Minuman Terbaik Untuk Ibu Menyusu

Ramai juga ibu belum tahu minuman apa yang sesuai di ambil oleh ibu sepanjang tempoh menyusu. Sebetulnya semua minuman yang tidak mengandungi kafein sesuai di ambil tapi sebaiknya lebihkan pengambilan air masak setiap hari. Purata dalam sehari ibu perlu minum air sebanyak 3 liter.

Sekiranya ibu ada masalah dalam kuantiti susu ibu, ibu boleh cuba ambil beberapa jenis minuman yang dipercayai mampu merangsang pengeluaran susu ibu TETAPI perlu diingatkan, supply dan demand jangan ditinggalkan.

Ibu tidak perlu menyusu bayi ikut masa yang tertentu, susukan bayi sekerap yang boleh mengikut permintaan bayi ibu2. Semakin kerap bayi menyusu, semakin meriah susu akan dihasilkan, Insya Allah. Namun ia juga seiring dengan situasi ibu itu sendiri. Sekiranya ibu STRESS, ia sedikit sebanyak mempengaruhi pengeluaran dan sekiranya ibu tidak ambil langkah yang sepatutnya, stress berlarutan tidak mustahil susu ibu suatu saat akan kering.

Cara Mudah dan Selamat Atasi Stress, KHAS untuk IBU MENYUSU

Ibu2 boleh dapatkan nasihat daripada kawan2 yang berpengalaman dan boleh juga ambil suplemen yang sesuai untuk atasinya. Stress kebiasannya menggangu ibu sekiranya ibu terlalu penat dengan kerja atau ada beberapa masalah yang membelenggu. Jadi ibu kena bijak mengatasinya jangan biarkan ianya berlarutan.

Dibawah ini saya kongsikan antara minuman yang digalakkan untuk ibu menyusu dalam memperbanyakkan susu badan dan buatkan susu lebih pekat dan berkrim yang telah saya amalkan sejak dari anak ke 2, 9 tahun yang lalu sehinga sekarang¬†anak ke 4. ūüôā
.

Minuman Terbaik Untuk Ibu Menyusu
1. Air Masak
2. Longan Kering – masak dengan gula batu
3. Halba – rendam halba dalam segelas air panas, minum bila air dah suam dicampur dengan sedikit madu
4. Lobak putih – boleh buat jus, namun tidak semua mampu… ūüôā
5. Oat
6. Susu
7. Jus Buah2an – blend dari buah2an segar dan amalkan setiap hari, bagus untuk susu ibu serta kesihatan ibu dan bayi

 

Susu Lebih Pekat dan Berkrim Waktu Malam

Susu ibu lebih pekat dan mengandungi lemak yang tinggi di waktu malam. Jadi sekiranya ibu2 inginkan anak yang montel boleh la menyusu dengan lebih kerap disebelah malam. Teknik menyusu posisi baring sangat digalakkan untuk sesi penyusuan diwaktu malam untuk bagi ibu selesa setelah bekerja seharian.

Kalau rasa lenguh dibahagian belakang, elok sangat letak bantal peluk di belakang. Insya Allah walau menyusu lebih 30 minit, ibu akan rasa selesa.

Waktu malam-pagi adalah waktu susu hindmilk iaitu susu pekat lebih banyak dari susu cair. Waktu tengah malam juga adalah waktu terbaik untuk buat power pumping. Seeloknya power pumping di buat antara jam 12 malam ‚Äď 6 pagi.

Foremilk (susu awal)

Susu agak cair kerana mengandugi air yang banyak, mengandungi kurang lemak dan berperanan menghilangkan dahaga

Warnanya kehijauan atau kebiruan

Mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan juga laktosa untuk perkembangan otak bayi

Hindmilk (susu akhir/belakang)

Susu agak pekat kerana kurang air tetapi mengandungi lemak yang tinggi dan berperanan mengeyangkan bayi

Warnanya berbeza dengan foremilk, hindmilk kelihatan pekat dan ‚Äėrich‚Äô

Mempunyai kalori yang tinggi untuk memberi tenaga serta tumbesaran bayi

Mummy ingin kumpul stok susu yang banyak? Elakkan stress ditempat kerja dan jangan sesekali skip sesi mengepam. Niat dan semangat juga mesti kuat. Selebihnya jaga pemakanan dan jangan kurang minum air serta berdoa dan bertawakkal kepada Allah semoga perjalanan penyusuan susu ibu dipermudahkan. Amiin.

Mummy inginkan sokongan dalam penyusuan susu ibu? Boleh whatsapp saya di 0179322123 yea.

