Jom Masak Nasi Ayam Simple

Assalamualaikum. Salam sejahtera dan selamat petang. Hari ini kak sya nak share cara Masak Nasi Ayam Simple tapi sedap. Sebenarnya sama je kot resepi nasi ayam ni kan. Beza pun tak banyak mana pun. Tapi biasa nyer kak sya suka derhaka kat resepi. Sama la dengan resepi ni. Ada yang tak ikut sebab nak cepat dan malassss. 😆

Resepi nasi ayam mudah ni kak sya rujuk kat sini 👇🏼👇🏼

https://duniataipmenaip.blogspot.my/2017/05/resepi-nasi-ayam-mudah.html?showComment=1494577401598#c2141805885381723569

Bila tengok resepi nasi ayam mudah ni, tak banyak beza pun dengan resepi yang kak sya biasa buat sebelum ni. Cuma cara perap ayam tu tambah madu je. Biasa letak sos tiram, kicap, halia dan bawang putih. Halia pun kak sya selalu guna halia yang direbus dengan ayam tadi.

Sebab tu kalau buat nasi ayam, masa rebus ayam tu kak sya letak banyak2 halia untuk digunakan dalam sos cili dan sos kicap. Tapi kali ni semau guna fresh halia.

Patut nasi ayam kak sya sebelum ni tak kuning rupanya kena tambah sedikit serbuk kunyit. Kali ni dalam sup letak pati ayam. Kak sya jarang guna pati ayam. Sebolehnya nak elakkan penggunaan sebarang perisa. Namun sesekali apa salahnya kan. Hasilnya pun sedap tau. Ajinomoto memang kak sya tak guna pun dan memang tak de stok pun di rumah.

Alhamdulillah, nasi ayam mudah resepi dari Rabiatul Asma menjadi cuma kurang garam. Menu sihat kan kena ler kurangkan penggunaan garam. Tapi sebab kan hubby komen, tambah juga la garam sedikit bagi rasa lagi sedap.

Bertambah2 makan nasi. Anak2 pun cakap, sedap la ummi. Nak tambah lagi. Kita sebagai ibu ni kan, kalau anak puji masakan kita mesti nak lompat sampai bintang. Kiranya berbaloi berpenat lelah dok kat dapur. ☺

Mil pun licin sepinggan nasi siap hirup semangkuk kuah. Lagi satu sebab kurangkan garam dalam kuah, anak suka hirup kuah. Jadi kalau garam lebih tak bagus untuk kesihatan. Mil pula ada darah tinggi lagi tak bagus. Tapi takpe la sesekali kan. 😅

@Resepi : Kek Karamel Pelangi Sedap

Pertama kali buat Kek Karamel Pelangi dulu…kek tak jadi. Dah ikut semua step, entah mana silap kek tak naik langsung. Kek jadi mendap.

Dah tak de rupa Kek Karamel Pelangi tapi jadi macam kuih lempeng. Bila makan, Masya Allah langsung tak boleh nak telan. Terpaksa dengan rela hati derma ke tong sampah. 😅

Sejak duduk rumah as a full housewife working mother ni kan, suka sangat masak2 makanan yang dah lama teringin nak masak tapi masa tidak mengizinkan. Sibuk la sangat kan. Nak buat macam  mana, 1001 kerja nak kena buat setiap hari. Masa rehat adalah waktu malam, tidur. Tapi awal pagi dah bangun nak siapkan kerja-kerja online dan kerja rumah urusan anak ke sekolah.

Ibu yang bekerja dari rumah ni kan, macam ni ler sentiasa sibuk. Jangan ingat ibu dok rumah tak de income masuk tau. Kami kerja juga cuma waktu kerja kami flexible. Kadang2 pendapatan ibu bekerja dari rumah ni lagi banyak berlipat kali ganda dari mummy yang bekerja di pejabat.

Eh cerita bab kerja pula. Dah lupa ni entri Kek Karamel Pelangi. 😛

10357458_773766122685305_6786994185275125104_n

Pernah borak2 dengan anak2, bagitahu ummi nak kerja semula. Masing2 buat muka merajuk. Kalau ummi betul2 nak kerja, abang dan kakak nak ikut ummi pergi kerja juga.

Ok2, ummi tak kerja pejabat 8 jam sehari dengan tinggal anak2 lagi. Dah cukup la 3 tahun bekerja, setahun abang on off demam sampai 10kg turun.

