Minuman Terbaik Untuk Ibu Menyusu

Ramai juga ibu belum tahu minuman apa yang sesuai di ambil oleh ibu sepanjang tempoh menyusu. Sebetulnya semua minuman yang tidak mengandungi kafein sesuai di ambil tapi sebaiknya lebihkan pengambilan air masak setiap hari. Purata dalam sehari ibu perlu minum air sebanyak 3 liter.

Sekiranya ibu ada masalah dalam kuantiti susu ibu, ibu boleh cuba ambil beberapa jenis minuman yang dipercayai mampu merangsang pengeluaran susu ibu TETAPI perlu diingatkan, supply dan demand jangan ditinggalkan.

Ibu tidak perlu menyusu bayi ikut masa yang tertentu, susukan bayi sekerap yang boleh mengikut permintaan bayi ibu2. Semakin kerap bayi menyusu, semakin meriah susu akan dihasilkan, Insya Allah. Namun ia juga seiring dengan situasi ibu itu sendiri. Sekiranya ibu STRESS, ia sedikit sebanyak mempengaruhi pengeluaran dan sekiranya ibu tidak ambil langkah yang sepatutnya, stress berlarutan tidak mustahil susu ibu suatu saat akan kering.

Cara Mudah dan Selamat Atasi Stress, KHAS untuk IBU MENYUSU

Ibu2 boleh dapatkan nasihat daripada kawan2 yang berpengalaman dan boleh juga ambil suplemen yang sesuai untuk atasinya. Stress kebiasannya menggangu ibu sekiranya ibu terlalu penat dengan kerja atau ada beberapa masalah yang membelenggu. Jadi ibu kena bijak mengatasinya jangan biarkan ianya berlarutan.

Dibawah ini saya kongsikan antara minuman yang digalakkan untuk ibu menyusu dalam memperbanyakkan susu badan dan buatkan susu lebih pekat dan berkrim yang telah saya amalkan sejak dari anak ke 2, 9 tahun yang lalu sehinga sekarang anak ke 4. 🙂
.

Minuman Terbaik Untuk Ibu Menyusu
1. Air Masak
2. Longan Kering – masak dengan gula batu
3. Halba – rendam halba dalam segelas air panas, minum bila air dah suam dicampur dengan sedikit madu
4. Lobak putih – boleh buat jus, namun tidak semua mampu… 🙂
5. Oat
6. Susu
7. Jus Buah2an – blend dari buah2an segar dan amalkan setiap hari, bagus untuk susu ibu serta kesihatan ibu dan bayi

 

Diari Adik Husna

Abah cakap adik tak nak minum susu formula aka FM sebab susu tu bau lembu…hmmm…ada bau lembu ke…pandai je…hik3

Adik tak nak minum susu FM sebab adik lebih suka susu ibu la…lagipun susu ibu masih banyak…alhamdulillah…jadi buat apa nak suruh adik minum susu FM kan…minum je la susu ibu aka SI…

Lagipun SI ni banyak khasiat dan sedap hingga menjilat jari…tenguk la badan adik ni…tok umi cakap macam sumo…hikhikhik

Adik pun membesar dengan sihat hingga sekarang…sekarang adik dah pun 4 bulan…berat 3 bulan 7 kg…4 bulan tak tahu sebab ummi malas nak bawa adik pergi klinik

Ummi cakap…bulan ni adik tak payah pergi walaupun nurse suruh sebab tak perlu suntik…next month baru adik kena suntik…lagipun adik sihat je…alhamdulillah

Continue reading “Diari Adik Husna”

Cabaran ‘Breastfeeding Mom’

Rupanya ramai lagi makcik2 yang tak tahu kelebihan susu ibu….masih mengagungkan susu formula…sebab bagi mereka kalau bagi susu ibu anak tak montel..kecik molek je…bagi susu formula baru anak montel, cantik dan gebu…

Lagi satu pemahaman mereka bagi susu formula untuk memastikan simanja mendapat zat2 yang diperlukan…mereka tak dapat informasi bahawa susu ibu merangkumi keseluruhan nutrien yang diperlukan oleh simanja….

Sepanjang tempoh penyusuan 6 bulan, simanja hanya memerlukan susu ibu sahaja untuk membesar dengan sihat, selepas itu baru simanja akan diperkenalkan dengan makanan tambahan perlahan2….

Makcik2 diluar sana yang masih cetek dalam ilmu penyusuan ni…montel tak semestinya sihat, slim tu tak semestinya tak cukup zat…

Continue reading “Cabaran ‘Breastfeeding Mom’”

Mother’s Room at Hewlett Packet

Bila nak pergi shopping, masalah utama ibu2 yang bf ni adalah mencari tempat yang sesuai untuk menyusu anak masing2…bagi yag pakai tudung labuh ok…cuma kena cari tempat yg sesuai sket…tak pun pakai shawl…tapi tak semua ibu selesa pakai shawl ni…sebab si kecil suka selak2…tak pun tangan kecil tu tak boleh nak duduk diam…

Harap sangat pusat2 membeli belah sediakan lebih banyak bilik2 yang selesa untuk ibu2 menyusu ni kan…dan memberi lebih kesedaran kepada ibu & bapa untuk menyusu anak sekurang2nya 2 tahun…

