Minuman Terbaik Untuk Ibu Menyusu

Ramai juga ibu belum tahu minuman apa yang sesuai di ambil oleh ibu sepanjang tempoh menyusu. Sebetulnya semua minuman yang tidak mengandungi kafein sesuai di ambil tapi sebaiknya lebihkan pengambilan air masak setiap hari. Purata dalam sehari ibu perlu minum air sebanyak 3 liter.

Sekiranya ibu ada masalah dalam kuantiti susu ibu, ibu boleh cuba ambil beberapa jenis minuman yang dipercayai mampu merangsang pengeluaran susu ibu TETAPI perlu diingatkan, supply dan demand jangan ditinggalkan.

Ibu tidak perlu menyusu bayi ikut masa yang tertentu, susukan bayi sekerap yang boleh mengikut permintaan bayi ibu2. Semakin kerap bayi menyusu, semakin meriah susu akan dihasilkan, Insya Allah. Namun ia juga seiring dengan situasi ibu itu sendiri. Sekiranya ibu STRESS, ia sedikit sebanyak mempengaruhi pengeluaran dan sekiranya ibu tidak ambil langkah yang sepatutnya, stress berlarutan tidak mustahil susu ibu suatu saat akan kering.

Cara Mudah dan Selamat Atasi Stress, KHAS untuk IBU MENYUSU

Ibu2 boleh dapatkan nasihat daripada kawan2 yang berpengalaman dan boleh juga ambil suplemen yang sesuai untuk atasinya. Stress kebiasannya menggangu ibu sekiranya ibu terlalu penat dengan kerja atau ada beberapa masalah yang membelenggu. Jadi ibu kena bijak mengatasinya jangan biarkan ianya berlarutan.

Dibawah ini saya kongsikan antara minuman yang digalakkan untuk ibu menyusu dalam memperbanyakkan susu badan dan buatkan susu lebih pekat dan berkrim yang telah saya amalkan sejak dari anak ke 2, 9 tahun yang lalu sehinga sekarang anak ke 4. 🙂
.

Minuman Terbaik Untuk Ibu Menyusu
1. Air Masak
2. Longan Kering – masak dengan gula batu
3. Halba – rendam halba dalam segelas air panas, minum bila air dah suam dicampur dengan sedikit madu
4. Lobak putih – boleh buat jus, namun tidak semua mampu… 🙂
5. Oat
6. Susu
7. Jus Buah2an – blend dari buah2an segar dan amalkan setiap hari, bagus untuk susu ibu serta kesihatan ibu dan bayi

 

My Breastfeeding Journey #1

baby umar tiap sejam nk menyusu
ummi kena buat keje cam superman…extra energy

bunyi ler suara sumbang
‘kalau bg susu fm kan senang…susu ibu ni baby tk kenyang sgt…susu fm baby tidur lama’

hmmm…ku hanya tersenyum…

tak pe la sejam ke…stgh jam ke baby umar nk menyusu…
ku layan je…kecik2 ni je blh menyusu n peluk cium

lgpun menyusu susu ibu tu kan hak baby
susu ibu terbaik dan yg plg eksklusif dalam dunia
jadi kenapa nk bg susu yang dapat tmpt ke3…
mesti la pilih yg tempat pertama carta kan

happy breastfeeding… Winking smile

Apa yang perlu dilakukan bila susu merundum

Sejak dari bulan lepas pengeluaran susu makin merosot…biasa sekali pam dapat 6-10 oz setiap sesi, sekarang ni dapat secara purata dalam 2-3 oz aje….

Jom kaji kenapa susu boleh merundum
1. Sepanjang bulan ramadhan sya hanya pam sekali sahaja di pejabat….di rumah memang tk mengepam…kadang tu ada juga sya skip pam terus….
2. Lepas masuk bulan Syawal sya banyak minum air batu….
3. Sejak tu juga sya banyak skip pam sesi petang….pam sesi tengah hari pun ada sya skip ke sesi ptg…kiranya banyak sya pam sekali sahaja di pejabat….sesekali ada juga pam di rumah selepas balik kerja

1004858_660645103946050_2064311869_n

 

Stok susu dalam chiller [date : 15sept2013]

Natijahnya susu makin merosot….sekali pam dapat maksima 1-3 oz…sehari kadang2 dapat kumpul 4-5 oz sahaja…nampak sangat stok makin menyusut kan…akhirnya stok dalam freezer tinggal 15 oz sahaja….baru la menyesal dengan apa yang sya buat….uhuk3….

Continue reading “Apa yang perlu dilakukan bila susu merundum”

SUSU IBU ANUGERAH TERAGUNG

Tanyalah Ustazah TV9 2013 Episod 34 :  Susu Ibu Anugerah Teragung [Prof. Madya Dr. Harlina Haliza Siraj]

Kalau ada yang terlepas tengok, boleh la tengok kat Tonton yea…sya pun tak sempat nak tengok sepenuhnya…masa tengok tu dah minit2 terakhir…

Marilah ibu2 susu akan kesayangan dengan susu yang penuh berkhasiat dan yang paling mahal…walaupun ada pendapat dikalangan ibu2, nenek yang berfikir bahawa untuk bayi membesar dengan sihat dan aktif, mereka hendaklan diberikan susu formula…

The Secret Garden, The Magical Flower…

Susu formula pula banyak jenama….jadi kebiasaannya mereka lebih cenderung dengan susu yang harga boleh dikira mahal…ada yang mencesah RM80.00 hanya sekadar 900gm….alahai….mahalnyer kan…apapun semua susu formula tetap datang susu lembu yang telah diproses dan diadun dengan pelbagai bahan…

