5 Perkara Penting Yang Harus Dibaiki Sebelum Pergi Bercuti

Adakah anda mempunyai perancangan untuk pergi bercuti?

Saya sangat suka melancong. Tetapi setiap kali saya perlu tinggalkan rumah untuk tempoh yang lama, saya akan mula rasa risau. Macam mana kalau rumah saya dimasuki pencuri? Macam mana kalau tiba-tiba paip bocor?

Bercuti adalah masa untuk anda relaks dan anda tidak sepatutnya perlu merasa risau tentang keadaan rumah anda. Jadi, sebelum meninggalkan rumah anda untuk pergi bercuti, anda perlu memastikan semua perkara berada dalam keadaan terkawal. Ini adalah supaya apabila anda pulang dari bercuti, rumah anda adalah sama seperti biasa tanpa sebarang kejutan yang menakutkan.

Sebelum pergi bercuti, lihat beberapa perkara yang anda boleh baiki di rumah anda.

 

Lakukan pemeriksaan keselamatan

Anda tentu tidak mahu rumah anda dipecah masuk oleh perompak bukan? Jangan tinggalkan rumah anda sebelum memastikan semua pintu dan tingkap di rumah anda berfungsi dengan baik.

Lakukan pemeriksaan keselamatan pada semua kekisi atau ‘grille’, pintu dan tingkap, untuk pastikan tiada bahagian yang berkarat, tombol yang longgar atau kayu yang hampir reput yang boleh menyebabkan pencuri masuk dengan senang. Pemeriksaan ini haruslah dilakukan beberapa minggu sebelum anda pergi bercuti agar anda mempunyai masa untuk hubungi tukang baiki atau ‘handyman’ untuk baiki segala kerosakan itu.

 

Cegah kerosakan berkaitan air

Tiada siapa yang mahu lihat rumah mereka dibanjiri air. Periksa semua paip air dan jika ada sebarang tanda kebocoran, dapatkan khidmat tukang paip untuk baiki atau tukar paip yang bocor itu. Kos untuk pemeriksaan berkala semestinya lebih murah dah jimat berbanding kerosakan pada perabot dan peralatan elektrikal yang berpunca dari air.

 

Baiki penutup laluan air

unity_pest_control_007

Gambar oleh  Unity Pest Control

Sementara kita sibuk menangani masalah serangga perosak seperti lipas dan anai-anai, pembiakan tikus sebenarnya adalah masalah yang lebih besar.  Cegah tikus dan binatang kecil lain dari memasuki rumah anda dengan membaiki penutup laluan air yang tidak kemas, gantikan pintu yang mempunyai bahagian bawah yang sudah reput dan jubin yang telah pecah dengan yang baru.

 

Cegah kebocoran semasa hujan

shutterstock_112413761

Semasa hujan, perhatikan jika terdapat bunyi air menitik di dalam rumah anda. Jika ada, itu menunjukkan terdapat kebocoran pada bumbung rumah anda dan ianya mesti dibaiki sebelum anda pergi bercuti. Jika tidak diselesaikan dengan segera, air yang menitis itu akan merosakkan siling dan cat pada dinding anda.

Selain itu, air hujan juga boleh masuk melalui tingkap yang tidak ditutup rapat. Jika anda mempunyai tingkap berbingkai atau ‘sliding door’ di balkoni, dapatkan perkhidmatan tukang baiki atau ‘handyman’ untuk melakukan pemeriksaan sama ada air boleh menitis masuk melalui tingkap dan minitis di bahagian dalam rumah anda, atau tidak.

