Salam semua…

Ada jugak yg bertanya…kenapa tk keje..belajar tinggi2…syg la…

Yup..mmg sya belajar sampai ijazah..sempat la keje lebih kurang 4 tahun, lepas tu ambik keputusan berhenti keje…sebab sya & hubby tk berapa yakin nk hantar anak kt taska or rumah org…sebelum tu my mum yg jaga…kemudian bila abah kena tukar keje balik kelantan awal tahun 2007…sya pun berfikir 2/3 kali nak hantar anak kat mana lepas tu…

Masa nk resign dulu mmg la sayang…tp lepas berfikir panjang…hubby pun sokong…akhirnya ambik kata putus…skrg ni pun ada niat jugak nk keje..tp hubby tk kasi…nk buat application pun tk bagi… . Kadang2 tu buat jugak..tp tk bagitau la..lepas hantar baru gtaw…. Mmg konpem tak dptnya…dh suami tk bagi…

Tp…tak salahkan jadi suri rumah…blh tgk perkembangan anak2 depan mata…tahu apa yg anak2 makan…lagipun ahmad mmg cerewet sgt pasal makanan..itu tk makan, ini tak makan…

Suka statement dari puan junaidah yg sya dpt dari email…

Salam kepada semua suri rumah 1 Malaysia,

Saya nak share pengalaman saya jadi suri rumah. Saya telah dan sedang menjadi suri rumah selama hampir 7 tahun. Pada tahun permulaan jadi suri rumah memang tak menang tangan buat kerja rumah. Bosan dan sentiasa berfikiran melakukan kerja-kerja yang tidak produktif seperti membasuh tandas, mop lantai, lipat baju dan segala macam kerja rumah lain. Tidak lagi bergelumang dengan dokumen, meeting dan diskusi menyebabkan saya berperasaan begitu.
Kalau dalam kawasan taman, memang kekadang terasa macam rendah diri kerana mereka pandang sebelah mata saja dengan kita yang jadi suri rumah. Tetap sekarang tidak lagi kerana beberapa testimoni yang berikut:

1.  Anak Perempuan


Kata mereka. ” Kami ni tak tahu jadi apa kalau mama kerja memanjang. Dulu macam orang sewel, pergi sekolah, bermain dengan kawan, makan dan tidur. Tidak ada perasaan langsung. Sekarang barulah kami tahu kehidupan itu apa. Kami fokus dengan cita-cita, boleh berinteraksi dengan orang dewasa, ada perasaan ehsan dan kami seronok berkumpul dengan saudara mara bila balik kampung. Tiada halangan. Kira bestlah.- Anak saya baru berusia 12 dan 13 tahun. Mereka sentiasa menjadi perhatian saudara mara kerana saya akan sentiasa mengajak mereka terlibat dengan perbualan dan apa juga aktiviti. Jika saya bekerja mungkin cuti pun x de.

2.  Anak Lelaki.


Anak lelaki saya sekarang belajar Matrikulasi Johor. Katanya. ” Memang ada hikmah yang banyak bila mama duduk di rumah. Boy sekarang memang fokus dengan membina kehidupan masa depan. Nak capai cita-cita dan buat yang terbaik dalam hidup. Kalau ikutkan memang nak duduk kat rumah aje tapi apa nak buat…kena hidup berdikari.  Anak lelaki saya punya karakter juga berbaza dengan anak-anak saudara yang lain jika berkumpul masa balik kampung. Dia selalu bantu opahnya dan tak senang duduk kalau meja makan bersepah dan berlonggok dengan pinggan mangkuk. Almaklum anak buah pun dekat 30 orang kalau berkumpul. Anak lelaki saya juga sentiasa menjadi perhatian saudara mara yang masih belajar kat U. Mereka sentiasa ingin bantu anak saya.

3. Suami


Sejak saya jadi suri rumah, memang dia tidak  lagi benarkan saya bekerja semula. Mungkin sudah selesa dengan kemudahan yang sentiasa ada. Makan minum sedia. Anak nak kemana-mana pun ada pemandu peribadi (saya) yang bawa. Nak bayar bil pun cakap aje saya yang akan buat transaksi di internet dan sebagainya. Suasana rumah memang sejuk.

4. Pencapaian peribadi


Bila memikirkan buat kerja tidak produktif saya pun adalah juga menulis buku dan sikit sikit bercampur dengan konsortium wanita. 2 buah buku saya telah berada di pasaran. Add fb saya: junaidah hamdan.

5. Testimoni anak saudara, jiran dan guru-guru


Baru-baru ini ada beberapa anak saudara perempuan saya minta tips. Kata mereka “Boleh tak acik beritahu tips nak besarkan anak-anak. Kami tengok anak acik menjadi aje”.  Saya katakan pada mereka kasih sayang dari ibu bapa adalah vitamin terbaik untuk anak-anak.
Jiran-jiran dah mula nak buat planning jadi suri rumah sepenuh masa.

Saya juga diberi perhatian oleh guru-guru kerana telah membimbing anak-anak sehingga mereka menjadi tokoh pelajar dan memegang pelbagai jawatan tertinggi di sekolah.

MORAL OF THE STORY


Sebenarnya kita yang mencorakkan pandangan mereka terhadap kita. Kalau kita dah buat yang terbaik dan mereka masih nak pandang sebelah mata… katakan dalam diri.. ADA AKU KESAH!!!!. Hanya Allah yang maha mengetahui dan menilai kita sama ada hina atau sebalikkya kerana kejayaan sebuah sehidupan hanya Allah yang Maha Mengetahui dan menilainya.

SyamilaMohd