Selamat Hari Guru 2017

Setiap tahun, bila dekat dengan hari guru mak2 la yang sibuk cari hadiah untuk cikgu. Selamat hari Guru untuk semua cikgu yang sudi tunjuk ajar anak-anak dengan tulus ikhlas.

Tahun ni kak sya sediakan 6 je je hadiah. Setiap orang bagi pada guru yang mereka suka. Bukan apa tahun ni budget tak banyak. Anak pula 3 orang dah sekolah. Cikgu pun siap pesan, tak payah bagi hadiah yang mahal, cukup sekadar sebatang pen pun dah mencukupi. Sebab cikgu selalu kehabisan pen terutama pen merah.¬†ūüėÖ

Entah kenapa tahun ni tak de mood nak shopping barang hadiah. Kemalasan nak keluar rumah maybe cuaca panas sangat kan. Jadi bila ternampak ada seller pos hadiah hari guru yang cantik, tanpa banyak soal terus order 6 set. Dapat pahala juga beli yang dah siap, tolong seller tambah rezeki.¬†ūüėä

selamat hari guru

Berebut la pula anak2 nak pilih hadiah yang paling comel. Abang lelaki tak kisah pun, kak ira dan adik una la bercinta nak buat pilihan.

Teringat kenangan zaman sekolah rendah dulu. Masih segar dalam memori. Beli pen biru, merah dan hitam. Balut sebatang2 dan bagi hadiah kat cikgu. Fikir balik, apa salahnya balut 3 batang sekaligus.¬†ūüėĀūüėĀ

.

Selamat Hari Guru

Dalam ajarannya ada harapan
Dalam tegurnya ada doa
Dalam marahnya ada sayang
Dalam diamnya ada kebijaksanaan
Dalam tangannya ada sahsiah terbina

Terima kasih cikgu.¬†ūüėć

selamat hari guru

‘NIP’ in public, Pro & Contra

Belum reda sepenuhnya isu NIP yang sedang viral di dalam sosial sekarang selepas meran mengutarakan kesilapan seorang ibu memuat naik gambar sedang menyusu.

Saya memang tak tahu pun apa yang meran cakap….tapi bila ramai ibu yang melatah baru ada kawan yang print screen status…tapi bukan status awal…kesinambungan…yang awal dah delete agaknya.

Saya pun tak setuju kalau ibu menyusu tidak jaga aurat di tempat awam…apa yang amran tu katakan ada betulnya juga sebab ramai ibu yang gagal jaga aurat yang sepatutnya…

12507618_10207870460577964_2980961976765364387_n

Dalam post di atas, amran kata sebabkan ibu menyusu di public buatkan ada lelaki yang suka tengok dan gambarkan macam2

Tapi, kenapa tak sentuh yang berpakaian seksi…tak masuk yg pakai legging ketat nampak segala yg ada….kiranya show free je….lelaki ni otak dia memang fikir macam2….sebab tu islam mewajibkan wanita pakai pakaian longgar dan tudung menutupi seluruh bahagian dada….

Malas nak komen banyak, ramai ibu yang dah utarakan pendapat masing2, boleh baca status di facebook….ada betulnya kata-kata amran cuma kata2 tu meletop sangat….hehehe

nip

Cuma, tak salah NIP in public selagi jaga adab dan aurat….nursing cover salah satu alternatif kalau dah tak ada tempat yang tertutup….

Nursing Cardigan >>> http://ummienbaby.com/blog

Ibu menyusu yang NIP di tempat terbuka pun ada yang salah sebab tak jaga aurat…jadi selepas ni ibu2 sila dapatkan New Version Nursing Cover yang comel seperti dibawah…confirm aurat terjaga sepenuhnya…kecuali ada yang datang jenguk dari atas…jangan pula NIP di tempat duduk yang orang dari tingkat atas boleh nampak….cari pot yang selesa dan terselindung…sebaiknya ditepi dinding…

12144955_692531664214671_7369426495987740678_n

Saya pun selalu¬†NIP in public dan ada sekali ketika NIP di lapangan terbang makcik sebelah tak perasan pun saya tengah menyusu baby….makcik tu cakap ingatkan baby tidur….hehehe

Bagi ibu yang mementingkan gaya, apakata dapatkan Nursing Cardigan yang awesome di bawah…tak nampak pun macam nursing cover…boleh pakai ke pejabat dan kemana sahaja

Dan yang paling saya suka, new version nursing cover ni akan pastikan ibu menutup aurat depan dan belakang…

Nursing Cardigan >>> http://ummienbaby.com/blog

11781639_683130098488161_8993197298720074117_n

Kenapa Perlu Hina Pekerjaan Cikgu

Pekerjaan dalam bidang perguruan adalah salah satu kerja yang murni yang tidak semua mampu menggalasnya. Tanggungjawan seorang guru tidak la senang seperti yang kita bayangkan.