 

Elakkan kebakaran

Untuk mengelakkan dari berlakunya kebakaran elektrikal, pastikan semua suis peralatan elektrik dimatikan sebelum anda keluar rumah. Walau bagaimanapun, suis peti sejuk dan lampu di halaman rumah mesti dihidupkan. Lakukan pemeriksaan elektrikal dengan menekan butang ‘Reset’ pada kotak fius untuk memastikan yang ia akan memotong tenaga elektrik jika berlaku masalah ‘overload’. Perhatikan juga jika terdapat wayar elektrik yang terdedah atau berbulu serta peralatan elektrik yang sudah berhabuk yang boleh menyebabkan ia terlalu panas dan menjadi punca kebakaran. Dapatkan perkhidmatan daripada juru elektrik yang disyorkan untuk melakukan pemeriksaan lengkap di rumah anda.

Selamat bercuti!

Tidak kira sama ada anda akan pergi bercuti untuk beberapa hari atau beberapa minggu, luangkan masa untuk lakukan perkara-perkara yang terdapat dalam senarai semak di atas.

Jika anda perlukan perkhidmatan profesional untuk baiki kerosakan di rumah anda, dapatkan cadangan dari RecomN.com. Mereka mempunyai beratus-ratus tukang baiki, ‘handyman’ dan kontraktor yang sangat berpengalaman untuk baiki dan tingkatkan keselamatan rumah anda.

Cara Elakkan Bayi Kembung Perut

Biasanya ibu menyusu ni banyak pantang larang kan nak makan itu, nak makan ini…sebab takut bayi kembung perut…ada yang kata roti tak boleh makan dalam pantang….bayi kecil lagi, nanti kembung perut….

Alhamdulillah, saya makan je roti…my baby tak de kembung perut pun…..dan saya makan je apa yang boleh dimakan selepas pantang, ada yang kata kacang tidak bagus untuk perut bayi…saya makan baby ok je…cuma pantang makanan yang sejuk…sebab tidak bagus untuk urat…

Sebab saya dah bersiap sedia dengan tips untuk atasi kembung perut perut bayi…alhamdulillah ianya serasi…syukur

Cara Elakkan Bayi Kembung Perut

Cara Elakkan Kembung Perut Bayi

  • Setiap kali selepas mandi, buat urutan I Love U diperut bayi, boleh gunakan apa2 minyak yang khas untuk baby…saya guna minyak mastika ajer….selepas urutna perut….sapukan dibelakang, kedua belah bawah betis dan akhir sekali tapak kaki…akhir sekali buat senaman kayuh basikal perlahan2
  • Selepas bayi menyusu, sendawakan bayi….saya tidak pernah tepuk belakang untuk sendawakan my umar…hanya dukung atas bahu….pegang belakang sahaja….my umar akan sendawa dengan jayanya….
  • Banyakkan bawang putih dan halia dalam menu harian ibu2…halia kan bagus untuk buang angn dalam badan….menu paling saya suka….tumbuk halia dan bawang putih banyak2….letak garam dan kunyit…perap kan dengan ayam sejam…lepas tu goreng garing….halia n bawang goreng yang hancur serta garing sedap dimakan macam tu je…for me ler…hehhee

Continue reading “Cara Elakkan Bayi Kembung Perut”

3 Adab Memasak Yang Perlu Tahu…

Assalamualaikum…

Minggu depan dh mula cuti sekolah…minggu ni mesti dh ramai ibu bapa merancang percutian keluarga kan…bg yg ada budget lebih blh la bawa anak2 melancong…bg yg kurang maybe boleh balik kampung…ada jugak yg habiskan cuti di rumah aje kan…tak pe la..mana2 pun boleh janji bahagia… Love Struck

Hari ni nak masak apa yea…tak de idea…goreng ayam kentucky kegemaran ahmad je la kan…pastu goreng sayur sket…blh la kot…malas lak nak masak…hmmm…tk pun buat kari ayam…blh la ahmad makan ngn roti canai, kalau tetiba mood rajin…susah juga bila ada yang selera orang barat ni (ahmad mmg tk blh terima makanan berat yg berasaskan beras)..sya jenis tk blh terima makanan barat..nk jugak makan nasi…sekurangnya 2 kali sehari…baru perut aman sentosa… Big Grin

Nanti nak masak jap lagi kena la tahu adab2 semasa di dapur, antara adab2 memasak yg perlu anda tahu :

  1. Apabila memasak, seelok-eloknya kita berada dalam keadaan wudhu’. – Sekiranya ibu-ibu terpaksa memasak sebelum sempat mandi hadas besar, maka sangat-sangat ditekankan untuk mengambil wudhu terlebih dahulu sebelum  memasak.
  2. Sentiasa menutup aurat sewaktu memasak.
  3. Berzikirlah sewaktu sedang memotong, mencedok, mengacau dsb. Elakkan daripada mengumpat atau melihat perkara maksiat sewaktu sedang memasak.