Tahun kedua dan ketiga ok sikit sebab ummi cuba juga untuk balik tengah hari. Sesekali bawa pergi ke pejabat.

 

Kek Karamel Pelangi saiz mini. Ramai permintaan untuk saiz macam ni sebab tu kak sya buat. Saiz normal 8 inci, banyak sangat kalau untuk 2-3 orang makan.

Jom kita layan resepi Kek Karamel Pelangi confirm jadi ni. Resepi asal adalah dari E-Na LovelyKitchen

RESEPI KEK KARAMEL PELANGI

Loyang 8 inci x 3 inci

8 biji telur

Boleh siap2 asingkan dalam 3 bekas.

  1. Meringue – 6 biji putih telur
  2. Adunan kek – 3 biji kuning telur
  3. Karamel – 3 biji kuning telur + 2 biji telur penuh

140gm gandum

100 gm gula + 1 1/2 sudu besar utk gula hangus

130ml air

50ml minyak masak

Lain2 – cream of tar tar (optional-tak masukkan pun takpe janji guna telur yang fresh), esen vanila, 3 jenis pewarna, baking powder

 

Langkah 1 : Gula Hangus untuk lapisan atas Puding Karamel

  1. Masukkan 1 1/2 sudu besar gula ditengah2 loyang
  2. Buka api perlahan dan biarkan gula cair
  3. Ratakan keseluruhan loyang bila gula dah cair sepenuhnya.
  4. Biarkan sejuk.

Langkah 2 : Adunan Puding Karamel

3 biji kuning telur + 2 biji telur penuh

100 gm gula

1 tin susu cair atau 400ml susu segar

1 sudu kecil esen vanila

  1. Kacau rata telur dengan perlahan jangan sampai berbuih
  2. Masukkan esen vanila, susu dan gula, kacau perlahan sampai sebati atau gula hancur
  3. Tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi
  4. Ketepikan

 

Langkah 3 : Adunan kek 1 – Meringue

6 biji putih telur

50gm gula

1 sudu kecil cream of tar tar (kalau guna telur baru tidak perlu masukkan cream of tar tar)

  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan kek 2

 

Langkah 4 : Adunan kek 2

3 biji kuning telur

50gm gula

130ml air

50ml minyak

140gm tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang…matikan mixer
  4. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, kacau dengan senduk kayu dan kaup balik sampai sebati
  5. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata juga dengan perlahan-lahan.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  7. Warnakan dengan warna pilihan anda.

 

Langkah 5 : Cara tuang adunan kek atas puding karamel (ikut mana yang anda suka…ikut cara dibawah utk dapatkan layer yg sgt cantik)

  1. Sendukkan adunan kek ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan…bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  2. Sendukkan adunan berselang seli sehingga habis…
  3. 3 senduk warna Biru, 3 senduk warna merah, 3 senduk warna hijau
  4. 2 senduk warna Biru, 2 senduk warna merah, 2 senduk warna hijau
  5. 1 senduk warna Biru, 1 senduk warna merah, 1 senduk warna hijau
  6. Teruskan langkah ke3 sehingga adunan habis
  7. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
  8. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 60 minit atau sehingga kek dan puding masak dengan menggunakan api bawah sahaja. Tambahan 10 minit guna api atas dengan suhu 100 degree.
  9. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang dan  pastikan pintu oven dibuka sedikit. K Sya letak lidi dicelah pintu.
  10. Sejukkan dalam suhu bilik dalam 20-30 minit, baru terbalikkan adunan dalam pinggan.
  11. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.

Potong Kek Puding Karamel semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

Selamat mencuba.

kek karamel pelangi sedap

NOTE : KAEDAH DOUBLE BOILER / BAIN MARIE

Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar di dalam oven.

Atau,

Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar di dalam oven.

Resepi asal dari E-Na LovelyKitchen

Sotong Goreng Kuning dengan Carrot

Dah lama sotong ni dok bertapa dalam peti. Dalam seminggu juga kot. Malas sunggu nak masak sekarang ni. Alasan cuaca panas, dok bertapa di dapur lagi la panas menguap. Akhirnya hari ni terbuka hati nak masak Sotong Goreng Kuning. Sebab stok carrot ada sedikit je lagi lebihan buat nasi goreng semalam, ummi campak je la dalam tu sekali.

