Minuman Terbaik Untuk Ibu Menyusu

Ramai juga ibu belum tahu minuman apa yang sesuai di ambil oleh ibu sepanjang tempoh menyusu. Sebetulnya semua minuman yang tidak mengandungi kafein sesuai di ambil tapi sebaiknya lebihkan pengambilan air masak setiap hari. Purata dalam sehari ibu perlu minum air sebanyak 3 liter.

Sekiranya ibu ada masalah dalam kuantiti susu ibu, ibu boleh cuba ambil beberapa jenis minuman yang dipercayai mampu merangsang pengeluaran susu ibu TETAPI perlu diingatkan, supply dan demand jangan ditinggalkan.

Ibu tidak perlu menyusu bayi ikut masa yang tertentu, susukan bayi sekerap yang boleh mengikut permintaan bayi ibu2. Semakin kerap bayi menyusu, semakin meriah susu akan dihasilkan, Insya Allah. Namun ia juga seiring dengan situasi ibu itu sendiri. Sekiranya ibu STRESS, ia sedikit sebanyak mempengaruhi pengeluaran dan sekiranya ibu tidak ambil langkah yang sepatutnya, stress berlarutan tidak mustahil susu ibu suatu saat akan kering.

Cara Mudah dan Selamat Atasi Stress, KHAS untuk IBU MENYUSU

Ibu2 boleh dapatkan nasihat daripada kawan2 yang berpengalaman dan boleh juga ambil suplemen yang sesuai untuk atasinya. Stress kebiasannya menggangu ibu sekiranya ibu terlalu penat dengan kerja atau ada beberapa masalah yang membelenggu. Jadi ibu kena bijak mengatasinya jangan biarkan ianya berlarutan.

Dibawah ini saya kongsikan antara minuman yang digalakkan untuk ibu menyusu dalam memperbanyakkan susu badan dan buatkan susu lebih pekat dan berkrim yang telah saya amalkan sejak dari anak ke 2, 9 tahun yang lalu sehinga sekarang anak ke 4. 🙂
.

Minuman Terbaik Untuk Ibu Menyusu
1. Air Masak
2. Longan Kering – masak dengan gula batu
3. Halba – rendam halba dalam segelas air panas, minum bila air dah suam dicampur dengan sedikit madu
4. Lobak putih – boleh buat jus, namun tidak semua mampu… 🙂
5. Oat
6. Susu
7. Jus Buah2an – blend dari buah2an segar dan amalkan setiap hari, bagus untuk susu ibu serta kesihatan ibu dan bayi

 

Susu Lebih Pekat dan Berkrim Waktu Malam

Susu ibu lebih pekat dan mengandungi lemak yang tinggi di waktu malam. Jadi sekiranya ibu2 inginkan anak yang montel boleh la menyusu dengan lebih kerap disebelah malam. Teknik menyusu posisi baring sangat digalakkan untuk sesi penyusuan diwaktu malam untuk bagi ibu selesa setelah bekerja seharian.

Kalau rasa lenguh dibahagian belakang, elok sangat letak bantal peluk di belakang. Insya Allah walau menyusu lebih 30 minit, ibu akan rasa selesa.

Waktu malam-pagi adalah waktu susu hindmilk iaitu susu pekat lebih banyak dari susu cair. Waktu tengah malam juga adalah waktu terbaik untuk buat power pumping. Seeloknya power pumping di buat antara jam 12 malam – 6 pagi.

Foremilk (susu awal)

Susu agak cair kerana mengandugi air yang banyak, mengandungi kurang lemak dan berperanan menghilangkan dahaga

Warnanya kehijauan atau kebiruan

Mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan juga laktosa untuk perkembangan otak bayi

Hindmilk (susu akhir/belakang)

Susu agak pekat kerana kurang air tetapi mengandungi lemak yang tinggi dan berperanan mengeyangkan bayi

Warnanya berbeza dengan foremilk, hindmilk kelihatan pekat dan ‘rich’

Mempunyai kalori yang tinggi untuk memberi tenaga serta tumbesaran bayi

Mummy ingin kumpul stok susu yang banyak? Elakkan stress ditempat kerja dan jangan sesekali skip sesi mengepam. Niat dan semangat juga mesti kuat. Selebihnya jaga pemakanan dan jangan kurang minum air serta berdoa dan bertawakkal kepada Allah semoga perjalanan penyusuan susu ibu dipermudahkan. Amiin.