Happy Breastfeeding ^_^

Cara nak kembalikan Susu Badan

Pam-pam keluar angin‚Ķpam-pam keluar angin lagi. Alamak, acaner ni? Hmmm‚Ķok2‚Ķlepas 2 jam kita pam pagi. Kemudian., pam-pam angin juga yang keluar…ops‚Ķmasih lagi tengah usaha untuk kembalikan susu badan yang kering.

Be Positive, tak payah fikir macam-macam. Lepas 2 jam kita pam lagi. I can do it. Insya Allah. Ni sahaja cara untuk kembalikan susu badan yang kering. Walaupun ketika mengandung masih menyusu kak una yang 2 tahun, tapi dari kandungan ke 5 susu dah mula kering sebab ummi alahan yang teruk. Selepas bersalin, baby pula terus masuk inkubator.

Namun ku tak mudah patah semangat, minda sentiasa positif dan sentiasa doa yang terbaik untuk kami berdua.

Kenapa ESP Dapat Bantu Merangsang Susu IBU

Pagi dan sebelum tidur wajib bancuh segelas ESP denga MILO dan makan 3 biji kurma. Air minum setakat yang termampu. Maklumla baru bersalin, lum kuat nak ulang alik bilik air. Lagipun malam2 takut nak kebilik air sesorang…hehehe

Akhirnya lepas konsisten pam setiap dua jam, walaupun ibu lain sedang lena tidur sya bangun ambil pam dan mengepam. Masa tu tak fikir pun letih ke, mengantuk ke…automatik je bangun bila dengar jam loceng dan mengepam. Siap pam sambung tidur. Jam 7 pagi nurse buka langsir dan tanya pagi ni ada susu tak lagi nak bagi baby. Selamba la jawab tak de lagi walhal masa tu tengah mengepam. Tapi bila tengok botol susu, eh…ada la susu…masa tu nak lompat pun ada….hehehehe

lattebluurb0fz7

Senyum je nurse tu…siap pam terus bagi susu yang dapat dalam satu sudu kecik je kat baby. Sian baby dah 2 hari minum susu formula. Jam 10 pagi hari ke3 baby dah boleh keluar inkubator dan mulai saat itu terus menyusu sampai sekarang dah 2 tahun 4 bulan.

13230272_790428107758359_5222079103186086595_n

Alhamdulillah

Susu langsung tidak keluar sebab tiada rangsangan. Baby keluar je terus masuk inkubator. Ummi pula lupa bawa pam. Minta hubby bawakan dia pun pening uruskan k una yg baru 2 tahun, kerja lagi, mil lagi. So ignore je la hari pertama. Hari kedua baru minta hubby hantarkan pam susu.

Jadi, cara untuk kembalikan susu badan adalah dengan dapatkan makanan penuh khasiat serta teruskan rangsangan. Minda pula sentiasa positif dan fokus, berdoa dan bertawakkal. Insya Allah.

Cara Betul Banyakkan Susu Badan

Cara Betul Banyakkan Susu Badan | Untuk memastikan ibu dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk simanja…ibu kena la pastikan badan sentiasa sihat dan bertenaga…kalau badan ibu tak sihat…stress…otak akan penat nak hantar signal kepada payudara untuk hasilkan susu…kan…kan…kan….

Pesanan Doktor Pakar : Ibu perlukan Vitamin C, Multivitamin, B Complex dan juga ESP yang mana ESP adalah asas dalam menjaga kesihatan luar dan dalam ibu.

Rahsia Ibu Menyusu Kekal Cantik

Sebab tu juga saya amalkan pengambilan suplemen Shaklee untuk Set Penyusuan Lengkap Shaklee. Tapi ESP saya jarang sangat ambil sebab dengan pengambilan Vitalea dan Vitamin C sudah mencukupi untuk saya untuk banyakkan susu badan bagi menyusu kakak dan adik serentak (tanderm nursing)

susu-ibu2

Jom nak kongsi sikit kebaikan produk yang disarankan oleh Doktor Pakar…sangat bagus untuk ibu2 mempertingkatkan penghasilan susu badan.

Vitamin C ‚Äď membantu meningkatkan kandungan antibodi dalam susu ibu. Ia juga amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anfa yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang  melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin  C yang cukup membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.

RAHSIA SUSU IBU MELIMPAH RUAH

Multivitamin ‚Äď membantu ibu untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari. Ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas mengepam/memerah ataupun ketika menyusukan anak.

