2 buat hal sendiri tak sudi hulurkan bantuan…puan yus nak upah penyiasat, tak mampu…apa yang puan yus blh buat adalah berdoa kepada Allah semoga anaknya sihat walafiat dan dijaga dengan baik…amin…

Selepas mendengar cerita puan yus, tuan puteri menangis tersesak2…tuan puteri pun menceritakan kisahnya macam mana dia diambil dan dipelihara dengan penuh kasih sayang oleh puan kutu…berpelukan lah dengan penuh kasih sayang dua beranak tersebut…

Malamnya tuan puteri telepon puan kutu dan menceritakan yang dia dh berjumpa dengan ibunya…esoknya puan kutu pun pulang ke kampung halaman setelah bertahun2 tinggal di bandar…

Puan kutu pun meminta maaf dengan puan yus kerana mengambil anaknya 20 tahun dahulu…sikap tak sabar yg ada dalam diri puan kutu menyebabkan puan yus terpaksa berpisah dengan anak kesayangannya….itula kan…sabar itu kan separuh dari iman…kalau la puan kutu sabar sedikit…tk pun pergi ketuk2 ke pintu tandas..tak pun tinggalkan nota..apa salahnya kan…

Mereka pun saling bermaafan…kita sebagai manusia hendaklah saling bermaafan..jangan simpan dendam…nanti hidup tk diberkati…dan jangan pentingkan diri sendiri…ingat tu…pesanan ikhlas daripada puan kutu

Sukanya tuan puteri dapat 2 org ibu yang baik hati dan peyanyang….

Namun begitu selepas 2 hari tiba2 muncul seorg lelaki dihadapan rumah puan yus…rupanya lelaki itu en mus…bekas suami puan yus dan bapa tuan puteri…

En mus pun menceritakan bagaimana kisahnya bermula… selepas mendapat tahu dia mengidap penyakit yang tk diketahui dan kesihatan dalaman pun semakin merosot…kiranya doktor dah tak boleh utk mengubati en mus…en mus jadi sedih…lagipun puan yus tak de keluarga…(yatim piatu sejak kecil)…dia pun mengajar puan yus utk berdikari…sebagai persiapan awal…mengajar puan yus mengenai dunia perniagaan…sehinggalah suatu hari dia menghilangkan diri…

Rupanya en mus pergi ke New York utk mendapatkan kepakaran Doktor House…setelah 10 tahun…akhirnya kesihatan en mus pun bertambah baik…tapi sebab kan tiada duit utk pulang ke Malaysia..en mus terpaksa tinggal di sana dan membuat sebarang kerja utk mengumpul duit, selain utk tambang kapal terbang tapi simpanan utk memulakan kehidupan yg lebih baik selain mengupah penyiasat sekiranya isterinya menghilangkan diri…setelah 10 tahun baru la en mus mengambil keputusan utk pulang ke Malaysia…

Sebaik pulang, en mus tak tahu nak cari puan yus dimana….sehinggalah en mus mengupah penyiasat remaja Conan…dalam masa seminggu shj en mus dapat tahu dimana isterinya tinggal….

En mus meminta maaf dgn puan yus mengenai tindakannya dahulu…dia buat begitu sebab tak nak puan yus risau….tapi tindakan en mus tu salah la kan…mana blh buat camtu…bagitahu je kat puan yus..mesti puan yus redha…

Selepas habis bercerita baru la En Mus perasan dengan kehadiran Tengku Puteri dan Puan Kutu…gembiranya En Mus bila dpt lihat anak daranya dh cantik persis ibunya…dan lebih terperanjat bila melihat Puan Kutu…rupanya Puan Kutu adalah kekasih lama En Mus….[ala…kisah lama…tk yah citer kan…penat dh menaip ni…jari pun dh kejang…Big Grin)

Setelah bermuafakat, akhirnya Puan Yus & Tuan Puteri izinkan En Mus berkahwin dengan Puan Kutu….bertuahnya Tengku Puteri Intan Baiduri…ada seorang Ayah yg penyayang dan 2 org ibu yang memahami…bahagia la hidup mereka sekeluarga selama2nya….tinggal lah meraka dalam Istana Cinta….

header-istana-cinta-3

TAMAT…

p/s : nama asal Tengku Puteri adalah Intan Baiduri…sebab nama2 tu diberi oleh org yang menyayanginya, Tuan Puteri mengambil keputusan utk menggabungkan kedua2 nama…cantik kan… WinkingThumbs-up

Hmmmm…mesti korang baca cerita ni ntah apa2 kan…tk kreatif langsung…hahahaha….tk kisahla…saje je nk join segmen Puan Kutu…walaupun tk idea tp nak join jugak…

Tak pe la tuan hakim dan pembaca semua…tk payah diambil markah la yea karangan tuan hamba ni…kira selingan je la yea..memeriahkan suasana… TongueLaughing

 

“Contest ini adalah anjuran  Tengku Puteri & Puan kutu dan hadiah utama di taja oleh tetikusrusak.net

——————————————–

Hadiah (6 pemenang) yang bakal korang menangi :

  • Tempat 1 mary kay compact pro (unfilled) bernilai RM150 tajaan juanitatetikusrusak.net
  • Tempat 2 – Simple header doodle + Doodle as request + Topup RM10.
  • Tempat 3 – Doodle shoutbox + Doodle as request + Topup RM 5.
  • Tempat 4 – Doodle as request + Simple Header from aku.
  • 2 hadiah sagu hati doodle single.

SyamilaMohd