@Resepi : Kek Karamel Pelangi Sedap

Pertama kali buat Kek Karamel Pelangi dulu…kek tak jadi. Dah ikut semua step, entah mana silap kek tak naik langsung. Kek jadi mendap.

Dah tak de rupa Kek Karamel Pelangi tapi jadi macam kuih lempeng. Bila makan, Masya Allah langsung tak boleh nak telan. Terpaksa dengan rela hati derma ke tong sampah. 😅

Sejak duduk rumah as a full housewife working mother ni kan, suka sangat masak2 makanan yang dah lama teringin nak masak tapi masa tidak mengizinkan. Sibuk la sangat kan. Nak buat macam  mana, 1001 kerja nak kena buat setiap hari. Masa rehat adalah waktu malam, tidur. Tapi awal pagi dah bangun nak siapkan kerja-kerja online dan kerja rumah urusan anak ke sekolah.

Ibu yang bekerja dari rumah ni kan, macam ni ler sentiasa sibuk. Jangan ingat ibu dok rumah tak de income masuk tau. Kami kerja juga cuma waktu kerja kami flexible. Kadang2 pendapatan ibu bekerja dari rumah ni lagi banyak berlipat kali ganda dari mummy yang bekerja di pejabat.

Eh cerita bab kerja pula. Dah lupa ni entri Kek Karamel Pelangi. 😛

10357458_773766122685305_6786994185275125104_n

Pernah borak2 dengan anak2, bagitahu ummi nak kerja semula. Masing2 buat muka merajuk. Kalau ummi betul2 nak kerja, abang dan kakak nak ikut ummi pergi kerja juga.

Ok2, ummi tak kerja pejabat 8 jam sehari dengan tinggal anak2 lagi. Dah cukup la 3 tahun bekerja, setahun abang on off demam sampai 10kg turun.

Tahun kedua dan ketiga ok sikit sebab ummi cuba juga untuk balik tengah hari. Sesekali bawa pergi ke pejabat.

 

Kek Karamel Pelangi saiz mini. Ramai permintaan untuk saiz macam ni sebab tu kak sya buat. Saiz normal 8 inci, banyak sangat kalau untuk 2-3 orang makan.

Jom kita layan resepi Kek Karamel Pelangi confirm jadi ni. Resepi asal adalah dari E-Na LovelyKitchen

RESEPI KEK KARAMEL PELANGI

Loyang 8 inci x 3 inci

8 biji telur

Boleh siap2 asingkan dalam 3 bekas.

  1. Meringue – 6 biji putih telur
  2. Adunan kek – 3 biji kuning telur
  3. Karamel – 3 biji kuning telur + 2 biji telur penuh

140gm gandum

100 gm gula + 1 1/2 sudu besar utk gula hangus

130ml air

50ml minyak masak

Lain2 – cream of tar tar (optional-tak masukkan pun takpe janji guna telur yang fresh), esen vanila, 3 jenis pewarna, baking powder

 

Langkah 1 : Gula Hangus untuk lapisan atas Puding Karamel

  1. Masukkan 1 1/2 sudu besar gula ditengah2 loyang
  2. Buka api perlahan dan biarkan gula cair
  3. Ratakan keseluruhan loyang bila gula dah cair sepenuhnya.
  4. Biarkan sejuk.

Langkah 2 : Adunan Puding Karamel

3 biji kuning telur + 2 biji telur penuh

100 gm gula

1 tin susu cair atau 400ml susu segar

1 sudu kecil esen vanila

  1. Kacau rata telur dengan perlahan jangan sampai berbuih
  2. Masukkan esen vanila, susu dan gula, kacau perlahan sampai sebati atau gula hancur
  3. Tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi
  4. Ketepikan

 

Langkah 3 : Adunan kek 1 – Meringue

6 biji putih telur

50gm gula

1 sudu kecil cream of tar tar (kalau guna telur baru tidak perlu masukkan cream of tar tar)

  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan kek 2

 

Langkah 4 : Adunan kek 2

3 biji kuning telur

50gm gula

130ml air

50ml minyak

140gm tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang…matikan mixer
  4. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, kacau dengan senduk kayu dan kaup balik sampai sebati
  5. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata juga dengan perlahan-lahan.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  7. Warnakan dengan warna pilihan anda.

 

Langkah 5 : Cara tuang adunan kek atas puding karamel (ikut mana yang anda suka…ikut cara dibawah utk dapatkan layer yg sgt cantik)

  1. Sendukkan adunan kek ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan…bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  2. Sendukkan adunan berselang seli sehingga habis…
  3. 3 senduk warna Biru, 3 senduk warna merah, 3 senduk warna hijau
  4. 2 senduk warna Biru, 2 senduk warna merah, 2 senduk warna hijau
  5. 1 senduk warna Biru, 1 senduk warna merah, 1 senduk warna hijau
  6. Teruskan langkah ke3 sehingga adunan habis
  7. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
  8. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 60 minit atau sehingga kek dan puding masak dengan menggunakan api bawah sahaja. Tambahan 10 minit guna api atas dengan suhu 100 degree.
  9. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang dan  pastikan pintu oven dibuka sedikit. K Sya letak lidi dicelah pintu.
  10. Sejukkan dalam suhu bilik dalam 20-30 minit, baru terbalikkan adunan dalam pinggan.
  11. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.

Potong Kek Puding Karamel semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

Selamat mencuba.

kek karamel pelangi sedap

NOTE : KAEDAH DOUBLE BOILER / BAIN MARIE

Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar di dalam oven.

Atau,

Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar di dalam oven.

Resepi asal dari E-Na LovelyKitchen

Cartoon Network vs Kek Karamel

Malam macam ni best je layan cerita kartun dengan anak2…biasa layan channel disney…ada movie best setiap hari…kat rumah ni walaupun subscribe banyak channel..tapi hari2 dok layan channel cartoon je…rasa macam rugi pula kan…tapi itula Astro…layan je ler…

Tapi biasanya awal cerita tak tahu…sebab movie mula pukul 7.30mlm…biasa dapat tengok paling awal pun pukul 8.00mlm

Biasa la merehatkan diri di malam hari…betulkan urat2…sambil baring2…nak duduk memang dah tak boleh…tak selesa sebab seharian dah duduk buat kerja di pejabat…

Minta Ira buat kerja rumah…tak nak pula dia…sebab tak nak pergi sekolah…maklumla dah lama cuti sebab tak sihat…mula la liat nak pergi…

Ahmad dah lena…keletihan seharian bermain…

Sekejap lagi nak keluar ambil kek yang pesan semalam…sebab makan Kek Karamel lagi best dari layan cartoon…minggu ni teringin nak makan kek…nak buat malas..order je…  🙂

Hmmm…teringin pula nak makan kek hasil tangan yan@yanmieonline.com….tapi jauh sangat…kalau dekat mesti dah minta buatkan…hik3…

Update :

Kek Karamel dah selamat sampai rumah…tapi tak sempat snap pun sebab teringin sangat2 nak makan…dah habis makan 1/4…alhamdulilah kenyang…nak sambung layan cartoon…alahai rupanya dah habis…sambung buat kerja rumah yang tertangguh…basuh pakaian ahmad & ira yang penuh sebakul…

Ni la rupa Kek Karamel yang sya order…ni copy gambar dari facebook owner…kalau kawan2 yang tinggal area Kemaman, Terengganu…kalau nak order boleh je tempah di SINI…. Continue reading “Cartoon Network vs Kek Karamel”