Sumber : SINI (kt link ni ada jugak resepi kek coklat basah…testimoni yg dpt semuanya cakap sedappppppppppp… klik la yea kalau nk tahu lebih details… Winking)

Selamat Berhujung Minggu  Batting Eyelashes

SyamilaMohd

Penatnya kalau macam ni selalu…

Assalamualaikum…

Tension je skrg ni…sebab system kt ofis tu wat hal..tk stabil…rekod hari ni..esok nya ada la data yg hilang…ada tu data thn 2009…ada la jumpa kalau transcation utk satu2 akaun tu tk byk…kalau dh byk mmg susah nk cari…

Sebelum ni tak tahu lagi masalah nya camni..ingatkan data hilang sebab tukar ke pc baru…then masa nak restore data tu ada satu diskette rosak…maybe data dlm tu le yg hilang…dh betulkan mana yg dpt..ada byk jugak la akaun yg dh setel…tp bila sya double check…ada akaun yg tk betul lak..cam bank reconciliation…hari ni dh setel semua..siap print dah…esoknya bila tgk balik..figure dh lari…sampai hari ni sya masih tk dpt detect…

Cakap nk guna system baru…tak tahule bila…nampaknya nak kena tukar gak secepat mungkin…nak rekod pun dh malas skrg ni…terpaksa la buat aging dlm excel…

Malas dh nak fikir..biarkan je sampai audit 2010 selesai…lepas tu ingat nk tukar yg lain…sementara system baru beroperasi…byk keje tk pe janji data ada…susah nanti bila tgk statement kalau data asyik berubah2…cam chipsmore..kejap ada, kejap tak de…Sad

Tips Hari Ini

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. – baca lagi di http://cvtampang.tripod.com/id32.html

SyamilaMohd

5 Cara Kurangkan Load Time Blog Yang Terlampau

 

1. Remove gambar, award, dan segala wallpaper kat sidebar.

2. Kurangkan penggunaan javascript di blog korang.

3. Elakkan memasang jam dan kalendar pada blog.

4. Jangan letak video streaming di main page, contoh youtube.

5. Elakkan memasang flash widget ,flash header dan segala macam flash.

Continue reading “5 Cara Kurangkan Load Time Blog Yang Terlampau”

Tip kurang berat badan untuk pengantin

 

MEMANDANGKAN tidak lama lagi musim cuti sekolah dan ramai yang mahu melangsungkan perkahwinan, mari berkongsi 18 tip untuk pengantin mengurangkan berat badan daripada Kevin Zahri (www.kevinzahri.com)

 

Lapan tip pemakanan:

1. Memilih makanan daripada bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran. 2. Kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Sebolehnya, elakkan daripada makanan yang digoreng dan berlemak.

3. Tambahkan makanan yang berserat.

4. Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan.

5. Elakkan daripada minuman berkarbonat, kek, biskut dan jem.

6. Hadapi paling kurang empat hidangan sihat sehari termasuk sarapan. Makan secara perlahan-lahan, jangan langkau hidangan anda kerana ia akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.