Continue reading “Cara Betul Banyakkan Susu Badan”

Petua Hasilkan Susu Ibu

Alhamdulillah hari ni dah 5 hari kami menyambut kehadiran ahli keluarga baru….baby boy seberat 3.4kg selamat dilahirkan pada 27/07/2014…dan perjalan memulakan perjuangan penyusuan susu ibu sepenuhnya pun bermula….seperti biasa hari pertama dan kedua susu susah sangat nak keluar….kena cuba macam2 petua dan tips atau petua untuk hasilkan susu ibu

Apapun…kami diduga dengan masalah kecil…sebaik sahaja baby dilahirkan….dia dah kena duduk dalam inkubator disebabkan kekurangan oksigen….jadinya penyusuan susu ibu tertangguh selama 2 hari…

Saya pula terkilan sesangat sebab tidak dapat menyusukan susu ibu sebaik sahaja bayi dilahirkan….jadi dari hari pertama susu tidak keluar sebab tiada baby yang mengepam….selama 2 hari baby dah diberi dengan susu formula…. ūüôĀ

Alatan pam pula tertinggal kat rumah…dan entah macam mana tak tergerak hati untuk minta suami hantarkan….dalam hati esok Insya Allah dapat menyusu baby dan dapatlah hasilkan susu ibu dengan bantuan hisapan baby…hmm….silap sendiri juga….nak buat macam mana…yang penting baby sihat….lagipun perjalanan penyusuan susu ibu masih jauh…. ūüôā

Keesokannya doktor masih tidak benarkan saya menyusu secara terus….minta saya pam susu….jadi bermula lah episod yang menguji kesabaran….dari pagi pam…hanya angin sahaja yang keluar…kebiasaannya selepas bidan mengurut baru susu keluar dengan meriahnya

Tapi…bidan pula tetiba sakit…saat akhir nak cari yang lain susah…sebab masing2 sibuk dengan persiapan raya….apapun bidan yang saya hubungi ada bagi petua¬†hasilkan susu ibu

Mcm ni. Ambl sikat rambut yg mcm batang mancis tu. Raup dada dari atas turun ke nipple. Dari bawah dada pun sampai nipple. Jejari sikat akan sentuh saraf dada. Kemudian bagi anak menyusu. Ulang2. .. utk permulaan dia tak akan keluar susu putih. Hari kedua baru keluar susu…. [Wanti Sayang Care]

Dari pagi….sebelum pam akan guna tips atas ni…saya guna sikat baby….sebab hujung dia tu macam mancis….dan akan pam setiap 2 jam….malamnya buat pula power pumping…..sehingga jam 8 pagi esoknya alhamdulillah saya berjaya hasilkan susu ibu sebanyak 1ml….pekat gitu…kolostrum akhirnya berjaya dikeluarkan…

download (6)

Dan pada pukul 10 pagi..doktor mengesahkan baby dah ok dan boleh menyusu secara terus….perjalanan penyusuan susu ibu pun bermula….gembira sangat sebab masa tu juga breast mula membengkak….walaupun 2 hari baby minum susu guna cup….alhamdulillah baby pandai menyusu dengan jayanya

Selepas 3 hari dihospital….hari ke 4 baby dah dibenarkan keluar hospital…walaupun ada jaundis tapi masih dalam tahap terkawal…dan kena buat pemeriksaan susulan di klinik desa sahaja…

Baby memang berisiko kena jaundis sebab saya bersarah ‘O’ dan baby pula tidak dapat menyusu dengan susu ibu untuk dapatkan kolostrum sejurus selepas dilahirkan….

Apa yang perlu dilakukan bila susu merundum

Sejak dari bulan lepas pengeluaran susu makin merosot…biasa sekali pam dapat 6-10 oz setiap sesi, sekarang ni dapat secara purata dalam 2-3 oz aje….

Jom kaji kenapa susu boleh merundum
1. Sepanjang bulan ramadhan sya hanya pam sekali sahaja di pejabat….di rumah memang tk mengepam…kadang tu ada juga sya skip pam terus….
2. Lepas masuk bulan Syawal sya banyak minum air batu….
3. Sejak tu juga sya banyak skip pam sesi petang….pam sesi tengah hari pun ada sya skip ke sesi ptg…kiranya banyak sya pam sekali sahaja di pejabat….sesekali ada juga pam di rumah selepas balik kerja

1004858_660645103946050_2064311869_n

 

Stok susu dalam chiller [date : 15sept2013]

Natijahnya susu makin merosot….sekali pam dapat maksima 1-3 oz…sehari kadang2 dapat kumpul 4-5 oz sahaja…nampak sangat stok makin menyusut kan…akhirnya stok dalam freezer tinggal 15 oz sahaja….baru la menyesal dengan apa yang sya buat….uhuk3….

