Minyak Morhabshi Untuk Rawat Resdung

Minyak Morhabshi Untuk Rawat Resdung – Terbukti Berkesan

Minyak Morhabshi Untuk Rawat Resdung | Assalamualaikum. Hari ni kak sya nak share lagi kebaikan Minyak Morhabshi untuk rawat resdung. Kak sya dah lama menderita resdung ni. Tapi ikutkan kebanyakkan dari kita ada resdung. Cuma tahap je berbeza-beza.

Kak sya pernah dapatkan antibiotik dari doctor sebab dah tak tahan sakit mata. Rasa nak cabut mata dan kepala. Doktor bagi antibiotic dan minta rujuk pakar untuk buat rawatan cuci dalaman.

Dengar kena cuci dalam muka ni, naik seriau pun ada. Bila pergi buat rawatan alternative, staff situ cakap resdung dah sampai ke telinga. Tapi biasa la kan bila dah baik sikit, mula la liat nak buat rawata itu dan ini. Masa sakit apapun sanggup. Hehehe

Tapi sekejap je ok lepas ambil antibiotic dan buat rawatan alternative tu. Lepas sebulan dapat mesej dari pusat rawatan alternative minta buat rawatan yang ke dua. Tapi malas pula nak pergi. Buat rawatan susulan di pakar pun malas. Adeh, macam mana nak baik. Huhhuhu

Sekarang kak sya buat rawatan sendiri di rumah dengan menggunakan Minyak Morhabshi. Ikutkan ramai cakap Minyak Morhabshi bagus untuk Resdung. Walau kak sya dah lama guna minyak morhabshi ni tapi untuk rawatan resdung belum guna secara istiqamah.

Insya Allah, mulai hari ini akan amalkan secara istiqamah semoga akan nampak perubahan. Sekarang sakit kepala dan mata dah bermula semula.

.

Gejala resdung:

* Hidung tersumbat

* Lendir daripada hidung dan tekak

* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

.

Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

* Hidung bengkok

* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor.

Sumber : http://morhabshi.blogspot.my/

.

Ini pula cara guna Minyak Morhabshi Untuk Rawat Resdung:

.

  1. Sapu pada hidung dan tempat gatal
  2. Masukkan ke dalam lubang hidung. Samada picit terus atau guna tisu yang diletakkan minyak morhabshi.
  3. Minum 3x sehari, 3-5x picit setiap kali minum.

 

Minyak Morhabshi Untuk Rawat Resdung

Ketahui rahsia resin myrrh dalam Minyak Morhabshi Untuk Rawat Resdung:

.

1) Pembersihan (Cleansing)
Meningkatkan fungsi sel darah putih dan memulihkan kadar enzim yang dikenali sebagai antioksidan glutathione. Mereka yang telah mengkaji herba telah membuat kesimpulan bahawa myrrh menyediakan faedah antioksidan yang kuat dan dapat melindungi sistem imun manusia serta melindungi hati daripada kesan-kesan bahaya plumbum.

2) Anti jangkitan dan Antiviral (Disinfectant and Antiviral)
Resin myrrh tidak membiarkan kuman berkembang atau menjangkiti badan kerana myrrh bersifat anti-virus. Ia boleh digunakan bagi mengelak pelbagai penyakit yang disebabkan mikrob seperti demam, keracunan makanan, batuk & selsema, beguk, campak, serta jangkitan (wabak).

3) Agen Pengecutan (Astringent)
Myrrh membantu mengecut otot, usus dan organ dalaman yang lain termasuk pada kulit, serta boleh membantu mengukuhkan gusi. Morhabshi juga menguatkan akar rambut, yang secara teorinya mampu memerangi kebotakan.

Satu lagi aspek penting daripada resin ini ialah bahawa ia membantu masalah pendarahan akibat luka-luka, dan berupaya menghalang kehilangan banyak darah apabila cedera.

4) Ekspektoran (Expectorant)
Myrrh berkesan melawan batuk dan selsema. Ia membantu untuk melegakan kesesakan dan membuang kahak.

5) Terapi ulser (Ulcer Therapy)
Dalam satu kajian ke atas haiwan di makmal, suplemen dengan myrrh dapat meningkat jumlah sel darah putih dan membantu menahan serangan ulser serta mengekalkan ketahanan semasa proses penyembuhan ulser.