Antibodi-Viaemma

 Antibodi/antiviral melalui susu ibu

Continue reading “SUSU IBU ANUGERAH TERAGUNG”

Bila sikecil Husna berpower pumping

Sebabkan baru lepas power pumping…jadi susu pun baru nak mulakan pemprosesan balik….sudah semestinya susu tak laju macam air terjun…

Jadinya sya pun guna 2 oz susu yang baru diperah dalam botol untuk husna…apapun ianya kantoi…nak suakan botol susu….belum pun sampai dimulut, husna dah pusing kepala dan merengek…mata pejam…bila puting kena dekat bibir, mulut ditutup rapat, langsung tak nak buka….
image

Husna membesar dengan susu ibu sepenuhnya….alhamdulillah

Continue reading “Bila sikecil Husna berpower pumping”

Susah Hati Bila Anak-Anak Demam

Semalaman sya tak tidur lena…jaga budak kecik demam…setiap jam lap badan dengan tuala basah….pagi ni alhamdulillah husna dah ok…ummi pula yg sakit kepala…..nk tidoooooooo….

Seksi husna tidur…bersinglet n berseluar pendek…..bila demam macam ni la pakaian budak2 tak kira malam atau siang…senang nak lap badan bila panas…
image

Kalau nampak sejuk sangat, selimut la sekejap….bila suhu dah makin panas….buka selimut dan lap lagi….

Dan yang penting, menyusu setiap jam…kadang tu melekap sejam lebih….sakit badan tapi demi anak, ku gagahkan jua….

Susu ibu adalah yang terbaik!!!

Ramai ibu2 dah sedar yang penyusuan ibu adalah terbaik untuk simanja kan…ramai ibu2 berkerjaya dapat menyempurnakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun

image

Walaupun sibuk dengan kerja pejabat yang berlambak2…tapi ibu2 masih berkesempatan mengepam untuk membuat stok susu semasa ditinggalkan di rumah pengasuh atau taska…

Continue reading “Susu ibu adalah yang terbaik!!!”

Breastfeeding Journey

Hari ni cuti…bestnyer duduk kat rumah…3 hari cuti nampaknya duduk rumah je la layan keluarga….tiada plan pun nak bercuti…sebab next month ada plan besar…hehehe…

Cuti2 ni baru la abang dan kakak boleh main dengan husna sehari suntuk…sampai sikecil tu nak tidur pun tak boleh…tapi walaupun husna tak tidur dia tak de meragam sangat…

Pagi2 lagi dah minum sebotol susu…(susu ibu yang telah diperah)…sebagai ganti sesi penyusuan, sya buat kerja mengepam selama 30 minit…selesai….lepas ni memang kena gigih mengepam sebab permintaan husna dah semakin tinggi…camni la ibu yang berkerja…kena berkorban sedikit masa untuk buat sesi mengepam….untuk memenuhi keperluan anak tersayang…

Bagi ibu yang tidak bekerja, beruntungla tak perlu buat sesi mengepam…anak nak bagi je kan…

Tapi anak juga suara2 sumbang minta ibu2 yang breast feeding ni untuk bagi susu formula…antaranya “kenapa tak bagi susu jenama mahal tu…baru la sihat sikit anak tu…tak payahla kedekut sangat dengan duit”…

My Breastfeeding Journey

Continue reading “Breastfeeding Journey”

Breastfeeding Program

Assalamualaikum…

Pregnant kali ni bersemangat nak fully breastfeeding (bf)…set untuk bf dah ready…beli yg murah2 sahaja…budget dalam lingkungan RM1,000.00…termasuk peti size kecil…barang2 utk bf dah ada dalam simpanan…nanti cuma beli peti dan tambah stok botol susu sahaja…

Sya beli jenama UniMom…ada yang cakap, Breast Pump UniMom Mezzo Manual lebih kurang Breast Pump Avent Manual…ramai yang order…owner MyLittleOne Baby Boutique pun ada suggest jugak beli yang manual…tapi sya beli yang elektrik sahaja setakat ni, Breast Pump UniMom Allegro Electric …boleh double pump…harganya pun murah…dalam RM300++ shj, lepas bersalin nanti akan difikirkan nak ambil yang manual pula…

Ini la set yang dah ada…ada lagi yang belum sampai….tak sabar pula rasanya nak guna benda2 tu semua…hik3…

Continue reading “Breastfeeding Program”

Penyusuan Ibu…

Assalamualaikum…

Susu ibu adalah yg terbaik..tp kenapa ramai ibu2 yg lebih suka bg susu formula?…anak kedua sya mmg bg susu ibu sepenuhnya…sehingga 2 thn lebih…tp ramai yg bagi pandangan negative…ayat yg biasa mereka bg:

  • “kenapa tk bg susu formula, senang bila nk tinggal anak2 kt rumah kalau ada hal kt luar”
  • “leceh la bg susu ibu ni, nanti bila kt rumah org nk kena selak2…”
  • “susu formula ok jugak…beli yg jenama mahal tu, sama jugak ngn susu ibu”
  • “malas la…nk jaga bentuk badan”
  • “campur2 la..kt rumah susu ibu, bila kt luar bg susu formula…senang”
  • “malu la nk bg susu ibu bila kt luar”
  • dan lagi…lagi….lagi….

Continue reading “Penyusuan Ibu…”