Tong Sampah Kitar Semula

Sekarang, masih ramai rakyat malaysia tidak mementingkan cara pembuangan sampah yang betul. Walaupun tong sampah kitar semula dah banyak disediakan oleh pihak kerajaan, namun ia hanya dipandang sepi.

Tong warna BIRU – untuk menyimpan kertas

Tong warna COKLAT – untuk menyimpan kaca

Tong warna JINGGA – untuk menyimpan tin aluminium & plastik

 

TAHUKAN ANDA?

Setiap hari kita memghasilkan 15,000 tan sampah tetapi kita semakin kesempitan ruang untuk menampungnya.

Untuk menghasilkan 1 tan kertas memerlukan 17 batang pokok palm yang berumur tidak kurang daripada 10 tahun.

Kerajaan membelanjakan purata sebanyak RM 130.00 bagi melupuskan 1 tan sampah sarap. ( RM 130.00 X 15,000 tan = RM 1,950,000.00 sehari).

Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan dengan kos sebanyak RM 4 juta kertas terpakai dari negara luar setiap bulan.

Dengan mengitar semula 1 tin aluminium, kita akan menjimatkan tenaga yang mencukupi untuk menghidupkan peti televisyen selama 3 jam.

Dengan mengitar semula satu botol kaca, kita dapat menjimatkan kuasa sebanyak 100 watt untuk menyalakan mentol selama 4 jam.

Kertas yang dikitar semula dapat mengurangkan 4380 tan sampah sehari. Jumlah ini bersamaan dengan 78,000 batang pokok yang diperlukan untuk membuat kertas. Bayangkanlah betapa kita dapat memelihara hutan kita dengan mengamalkan kitar semula.

Sumber : http://www.mpm.gov.my/ms/mpm/program-kitar-semula

Apalagi kawan2, jom la kita sama2 amalkan cara pembuangan sampah yang lebih sistematik untuk menjaga alam sekitar.