6) Anti kulat (Fungicide)
Myrrh juga berfungsi menghalang dan membunuh kulat. Ia boleh digunakan secara dalaman dan luaran untuk memerangi jangkitan kulat.

7) Perangsang (Stimulant)
Minyak daripada myrrh baik dalam merangsang rembesan, aliran darah, penghadaman, daya ingatan, dan perkumuhan. Ia merangsang rembesan jus pencernaan, aktiviti mengepam jantung, dan hempedu, malah membolehkan anda sentiasa aktif dan memberi tumpuan pada sistem saraf dan otak.

8) Anti kanser (Anti-cancer)
Lebih daripada satu kajian mendapati myrrh membantu tubuh manusia melawan kanser dan kesimpulan dibuat bahawa myrrh menunjukkan potensi yang baik sebagai pilihan semula jadi dalam merawat kanser prostat.

9) Perpeluhan (Diaphoretic)
Ia merangsang pengeluaran peluh dan mengekalkan tubuh bebas daripada garam tambahan, racun, dan pembendungan cecair berlebihan. Berpeluh membantu penyingkiran gas berbahaya seperti nitrogen serta membersihkan liang-liang kulit.

10) Antiseptik (Antiseptic)
Samada luka kecil atau luka besar, atau mendapat jangkitan bukan lagi satu isu jika anda mempunyai myrrh dalam simpanan. Oleh kerana ia merupakan satu bahan antiseptik, minyak ini boleh menjaga sebarang jangkitan yang berpotensi menjadi septik.

11) Booster Imun (Immune Booster)
Minyak daripada myrrh mengaktif dan menguatkan sistem imun tubuh dan mengekalkan perlindungan daripada jangkitan dan penyakit (kebal).

12) Anti radang (Anti inflammatory)
Minyak daripada myrrh sesuai mengawal radang tisu dalam kes-kes jangkitan virus dan dalam sistem kardiovaskular termasuk keradangan disebabkan oleh pengambilan makanan panas terlalu banyak.

13) Antispasmodic (Antispasmodic)
Ia juga memberikan kelegaan pada pengecutan yang tidak diingini atau kejang, dan dengan itu meredakan sakit, kejang, dan kesakitan otot.

14) Rawatan parasit Organik (Organic Parasite Treatment)
Foscialiasis suatu penyakit disebabkan oleh parasit yang boleh didapati di kawasan air. Ia menyebabkan kerosakan hati dan halangan biliary.

Nota:
Myrrh adalah bahan utama dalam Minyak Morhabshi yang diasaskan oleh Sheikh Hj Abdul Hamid Alderangi, seorang ulama dan pengamal perubatan Islam serta doktor homeopathy bertauliah lebih 30 tahun yang lalu.

Selain resin myrrh atau morhabshi yang dinyatakan di atas, Minyak Morhabshi juga mengandungi safron, raja kayu dan pelbagai herba tempatan.

Minyak Morhabshi 100% keluaran dan edaran muslim tempatan.

Sumber:  : https://www.facebook.com/morha2u/photos/a.373694829320239.82918.265473806809009/1431433666879678/?type=3&notif_t=notify_me_page&notif_id=1495425515237656

 

Minyak Morhabshi Minyak Satu Keluarga

Assalamualaikum. Pernah dengar tak Minyak Morhabshi? Minyak Morhabshi ni sebenarnya dah lama bertapak di Malaysia namun masih belum ramai yang tahu kewujudannya dan keberkesannya.

Kami dah lama amalkan Minyak Morhabshi ni. Alhamdulillah serasi dengan kami sekeluarga. Minyak ni tak panas macam minyak lain2 tu. Berminyak dan melekit pun tak. Bau pun tak ada. Anak suka guna ubat ni. Lenguh kaki cecepat minta ummi sapu Minyak Morhabshi.

Setakat penggunaan setakat hari ni, Minyak Morhabshi sangat membantu dalam mengubati kembung perut, kena gigitan serangga, kulit melecur, lenguh badan dan luka ringan.

Kak sya memang simpan sebotol saiz comel dalam beg. Pernah dulu pergi kedai gunting rambut, anak no 3 tersepit pintu kedai. Entah macam mana boleh kena dan terus bengkak. Kuat juga la kena hempas pintu sebab cepat sangat bengkaknya. Terus kak sya capai Minyak Morhabshi dan sapu tempat kena tadi. Alhamdulillah bengkak tak melarat dan esok dah ok.