Bayangkan seorang cikgu mampu mengawal 30 orang pelajar dalam kelas yang mana seorang ibu selalu bersungut kepenatan melayan karenah anak yang tidak sampai pun 5 orang.

Ada juga ibu yang bekerja memberi alasah untuk tidak berhenti kerja dengan alasan tidak sanggup untuk menjaga anak-anak seharian dirumah.

Jadi cuba bayangkan pekerjaan seorang cikgu…bagaimana mereka sanggup berhempas pulas mengajar anak-anak dan mencungkil bakat yang mereka ada. Tanpa cikgu takkan ada seorang doctor, jurutera, arkitek, juruterbang, angkasawan dan pelbagai jenis jawatan dan pekerjaan.

Sekarang ni heboh dengan status seorang hamba Allah yang kecewa … sanggup menghina pekerjaan seorang guru dan taraf pendidikan mereka. Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai apa yang diperkatan boleh search kata kunci Fer Naz di facebook.

Ini adalah antara maklum balas dari seorang cikgu.

hina cikgu

Continue reading “Kenapa Perlu Hina Pekerjaan Cikgu”

Himpunan Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Sekolah Rendah

Bermula minggu hadapan, 28 October 2015, Peperiksaan Akhir Tahun sekolah rendah akan bermula. Pasti ibu-ibu gelisah kan. Apa kata ibu buat latihan dirumah dengan menggunakan himpunan soalan-soalan dari beberapa tahun yang lepas. Kiranya latihan intensif sebelum peperiksaan.

SENARAI-SUBJEK-TERAS,-WAJIB-DAN-TAMBAHAN-KSSR-BARU

Ibu boleh klik link dibawah dan boleh mula download soalan peperiksaan mengikut tahun. Continue reading “Himpunan Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Sekolah Rendah”

Selamat Menyambut GST

Dah masuk 1 April 2015, semua rakyat Malaysia bergembira menyambut bermulanya era GST. Setakat ni belum nampak peniaga menurunkan harga barang…masing2 bersedia dengan kenaikan harga barang untuk menampung jumlah cukai yang dikenakan kepada mereka.

Kalau ikutkan, GST lebih kepada memberi kebaikan kepada pengguna, namun apa yang dilihat sekarang, ia lebih kepada membebankan rakyat. Mereka yang menerima impak yang besar sudah tentu yang mempunyai keluarga ramai dan berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Kalau ikutkan pengiraan GST adalah seperti dibawah, namun sekiranya pihak pengeluar masih mengenakan tax tersembunyi, harga barang sememangnya akan melambung. Pihak kerajaan wajib memantau kenaikan harga barang dalam tempoh 6 bulan pertama bagi memastikan pengeluar dan peniaga tidak meletakkan harga baru dengan sewenangnya untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

info-grafik-GST

Esok nak pergi ronda2 pasaraya tengok harga baru barang. Petang tadi kebanyakan pasaraya dah buang tanda harga untuk menggantikan dengan harga baru. Kita tengok samada harga baru memberikan kebaikan atau lebih kepada menindas rakyat jelata.

Sumber : http://denaihati.com/gst-apa-yang-kena-tax

Ibu Bapa Rotan Anak Boleh Dihukum

Bila undang2 baru dikuatkuasakan, tiada lagi rotan dibenarkan dijual dipasaran….

Rotan patutnya tidak salah….tapi disebabkan ramai yang menggunakan hukuman merotan dengan cara yang salah…akhirnya kerajaan terpaksa mengambil langkah yang sepatutnya untuk menghalangkan banyak kes penderaan…

Ibu bapa sebenarnya dibenarkan merotan anak dengan niat untuk mengajar anak….tapi dibahagian kaki sahaja…dan tangan dihayun dibahagian pergelangan dan ia dilakukan setelah anak masih tidak mahu mendengar setelah beberapa kali ditegur dan diberi amaran…

Merotan juga tidak perlu menyakitkan seperti yang berlaku sekarang….merotan sampaikan ada anak terpaksa diberikan rawatan dihospital atau meninggalkan parut yang kekal…

image

Banjir Di Kemaman 2014

Musibah besar lagi melanda kemaman bila banjir teruk seperti tahun 2013…pasaraya hampir ditenggalami air setakat lewat malam 23/12/2014…dikhabarkan air semakin naik….

