Salam semua…

Lunch hari ni popia pisang….mesti uols pelik kan…patutnya lunch makan nasi atau makanan berat yg lain…sebenarnya ni adalah luch ahmad…ahmad mmg tk mkn nasi…makanan dia adalah buah, mee sup, mee rebus, kepok, roti canai, roti bakar marjerin & gula dn lain2 kuih…(tp tk semua kuih dia makan)…biasa kuih yg dia suka adalah donat…
Makanan tgh hari ni utk yg lain adalah ayam goreng berempah dan sup sayur aje…
Popia ni mmg sedap di makan waktu ptg atau sarapan pagi…sya dh buat byk2 pagi tadi…ada la dalam 50 biji…dh gorg sket selebihnya simpan dlm freezer…kira cam buat popia segera la…he3…nk mkn goreng aje…senang…nk buat pisang tk blh guna popia pisang yg masak..tk sedap…elok guna popia yg separuh masak…dh lama tk buat…mmg selera betul tgk ahmad makan…
Sesiapa yg lum cuba, blh la cuba buat… 🙂

Jom tgk resepinya :

Bahan2 :
Kulit Popia
Pisang (dibelah dua – bukan keratan rentas, tapi keratan memanjang..macam grg pisang)
Putih telur
Gula (optional)

Cara2:
Letak pisang atas kulit popia..cara nk letak tk kisah camne pun…janji blh bungkus…
Letak gula sket atas pisang (utk pisang yg kurang manis shj)…jgn letak byk nanti hangus bila menggoreng nanti
Lekatkan hujung kulit popia dgn kuning telur…tk nak bagi kulit popia terbukak
Goreng dgn api perlahan..angkat bila nampak kekuningan

Tips :

  1. Blh guna apa jenis pisang pun..janji separuh masak..sbb kalau pisang yg dh masak..bila grg nanti air dari pisang tu akan kuar..sya dh pernah buat…hilang kerangupannya…
  2. Tanggalkan kulit popia satu persatu…tutupkan kulit popia yg lum guna ngn kain lembab..ini utk elkkan kulit popia tu kering

Sekian, sampai jumpa lagi…