Mummy inginkan sokongan dalam penyusuan susu ibu? Boleh whatsapp saya di 0179322123 yea.

Happy Breastfeeding ^_^

Cara nak kembalikan Susu Badan

Pam-pam keluar angin…pam-pam keluar angin lagi. Alamak, acaner ni? Hmmm…ok2…lepas 2 jam kita pam pagi. Kemudian., pam-pam angin juga yang keluar…ops…masih lagi tengah usaha untuk kembalikan susu badan yang kering.

Be Positive, tak payah fikir macam-macam. Lepas 2 jam kita pam lagi. I can do it. Insya Allah. Ni sahaja cara untuk kembalikan susu badan yang kering. Walaupun ketika mengandung masih menyusu kak una yang 2 tahun, tapi dari kandungan ke 5 susu dah mula kering sebab ummi alahan yang teruk. Selepas bersalin, baby pula terus masuk inkubator.

Namun ku tak mudah patah semangat, minda sentiasa positif dan sentiasa doa yang terbaik untuk kami berdua.

Kenapa ESP Dapat Bantu Merangsang Susu IBU

Pagi dan sebelum tidur wajib bancuh segelas ESP denga MILO dan makan 3 biji kurma. Air minum setakat yang termampu. Maklumla baru bersalin, lum kuat nak ulang alik bilik air. Lagipun malam2 takut nak kebilik air sesorang…hehehe

Akhirnya lepas konsisten pam setiap dua jam, walaupun ibu lain sedang lena tidur sya bangun ambil pam dan mengepam. Masa tu tak fikir pun letih ke, mengantuk ke…automatik je bangun bila dengar jam loceng dan mengepam. Siap pam sambung tidur. Jam 7 pagi nurse buka langsir dan tanya pagi ni ada susu tak lagi nak bagi baby. Selamba la jawab tak de lagi walhal masa tu tengah mengepam. Tapi bila tengok botol susu, eh…ada la susu…masa tu nak lompat pun ada….hehehehe

lattebluurb0fz7

Senyum je nurse tu…siap pam terus bagi susu yang dapat dalam satu sudu kecik je kat baby. Sian baby dah 2 hari minum susu formula. Jam 10 pagi hari ke3 baby dah boleh keluar inkubator dan mulai saat itu terus menyusu sampai sekarang dah 2 tahun 4 bulan.

13230272_790428107758359_5222079103186086595_n

Alhamdulillah

Susu langsung tidak keluar sebab tiada rangsangan. Baby keluar je terus masuk inkubator. Ummi pula lupa bawa pam. Minta hubby bawakan dia pun pening uruskan k una yg baru 2 tahun, kerja lagi, mil lagi. So ignore je la hari pertama. Hari kedua baru minta hubby hantarkan pam susu.

Jadi, cara untuk kembalikan susu badan adalah dengan dapatkan makanan penuh khasiat serta teruskan rangsangan. Minda pula sentiasa positif dan fokus, berdoa dan bertawakkal. Insya Allah.

Teknik Dalam Jayakan Penyusuan Susu Ibu

Bukan sesuatu yang senang bagi seorang ibu yang ingin Jayayan Penyusuan Susu Ibu sehingga 2 tahun…namun ia tidak mustahil dan sememangnya Penyusuan Susu Ibu adalah semulajadi dan penuh dengan nostalgia…

Proses penyusuan susu juga boleh diibaratkan seperti roda..kejap di atas, kejap dibawah…kerana susu ibu tidak meriah setiap masa…ada suatu saat ia akan merundum…ada suatu saat ia terhasil sampai bengkak susu walaupun masa tu baby dah pun setahun lebih…

Sebab utama susu merundum adalah bila ibu mengabaikan konsep Supply & Demand dan Emosi yang tidak stabil.

