Jom Jalan-jalan Makan Cendol Sedap Kuantan

Assalamualaikum. Selamat petang. Tetiba terbayang cendol. Bila sebut cendol terus terbayang cendol sedap kuantan. Hari ini juga bermulanya peperiksaan pertengan tahun bagi sekolah rendah. Kak sya tak tahu la samada selaras seluruh negara. Tapi rasanya sama je kot sebab 25 hb Mei cuti sekolah dah bermula.

Sebelum bulan Ramadhan ni rasa nak pergi jalan-jalan makan cendol je…ahaks. Bila sebut cendol, semestinya cendol sedap hanya di kuantan. Macam ibu mengandung pula. 😆

cendol sedap kuantan
Image from Google

Dari dulu sampai sekarang, kami kalau ke Kuantan, Pahang wajib singgah makan cendol sedap di Mustafa Cendol. Rasanya tetap sama dari dulu, lemak berkrim di sukai semua. Cendol yang biasa kami order adalah cendol pulut. Sedap tau makan pulut sekali dengan cendol. Manis2 pun sedang molek je.

Kalau pergi lagi, nak pesan Cendol Sedap Aiskrim. Lama dah nak makan, tapi nampak je cendol pulut, terus lupa nak cendol aiskrim. 😜

mustafa cendol kuantan
Image from TripAdvisor

Selain cendol menu wajib suami adalah Rojak Mee. Kak sya tak suka sangat makan rojak ni, lebih baik makan Mee Goreng. Nasi goreng tidak dijual, jadi terpaksa la order Mee Goreng Mamak best. Sesekali order Maggi Goreng.

Jangan lupa stanby air suam. Sebab kami ni kalau minum air manis, rasa cam lekat di tekak je. Kena cuci mulut dengan air suam juga. Baru rasa legaaaa.

cendol sedap kuantan
Image from TripAdvisor

Dah siap makan cendol dan mee serta rojak, tapau tu jangan lupa. Sambung makan dirumah. 😅

Tapi kalau tapau cendol tu kan, tak de nyer sampai rumah. Cendol tu habis di pertengahan jalan aje. Kemudian sampai rumah masing2 berebut nak masuk toilet.

Perjalanan ke Mustafa Cendol ambil masa dalam 45 minit je dari rumah kami. Tak de la jauh sangat dan aktiviti sebelum makan cendol adalah buat lawatan ke Mini Zoo yang berdekatan.

Kat Mustafa Cendol Kuantan ni ada kolam ikan dengan bunyi deruan air terjun. Sangat menarik. Anak-anak suka sangat lepak tepi kolam selepas menjamu selera.

Sesiapa yang berkunjung ke kuantan, sila la yea makan cendol di Mustafa Cendol. Confirm tak kan nyesal. Menyesal kalau tak pergi je. Harga mampu milik. Dijamin Halal.

Mustafa Cendol Terbaik

Semasa sarat mengandung umar, teringin sangat nak makan cendol di restoren Mustafa Cendol…tapi sebabkan bulan puasa…jadi keinginan terpaksa dipendamkan…

Selepas je pantang habis…hari ke 43 ajak suami ke kuantan…pergi beli cendol sedap…sambil tu beriadah di Mini Zoo Kuantan..

Perjalanan dari Kemaman ke Kuantan ambil masa 45 minit..

Eh…tapikan ibu baru lepas pantang mana boleh makan atau minum yang sejuk2 kan…betul la tu, rancang nak minta buat yang suam2 kuku je…tapi sebabkan dah petang…jadi suami bungkus je…makan kat rumah…baby kecik…mana boleh jalan malam2…jadi bungkus yang sejuk je la..

cendol_abc

Sampai rumah lewat juga…pukul 7.30 malam sebab traffic jam kat highway…baiki jalan…pokok tumbang sebab ribut kuat sebelum tu…

Cendol pun dah sepenuhnya cair…sejuk pun dah kurang…panaskan dalam microwave sikit…baru la menikmati cendol…rasa tak sama sebab cendol suam2 kuku…tapi tetap sedap…

Selain cendol…rojak pun sedap juga…suami paling suka rojak…jadinya hari tu tapau 2 bungkus Rojak Mustafa Cendol dan 3 bungkus Cendol Mustafa Cendol

Continue reading “Mustafa Cendol Terbaik”

Jalan-jalan cari makan dan rumah baru

Assalamualaikum

Dah lama nak tukar theme (rumah baru untuk blog syamilamohd.com) lagi…tapi tak jumpa yg sesuai…sya suka yg simple2 je…tak nak yang bunga2 cam sekarang ni….mengidam la pulak…hahaha….

Cuba juga usha kat mr google…tapi itula tak jumpa…maklumla sekarang ni tidak boleh duduk lama2 dpn komputer..mula la sakit kepala…ada juga yang berkenan…tapi size pula kecil…nak edit memang malas…banyak masa diperlukan…

Entah bila la blog ni nak berwajah baru agaknya…hmmmmm…..

Berbalik kepada keluarga…tahun ni baru minggu lepas berkesempatan bawa anak2 jalan2 jauh dari kemaman…tak de la jauh mana pun..setakat pergi ke kuantan je…niat asal nak pergi shopping barang dapur kat Giant Kuantan…tapi tak jadi sebab perbezaan harga yg besar la jugak…jadi shopping barang plastik je…balik kuantan pergi semula shopping kat Cola Agency di Kemaman…harga barang dapur kat sini memamg berbaloi2x…

Tapi ok la…bukan main seronok budak2 dapat jalan2…tak beli barang mainan pun kat diorang…masing2 nak main naik kereta mainan…dah dapat satu..berebut la pula..nasib la…ramai yang tunggu giliran…he3 Continue reading “Jalan-jalan cari makan dan rumah baru”