Gambar2 dibawah diambil dari group Bandar Cukai Kemaman…23 Dec 2014

Pagi2 esok nak pergi ronda2 kejap bandar cukai kemaman…beli apa yang patut…rumah kakak walaupun tidak banjir tapi dah terkepung…dan macam duduk di pulau….dan walaupun rumah kami bebas banjir….tapi tahun lepas hampir2 juga air nak sampai rumah…

Banjir Sekitar Taman Cukai Kemaman

1016307_786314401417959_6422979874030144553_n1475889_786314538084612_4440468603620896517_n1507122_904899776196539_7560122226449094600_n10406498_904927686193748_6981317550871860700_n10442900_786314458084620_710500527089531925_n10857812_786332484749484_8936960345100923478_n

Continue reading “Banjir Di Kemaman 2014”

Kemaskini melalui eBR1M 2015

Alhamdulillah dah selamat kemaskini maklumat peribadi dan akaun bank untuk saudara mara bagi permohonan br1m 2015.

Cuma MIL yang bermasalah disebabkan dalam sistem kena masukkan makluamt waris, sedangkan bahagian tersebut tidak dapat diklik pun…kena kemas kini manual…isi borang dan hantar ke LHDN yang terdekat

Untuk permohonan baru…bahagian C boleh je diisi tanpa sebarang masalah…tapi untuk kemas kini..hanya yang berstatus kahwin sahaja boleh isi…bagi yang berstatus bujang atau warga tua..tidak dapat diisi…bila telefon LHDN terdekat…mereka pun tidak tahu kenapa….

ebr1m 2015

Malas nak telefon talian bantuan…lagipun bukan susah pun isi manual…LHDN pun dekat je dengan rumah…

Bagi yang belum kemaskini ebr1m…boleh la buat secepatnya…sebab berdasarkan surat daripada Kementerian Kewangan Malaysia…kemaskini maklumat bermula 1 Desember 2014 sehingga 31 Desember 2014. Kegagalan berbuat demikian, akan menyebabkan permohonan tidak dapat diproses.

Klik link dibawah untuk laman web ebr1m 2015 dan kemaskini maklumat sekarang.

https://ebr1m.hasil.gov.my/

Bertindak dari sekarang. ^_^

Masa Depan Gelap Dengan Facebook

Sekiranya ada antara anda bergantung sepenuhnya kepada facebook untuk promosi perniagaan, sila bersiap sedia kehilangan fanpage dan menghadapi masa depan yang gelap dengan facebook sekiranya tidak patuh kepada peraturan baru apabila ia akan dipadamkan tanpa amaran oleh Facebook apabila peraturan baru berkuatkuasa Januari 2015 nanti.

Apa yang saya faham, sebarang promosi percuma di facebook sudah tidak dibenarkan…sekiranya facebook kesan ayat promosi di facebook anda, ia akan tidak akan muncul di newsfeed…sekiranya anda berdegil update setiap hari, besar kemungkinan akaun fanpage yang dah mengumpul beratus ribu like akan dipadamkan tanpa belas kasihan.

facebook

Mengikut info terbaru daripada Facebook (bertarikh 14 November 2014), post-post dari fanpage yang berbentuk promosi akan dikurangkan daripada keluar di News Feed bermula Januari 2015.

Ini bermaksud, reach untuk fanpage akan semakin rendah sekiranya anda menggunakan fanpage untuk mewar-warkan aktiviti atau promo terkini bisnes anda.

http://firdausazizi.my/facebook-tak-benarkan-promosi/

Nak promosi? Sila la guna applikasi yang telah disediakan…sediakan budget yang secukupnya….jadi facebook akan berbaik2 dengan anda…

Continue reading “Masa Depan Gelap Dengan Facebook”

Buli Dikalangan Pelajar

Buli Dikalangan Pelajar | Banyak tersebar mengenai video klip aksi buli tujuh orang pelajar dengan seorang mangsa buli yang menjadi viral di facebook, di Asrama Anak Yatim, Kompleks Penyayang Doktor Siti Hasmah, di Jejawi, Kangar.

Saya tidak tengok langsung pun video tu…sebab tak sanggup nak tengok…rasa seperti anak2 hadapi situasi tersebut….baca komen2 yang dah lihat pun dah berlinang air mata…

buli410

Saya dulu2 selalu juga kena ‚Äėbuli‚Äô dengan cikgu bahasa inggeris dan muzik‚Ķ.balik sekolah kena singgah rumah cikgu dulu‚Ķkena dera ulangkaji pelajaran‚Ķ.hehhee‚Ķ.buli sayang‚Ķ.ada eh istilah tu‚Ķ.

Video Buli Pelajar Berlaku Di Asrama Anak Yatim Di Perlis

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.

Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni.

Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain. –  http://ms.wikipedia.org/wiki/Buli

Continue reading “Buli Dikalangan Pelajar”