Terdapat beberapa teknik yang ibu kena ambil perhatian dalam menjayakan Penyusuan Susu Ibu…

ilovels_lactivist_thumb

Positif dan Yakin

Ibu kena yakin yang ibu mampu menyusu bayi dengan susu ibu…setiap ibu mempunyai kebolehan secara semulajadi untuk menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan…sentiasa berfikir secara positif, yang susu yang dihasilkan oleh ibu adalah mencukupi…

RAHSIA SUSU IBU MELIMPAH RUAH

Kekerapan Menyusu

Bayi biasanya akan menyusu sejam sekali atau lebih….bergantung kepada bayi ibu2…anak2 saya pernah menyusu sampai satu jam….tapi saya layan sahaja….walaupun bayi menyusu kerap…ia tidak akan memudaratkan bayi kerana susu ibu mudah hadam…semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu akan dihasilkan…minta bantuan suami jika perlukan

Continue reading “Teknik Dalam Jayakan Penyusuan Susu Ibu”

Tupperware Ku Tersusun Cantik

Dah lama sangat tak ambil tahu koleksi tupperware….bila dah jadi surirumah semula ni…cari semula tupperware yang berselerak dalam kabinet dan rak di dapur…sedih sebab banyak dah hilang…entah dimana ia berada…

Jadi, basuh mana yang ada dan susun cantik2…kali ni bukan didapur tapi diruang tamu…sebelah peti ais…peti ais kat ruang tamu adalah khas untuk letak air, makanan dan sayur2 segar…peti dapur pula khas untuk letak bahan2 basah yang lain…

Asalnya peti di ruang tamu adalah untuk simpan alat2 penyusuan…stok ebm…bila dah resign dan duduk rumah 24 jam…tak perlu lagi kumpul stok…alatan penyusuan juga semua dah bagi pada yang lebih memerlukan…tinggal peti ais je la buat kenangan…

Tengok…cantik je kan…bila tupperware dah tersusun rapi…yang paling bagus setiap dalam tupperware tu ada makanan….tetamu datang….pilih je la sendiri apa yang anda nak makan….

tupperware

Air masak dah simpan siap dalam 4 Eco Bottle yang 1 liter…jadi setiap hari saya akan pastikan ianya dihabiskan….misi untuk minum air 4 liter sehari mudah dilaksanakan.

Ibu menyusu wajib minum air 4 liter sehari…lagi2 bila ambil suplemen untuk kesihatan ibu dan bayi….baru lah Penyusuan Susu Ibu akan berjalan lancar…Insya Allah…

Sakit Dada Selepas Bersalin

Sejurus selepas bersalin saya mengalami sakit dada…tapi tak bagi tahu pun ke nurse…bila nurse tanya ada tak sakit dada dan sesak nafas….

Memang menyeksakan juga bila sakit dada serentak dengan sakit belakang…apa yang saya buat adalah kawal pernafasan…tarik nafas dalam2 dan lepas secara perlahan…ianya berhasil dalam mengurangkan kesakitan…

momnbaby

Lagipun saya hanya sakit dada dan belakang…bukan nya sesak nafas…dan ia berlaku akibat tekanan yang kuat ketika proses meneran bayi keluar…lagipun masa tu suami tak ada..tak sempat nak masuk..baby umar tak sabar nak keluar…

Kebetulan pula baby umar ada masalah dalam pernafasan dan kena ditempatkan dalam inkubator untuk bekalkan oksigen dan antibiotik terpaksa diberikan kerana ada jangkitan kuman dalam paru2…

Susu ibu kurangkan kematian kanak2 Thumbs up

Penyusuan susu ibu pula terpaksa ditangguhkan…hari ke3 baru pengembaraan penyusuan susu ibu untuk baby umar bermula…

Continue reading “Sakit Dada Selepas Bersalin”

Bagaimana Untuk Memulakan Penyusuan

Alhamdulillah, sekarang dah ramai ibu2 mempunyai kesedaran betapa pentingnya Penyusuan Susu Ibu kepada bayi….sesungguhnya Susu Ibu adalah yang terbaik untuk bayi comel ibu2….