Lagi satu masalah untuk ibu yang menyusu ni adalah untuk buat sesi mengepam di waktu pejabat…tak semua pejabat menyediakan bilik khas untuk menyusu…ramai ibu menyusu di surau…bagi yang bekerja di syarikat kecil, kemungkinan untuk pam disurau tak ada masalah sebab kedudukan surau yang dekat…

Continue reading “Mother’s Room at Hewlett Packet”

Breastfeeding Journey

Hari ni cuti…bestnyer duduk kat rumah…3 hari cuti nampaknya duduk rumah je la layan keluarga….tiada plan pun nak bercuti…sebab next month ada plan besar…hehehe…

Cuti2 ni baru la abang dan kakak boleh main dengan husna sehari suntuk…sampai sikecil tu nak tidur pun tak boleh…tapi walaupun husna tak tidur dia tak de meragam sangat…

Pagi2 lagi dah minum sebotol susu…(susu ibu yang telah diperah)…sebagai ganti sesi penyusuan, sya buat kerja mengepam selama 30 minit…selesai….lepas ni memang kena gigih mengepam sebab permintaan husna dah semakin tinggi…camni la ibu yang berkerja…kena berkorban sedikit masa untuk buat sesi mengepam….untuk memenuhi keperluan anak tersayang…

Bagi ibu yang tidak bekerja, beruntungla tak perlu buat sesi mengepam…anak nak bagi je kan…

Tapi anak juga suara2 sumbang minta ibu2 yang breast feeding ni untuk bagi susu formula…antaranya “kenapa tak bagi susu jenama mahal tu…baru la sihat sikit anak tu…tak payahla kedekut sangat dengan duit”…

My Breastfeeding Journey

Continue reading “Breastfeeding Journey”

Unimom Mezzo Pilihanku

Awalnye tak nak beli yang manual…lebih berminat dengan pam elektrik…jadinya sya beli Unimom Allegro…best sangat..sampaikan masa pam pun boleh tertidur…ni kes mengantuk yang amat…dah pam pukul 1 pagi…mesti la mengantuk kan…he3…


unimom-mezzo-manual-breastpumpUnimom Allegro
ni beli offline…kedai MyLittleOne

FB: http://www.facebook.com/mylittleone.shop

Blog: http://mylittleone.blogspot.com/

Sya beli complete set sebelum bersalin lagi…tapi single pump je…bukan double pump seperti dalam gambar…sebabnye kedai tu tak de stok…

Bila dah bersalin…rasa cam lambat la pula guna single pump bila masuk keje nanti…ambil masa…setiap sessi lebih kurang 20-30 minit untuk kedua2 belah cik B…kalau boleh buat double pumping…jimat masa sikit…mungkin dalam 10-15 minit setiap sesi…jadi sya pun cuba cari dengan pertolongan Mr Google…jumpa la blog MumNBaby…harga untuk UniMOM Breast Shield Set RM70 je…murah je kan…

Belum selesai lagi yea…bila difikirkan…malas la pula nak angkut hari2 pergi ofis…last2 beli lagi Unimom Mezzo – Manual Pam…

download (1)

Unimom Allegro nanti akan ditinggalkan je kat ofis…bawak balik corong pam + botol je untuk basuh bersih+sterilize…kat rumah boleh guna Unimom Mezzo je…pam ni beli di E-Mum Shop…RM100 sahaja…

Sya rasa ok je guna pam brand Unimom ni…kira sesuai sangat dah, harga pun murah je…berbaloi3x…apapun Unimom Mezzo memang best la…tak sakit pun…tangan pun tak de penat sangat…soft semacam je…hasil pun boleh tahan…alhamdulillah…

Bagi ibu2 yang ada budget murah tu kan…boleh la cuba set breast pump brand Unimom ni…

Stok tak berapa meriah lagi walaupun 30hb Sept 2012 dah mula keje balik…sebabnya hari ke 45 baru mula pam…pam pun dua kali je dalam sehari…tapi tak de la nak bimbang sangat…Insya Allah cukup stok nanti…sebab dalam hati tak nak bagi Husna banyak sangat Frozen EBM…lebih suka bagi Chilled EBM…pam hari ini untuk esok…tapi stok Frozen EBM kena pertingkatkan juga…

Semoga niat untuk exclusive breastfeeding Husna sehingga 6 bulan dan fully breastfeeding sehingga 2 tahun akan berjaya….AMIN…

Exclusive BF – Husna akan minum SI semata2 selama 6 bulan tanpa makanan tambahan

Fully BF – Husna akan mula makan makanan tambahan secara beransur2

Breastfeeding Program

Assalamualaikum…

Pregnant kali ni bersemangat nak fully breastfeeding (bf)…set untuk bf dah ready…beli yg murah2 sahaja…budget dalam lingkungan RM1,000.00…termasuk peti size kecil…barang2 utk bf dah ada dalam simpanan…nanti cuma beli peti dan tambah stok botol susu sahaja…

Sya beli jenama UniMom…ada yang cakap, Breast Pump UniMom Mezzo Manual lebih kurang Breast Pump Avent Manual…ramai yang order…owner MyLittleOne Baby Boutique pun ada suggest jugak beli yang manual…tapi sya beli yang elektrik sahaja setakat ni, Breast Pump UniMom Allegro Electric …boleh double pump…harganya pun murah…dalam RM300++ shj, lepas bersalin nanti akan difikirkan nak ambil yang manual pula…

Ini la set yang dah ada…ada lagi yang belum sampai….tak sabar pula rasanya nak guna benda2 tu semua…hik3…

Continue reading “Breastfeeding Program”