Sekarang ni nak masak semua nak cepat je kan. Maklumler bila tengah masak tu macam2 mesej masuk. Ada yang nak tanya barang, ada yang nak order, ada yang nak bayar dan dah bayar. Silap2 masakan hangus. Nasibler. hihihi

Tapi ummi ada tips nak mudahkan proses memasak tau. Setiap hujung minggu ummi akan kupas dan potong sesiap bawang besar, bawang merah, bawang putih dan sayur2an simpan dalam bekas ikea yang berasingan. Bila nak masak nanti, ummi main campak2 je dalam kuali. Senang, jimat masa dan tenaga.

Jom tengok resepi Sotong Goreng Kuning dengan Carrot

  • Sotong secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Serai
  • Bawang besar
  • Lada besar

Cara2

  • Gaul rata serbuk kunyit dan garam. Goreng tanpa minyak sotong sehingga air sotong kering.
  • Masukkan minyak secukup rasa, kemudian masukkan carrot, serai, bawang besar dan lada besar.
  • Gaul sebati dan goreng sekejap. Sotong kalau goreng lama dia jadi liat ya amat. Susah nak ngap bagi orang yang gigi tak berapa nak cukup. hehehhe
  • Makan dengan nasi panas2. Sedap tuuuu.

Selamat menjamu selera. 😉

Lagi Kek Karamel Pelangi

Ramai suka makan Kek Karamel Pelangi kan…ramai yang berjaya buat sendiri ada juga yang rasakan leceh nak buat kek ni…banyak step…untuk pertama kali memang kita rasakan banyak step yang perlu

Namun, bila dah berkali2 buat…anda akan rasakan ia nya tidak la sesusah mana pun…seronok dan enjoy lagi…tak caya…cuba dulu masak dan tengok hasilnya

Kek Karamel Pelangi
Kek Karamel Pelangi…Bila naik gebu camni…seronok sangat…^_^

Nak resepi? Jom klik sini >>> @Resepi : Kek Karamel Pelangi Sedap

Kek Karamel Pelangi Sedap Kurang Manis
Bila dah sejuk..terbalikkan dan karamel cantik je…alahai….rasa sangat puas hati….

Mudahnya buat Putu Mayam

Rupanya, tak de la susah nak buat putu mayam ni….senang la sangat….

Bahan utama, tepung beras, santan dan manisan….5 minit dah siap…hehehe

putu mayam

 

Petang tadi buat 4 biji je sebab nak makan dengan lebihan kuah semalam….kehkehkeh

Resepi

  • Tepung beras
  • Air panas
  • Garam

Cara2

  • Tuang je air panas sedikit2 sambil kacau sampai la adunan boleh tak jadi terlalu lembik atau terlalu keras
  • Sebelum tu, panaskan dulu air dalam pengukus
  • Bentukkan guna acuan maruku guna lubang paling kecik
  • Kukus selama 5-10 minit
  • Siap

acuan putu mayam3

Air manisan

  • Santan dari sebiji kelapa
  • Sedikit air
  • Manisan separuh
  • Garam

Cara2

  • Panaskan air dengan manisan
  • Dah hancur baru masukkan santan dan garam
  • Biarkan mendidih, tutup api

Ok…siap pun

Jom makan

PhotoGrid_1455789033244

Resepi Puding Karamel Gula Hangus

Lama tak masak Puding Karamel…semalam pergi bakery kakak nampak strawberry…terus request nak beli…ummi belikan je la sebab dia memang suka makan…dalam kereta baru terfikir nak masa Puding Karamel Gula Hangus

Puding Karamel ni memang kegemaran kami…sebabkan air gula dah manis jadi gula dalam puding dikurangkan…manis juga tapi ok la sikit…sesekali nak makan kan…

Gabungan masam strawberry dan kemansinan puding tu yang buatkan ramai yang suka termasuk la anak dara ku ni….