Susu Ibu juga susu yang paling ekslusif…tidak boleh dibeli…dan ia adalah anugerah yang teragung….

Tapi masih ramai ibu2 tidak tahu bagaimana untuk memulakan Penyusuan Susu Ibu kali pertama sejurus bayi dilahirkan….sebab itu juga ramai ibu yang hentikan penyusuan bayi disebabkan nipple luka…

images

Continue reading “Bagaimana Untuk Memulakan Penyusuan”

Kehamilan Minggu Ke 31

Alhamdulillah….kehamilan dah pun masuk minggu ke 31…dah tak lama dah baby nak jumpa abang dan kakak….ummi pun tak sabar nak breastfeeding baby…semoga perjalanan penyusuan ibu untuk kali ini juga berjaya seperti sebelumnya…Insya Allah…

Bila dah masuk minggu ke 31 ni juga….dah tak tak selesa nak duduk dan tidur….macam posisi bertukar bersilih ganti..tak termasuk bila perut mengeras….tengah jalan kena berhenti kejap….tapi dari sekarang juga tak boleh banyak berehat…kena banyakkan berjalan bagi memudahkan proses bersalin nanti…cuma jangan terlalu mendesak…buat setakat yang termampu….

Suplemen untuk ibu hamil

Ibu2 boleh mula buat senaman bola ini seminggu sekali kerana ia dapat

  • > mengurangkan sakit bersalin
  • > memudahkan ibu2 tidur
  • > membantu bayi berada dalam posisi yang betul
  • > menguatkan otot pinggul
  • > memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin

Relaxed pregnant woman

Continue reading “Kehamilan Minggu Ke 31”

Apa yang perlu dilakukan bila susu merundum

Sejak dari bulan lepas pengeluaran susu makin merosot…biasa sekali pam dapat 6-10 oz setiap sesi, sekarang ni dapat secara purata dalam 2-3 oz aje….

Jom kaji kenapa susu boleh merundum
1. Sepanjang bulan ramadhan sya hanya pam sekali sahaja di pejabat….di rumah memang tk mengepam…kadang tu ada juga sya skip pam terus….
2. Lepas masuk bulan Syawal sya banyak minum air batu….
3. Sejak tu juga sya banyak skip pam sesi petang….pam sesi tengah hari pun ada sya skip ke sesi ptg…kiranya banyak sya pam sekali sahaja di pejabat….sesekali ada juga pam di rumah selepas balik kerja

1004858_660645103946050_2064311869_n

 

Stok susu dalam chiller [date : 15sept2013]

Natijahnya susu makin merosot….sekali pam dapat maksima 1-3 oz…sehari kadang2 dapat kumpul 4-5 oz sahaja…nampak sangat stok makin menyusut kan…akhirnya stok dalam freezer tinggal 15 oz sahaja….baru la menyesal dengan apa yang sya buat….uhuk3….

Continue reading “Apa yang perlu dilakukan bila susu merundum”

SUSU IBU ANUGERAH TERAGUNG

Tanyalah Ustazah TV9 2013 Episod 34 :  Susu Ibu Anugerah Teragung [Prof. Madya Dr. Harlina Haliza Siraj]

Kalau ada yang terlepas tengok, boleh la tengok kat Tonton yea…sya pun tak sempat nak tengok sepenuhnya…masa tengok tu dah minit2 terakhir…

Marilah ibu2 susu akan kesayangan dengan susu yang penuh berkhasiat dan yang paling mahal…walaupun ada pendapat dikalangan ibu2, nenek yang berfikir bahawa untuk bayi membesar dengan sihat dan aktif, mereka hendaklan diberikan susu formula…

The Secret Garden, The Magical Flower…

Susu formula pula banyak jenama….jadi kebiasaannya mereka lebih cenderung dengan susu yang harga boleh dikira mahal…ada yang mencesah RM80.00 hanya sekadar 900gm….alahai….mahalnyer kan…apapun semua susu formula tetap datang susu lembu yang telah diproses dan diadun dengan pelbagai bahan…

Antibodi-Viaemma

 Antibodi/antiviral melalui susu ibu

Continue reading “SUSU IBU ANUGERAH TERAGUNG”