7. Elakkan mengambil makanan kudapan atau snek di waktu malam.

8. Sebaik-baiknya, pilih makanan mengikut tahap umur dan aktiviti anda.

 

Continue reading “Tip kurang berat badan untuk pengantin”

Tip Berhadapan Fobia Atau Trauma

 

1. Jika Pasangan suami isteri berpisah dan kembali bersatu, cuba kenal pasti faktor penyatuan. Jadikan ia sebagai kekuatan kepada hubungan yang terjalin semula

 

2. Sentiasa berpandangan dan berfikiran positif sekali gus mengurangkan ‘negatif’ tanpa sedar. Berpandangan positif hanya membuatkan trauma dan fobia kian mendalam.

 

3. Seseorang itu harus sedar bahawa org lain juga berhadapan dengan masalah. Dan masalah tersebut mungkin lebih berat berbanding yang sedang ditanggunginya.

 

4. Gunakan kesempatan peluang yg ada bagi menebus kesilapan. Ia menuntut usaha yang tinggi dan pengorbanan.

 

Sumber : Keluarga, Januari 2007

 

SyamilaMohd

Berbelanjalah Secara Bijak….Anda Mampu Mengubahnya…

 

Panduan mudah tetapi penting untuk menjadi pengguna yang bijak semasa berbelanja;

     

    • Sentiasa menyediakan senarai harga barangan yang hendak dibeli dan pastikan anda mematuhinya.

    • Jangan pergi berbelanja ketika anda tidak ada “mood”. Ini akan mendorong anda untuk membeli secara spontan (impulse) yang akan merugikan anda.

    • Sentiasa membandingkan harga dan kualiti dahulu sebelum membeli.

    • Jangan membawa terlalu banyak wang selain daripada yang diperlukan sahaja untuk membeli.

    • Sentiasalah memastikan dengan “cashier” dan resit belian anda untuk mengelakkan anda terlebih bayar (over-charged).

    • Janganlah berbelanja jika anda hanya ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran. Belilah apa yang anda perlukan sahaja.

    • Sentiasa membandingkan kos harga makanan berdasarkan kos satu unit mengikut berat, ukuran atau perkhidmatan daripada membandingkan mengikut satu bungkusan atau tin. Bawa kalkulator untuk memudahkan pengiraan anda.

    • Jangan membeli makanan dalam tin yang telah kemek dan berkarat. Pastikan tarikh luput untuk makanan berkenaan.

    • Bacalah label dengan teliti, ketahuilah kandungan barangan itu, cara-cara penggunaannya dan bagaimana cara untuk menyimpannya.

    • Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah. Ambil kesempatan terhadap potongan harga dan diskaun yang ditawarkan.

    • Belilah barangan cukup untuk seminggu untuk mengurangkan perbelanjaan anda sentiasa berulang-alik ke kedai.

    • Jangan membeli hanya berdasarkan jenama, terutama membeli barangan import yang dianggap “branded goods”. Belilah barangan yang berkualiti. Belilah barangan buatan Malaysia.

    • Jangan terpengaruh dengan iklan.

    • Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit. Ini menggalakkan anda berhutang.

    • Hanya berbelanja berdasarkan kemampuan anda dan kepentingannya.

     

    Sumber : SINI

     

    Syamila :

    Ramai ibu2 yg berbelanja sakan bila tiba musim raya..sehingga sanggup berhutang semata2 semua nk serba baru…lepas raya masing2 ikat perut…bg yg mampu tak salah..tp mereka yg berpendapatan sederhana…berbelanja la dgn bijak…jgn tengok org yg lebih berada dari kita, selalu la lihat mereka yg nasibnya lebih teruk dari apa yg kita ada skrg..baru kita bersyukur dgn apa yg ada….Insya Allah…

    (pujuk diri sendiri jugak jgn terpengaruh….he3…so far so good…)

     

    SyamilaMohd

     

    @Tips : Tips 7P Dalam Keluarga Bahagia

    Salam semua…

    Hari ni sya nak share tips 7P utk mencapai keluarga bahagia….tips ni dari Ustazah NorBahyah


    Jom teruskan membaca…

    PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

    PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

    PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

    PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

    PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

    PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

    PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

    PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

    Sumber : SINI

    Sekian, sampai jumpa lagi…