Continue reading “Apa yang perlu dilakukan bila susu merundum”

Lobak Putih Menu Utama Ibu Menyusu

Di Kemaman, setiap hari Jumaat dari 7 pagi hingga 12 tengah hari ada pasar tani…sebelumnya hari Khamis, pasar malam…seperti biasa bawa anak2 pergi sama sambil cari makanan…

Sampai bahagian sayur, jumpa la lobak merak & lobak putih…buat2 la tanya kakak…

ummi : “kakak….yang ni sayur apa”…sambil tunjuk lobak putih

kakak : ‘lobak putih”

ummi : “yang ni pulak”…sambil tunjuk lobak merah

kakak : “carrot”…..

tuan, puan….panggilan tak sama yea….yang tu lobak, yang satu lagi tu carrot…..hik3….

images (6)

Dah lama nak cuba makan lobak putih ni, sebab ia adalah antara sayur2an yang boleh menambahkan pengeluaran susu ibu….selepas bulan puasa ni, susu tak banyak…tak sempat pun nak buat stok…dah jadi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dah….uhuk3…

Apapun rezeki husna masih lagi ada….sehingga sekarang husna menyusu dengan susu ibu sepenuhnya….selepas kejadian ada seekor cicak membunuh diri di suis peti ais dan menyebabkan peti padam….stok beratus oz dalam freezer terpaksa dibuang dalam tangisan…uhuk3…sampai sekarang tak sempat nak kumpul stok banyak2…

Dalam freezer ada stok yang boleh bertahan 2-3 hari sahaja….jadi nya sya nak cuba makan lobak putih pula….selain teruskan aktiviti mengepam melebihi permintaan…

Ada yang cakap lobak putih ni tak berapa sedap…lepas google menu apa yang nak masak dengan lobak putih, akhirnya buat masak lemak sayur campur…lobak putih + sayur sawi + salad…bila makan….sedap je…rasa seperti biasa…tak de la terpaksa telan…kiranya ok je la….nasi sepinggan licin…camne nak kurus ni…ahaks….kali terakhir berat 54kg…sekarang ni tak timbang lagi…esok lusa nak timbang ler…hehehe

Jadi hari cuti ni jom Masak Lemak Lobak Putih dan Ayam Goreng Special… Continue reading “Lobak Putih Menu Utama Ibu Menyusu”

Petua Tambah Susu

Salam Semua…

Lamanya tk update ni…bz nyer working mummy ni kan..hik3…sampaikan nk buat lawatan kt blog kawan2 pun tk sempat…

Hari ni pun curi masa nk update blog..kesian blog dh bersawang….lepas ni nk cuba juga update blog setiap hari..sekurangnya ada info terbaru kan…tak de la suam je blog daku ni..huhuhu…

Antibodi-Viaemma

Apa2pun setiap hari ada je pelawat datang sini baca entry lama..tp macam biasala…rata2 yg dtg adalah dari carian google…

 

 

Skrg ni kt ofis sya ada kawan yg berusaha utk BF sekurang2nya 6 bulan pertama….ada juga yg tk berapa nk sokong..yela kan..dorg cakap leceh..yg plg utama…malasssssssssss….tp bagi yg ada masalah kekurangan susu…yg tu nak wat camne kan..terpaksa la bagi susu formula..dh terpaksa..tp syg kan bg yg ada susu banyak..tp nk nak bg susu ibu…bila dh malas…tk boleh buat apa la…

Continue reading “Petua Tambah Susu”

Penyusuan Ibu…

Assalamualaikum…

Susu ibu adalah yg terbaik..tp kenapa ramai ibu2 yg lebih suka bg susu formula?…anak kedua sya mmg bg susu ibu sepenuhnya…sehingga 2 thn lebih…tp ramai yg bagi pandangan negative…ayat yg biasa mereka bg:

  • “kenapa tk bg susu formula, senang bila nk tinggal anak2 kt rumah kalau ada hal kt luar”
  • “leceh la bg susu ibu ni, nanti bila kt rumah org nk kena selak2…”
  • “susu formula ok jugak…beli yg jenama mahal tu, sama jugak ngn susu ibu”
  • “malas la…nk jaga bentuk badan”
  • “campur2 la..kt rumah susu ibu, bila kt luar bg susu formula…senang”
  • “malu la nk bg susu ibu bila kt luar”
  • dan lagi…lagi….lagi….

Continue reading “Penyusuan Ibu…”