Sebenarnya banyak lagi khasiat Minyak Morhabshi ni. Awal dulu beli sebab sakit gigi. Kes degil nak pergi cabut takut tengok doktor gigi. Google jumpa minyak ni. Memang berkesan tau, hilang sakit gigi tak sampai 1 minit. Tapi sakit gigi yang ringan ler, kalau sampai tahap nak kena cabut tu, memang tak kan jadi sebab gigi dah rosak teruk. Nak tak nak kena la cabut.

Satu lagi kisah, anak dara kak sya, zahira sekarang dah 10 tahun dari kecil selalu sakit lutut. Sampai malam tak boleh tidur menangis. Selang 2-3 hari mesti ummi kena berjaga gosok lutut zahira. Biasanya lepas sapu ubat dan tuam dengan tuala panas, baru boleh tidur.

Alhamdulillah, lepas selalu sapu Minyak Morhabshi ni jarang sangat dah sakit lutut. Sejak guna dari tahun 2015 sampai sekarang, sebulan pun susah nak dengar zahira sakit lutut. Kalau aktif sangat bersukan, baru la ummi kena sapu minyak.

Baby umar dari kecil tak guna minyak lain pun. Dari bayi guna Minyak Morhabshi sampai sekarang dah nak masuk 3 tahun. Alhamdulillah tak ada kembung perut pun. Malam2 tidur dengan lena.

Kandungan Minyak Morhabshi

Minyak Zaitun: Minyak zaitun tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu memelihara kelembapan dan kehalusan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka di samping melindungi kulit daripada kerosakan.

Morhabshi: Morhabshi merupakan getah yang terhasil dari pokok Myrrh atau Kemenyan Bunian yang berkesan untuk dijadikan sebagai tonik bagi membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Ia bersifat antiseptik sekaligus membantu menentang jangkitan kuman dan virus seterusnya melindungi tubuh badan anda daripada serangan penyakit.

Di samping itu, morhabshi juga terbukti mampu merawat penyakit sendi, melancarkan peredaran darah, memelihara sistem saraf, mengatasi masalah buah pinggang serta merawat penyakit kulit. Morhabshi juga berupaya menurunkan paras kolestrol LDL yang membahayakan kesihatan sekaligus meningkatkan kolestrol HDL yang ternyata baik untuk kesihatan tubuh badan anda.

Minyak Bijan: Minyak yang diesktrak dari bijan mempunyai sifat antiseptik dan antiradang yang berkesan untuk mempercepatkan pemulihan luka serta mencegah dan merawat masalah kulit seperti eczema, kegatalan, rekahan dan kulit kering. Aromanya yang menyegarkan pula menjadikan minyak bijan sesuai untuk dijadikan sebagai minyak urut.

Minyak Jarak: Minyak jarak berfungsi mengatasi masalah pencernaan yang disebabkan oleh pertumbuhan bakteria dalam perut. Ia juga dapat merawat masalah kulit kering.

Minyak Morhabshi ada 4 saiz. Biasa kak sya simpan dalam beg saiz 15ml tu. Senang nak guna masa travel. Kegunaan di rumah 60ml atau 120ml. Ni dah tinggal sedikit nampaknya kena order la nanti.

minyak morhabshi

Khasiat dalam Minyak Morhabshi

Khasiat myrrh
Khasiat myrrh (Morhabshi)
1) Cleansing (agen pembersihan)
2) Disinfectant and Antiviral (Anti jangkitan dan Antivirus)
3) Astringent (Agen Pengecutan)
4) Expectorant (Ekspektoran)
5) Ulcer Therapy (Terapi ulser)
6) Fungicide (Anti kulat)
7) Stimulant (Perangsang)
8) Carminative (Buang angin)
9) Anti-cancer (Anti kanser)
10) Diaphoretic (Perpeluhan)
11) Antiseptic (Antiseptik)
12) Immune Booster (Penggalak Imun tubuh)
13) Anti inflammatory (Anti radang)
14) Antispasmodic (Antispasmodic)
15) Organic Parasite Treatment (Rawatan Parasit Organik)

 

Kak sya biasa contact terus En Syafiq (+60 19-440 1944) kalau nak order. Kalau urgent dia akan tolong proses order pada hari yang sama.

Nak maklumat lanjut mengenai Minyak Morhabshi? Boleh klik link –> http://morhabshi.blogspot.my/