Nak buat Puding Karamel ni simple sahaja…sangat mudah..semudah ABC…kena rajin je…

puding karamel gula hangus

 

Resepi Puding Karamel Gula Hangus Sedap

Loyang 7″
Panaskan oven 160’c

 

Karamel :
– 5 sudu besar gula
– 2 sudu besar air

>> masukkan gula dalam loyang atau kuali non stick, masak sehingga gula cair keperangan
>>> dah cair sepenuhnya, masukkan air dan biarkan sampai sebati..tak de ketulan lagi
>>> kalau guna kuali, tuang karamel ke dalam loyang
>>> sejukkan

 

Puding :

4 biji telur
3 sudu besar gula
1 tin susu cair atau 200ml susu segar
sedikit serbuk esen vanila

>> kacau semua bahan sebati guna whisk
>>> kacau slow & steady…jangan sampai berbuih
>>> tuangkan adunan kedalam loyang karamel
>>> bakar puding dengan suhu 160’c selama 45 minit atau sehingga masak

 

Selamat Mencuba … [wp-svg-icons icon=”wink” wrap=”i”]

Puding Roti Sos Kastard

Tengok kawan post Puding Roti dengan Sos Kastard…rasa sedap je…jadinya petang tadi cuba buat…

Cara nak buat puding roti ni simple je..kacang je..campak-campak…siap…hihihi

Bila dah masak…tekak ku tak dapat nak terima….tapi hubby dan mil kata sedap…ok ler tu..tak de la membazir nanti….sebab saya dengan anak-anak tak boleh nak makan dan habiskan…

Alhamdulillah…lepas ni boleh buat lagi..tapi bukan untuk saya makan…buat khas untuk hubby dan mil….sebab mereka sangat sukannya….

Ada ke yang nak cuba resepi ringkas dan mudah ni…jom scroll ke bawah

 

image

 

Resepi Puding Roti dengan Sos Kastard

Puding

  • 1 tin Susu Cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • sedikit esen vanila
  • 6 keping roti – potong ikut suka…

sekotak kecil kismis

Cara-caranya

  • Masukkan kesemua bahan kecuali roti…gaul rata…tak perlu la pukul2 sampai kembang yea
  • Sapukan loyang dengan butter….roti juga boleh sapukan dengan butter…susun atur roti dalam loyang…
  • Susun ikut step roti, roti…kismis…roti, roti…kismis…kemudian curahkan adunan tadi….
  • Tekan roti dengan belakang garfu untuk pastikan semua roti tenggelam
  • Bakar dengan suhu 180’c selama 45 minit atau sehingga masak.

image

Sos Kastard

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin air (guna tin susu tadi)
  • 4 sudu besar gula
  • sedikit esen vanila
  • 3 sudu besar kastard
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara-caranya

  • Campurkan kesemua bahan dan kacau rata
  • Masak atas dapur dengan api perlahan sehingga kuah pekat ikut yang diingini
  • Ada yang suka pekat, ada yang tidak…jadi…buat ikut selera masing2

Selamat Mencuba

*terima kasih kepada puan noor kerana sudi berkongsi resepi…minta halalkan sebab ku dah edit resepi asal… ^_^

Marble Slice Cheese Cake

Daku bukan penggemar cheese cake, sebab tak suka rasa masam. Tapi bila tengok Marble Slice Cheese Cake made by Iminz Mimin, rasa nak cuba buat dan rasa je…nampak sedap dan menyelerakan

Pertama kali buat hanya guna 4 keping keju, tapi rasa masam masih kuat….kali kedua hanya guna 2 keping sahaja…. tapi tambah gula… dah ok cuma manis la pula

Kali ketiga hanya gunakan sekeping sahaja keju dan kekalkan kuantiti gula….hasilnya….alhamdulillah….sedap bagi yang tak suka rasa keju yang masam

Ini adalah resepi asal

11009342_10204752275299374_56603084303589051_n

Dibawah ni pula resepi dari Syamila Sweet Bakery… ^_^

[https://www.facebook.com/syamilasweetbakery]

marble slice cheese cake

marble slice cheese cake

Puding Karamel

Saya suka sangat makan Puding Karamel…anak2 pun suka juga…saya suka guna susu pekat sebab puding jadi soft dan cantik..

Tapi bila balik kampung…oven dan pengukus tak ada untuk masak puding…jadi saya cuba masak guna kuali…kebetulan ada tudung besar….boleh la jadikan alat pengukus

Alhamdulillah Puding Karamel cantik dan sedap dimakan sejuk..

image

Continue reading “Puding Karamel”

@Menu : Roti Manis Simple

Hari2 makan kek tak boleh juga kan….jadi hujan2 ni cuti makan kek dan puding…main masak2 roti pula….hari ni alhamdulillah berjaya masak Roti Manis…pengkritik kata….dapat 5 bintang…sedap ler tu kan…hehhhe

Resepi asal guna tepung roti…ku guna tepung gandum je…tapi rasa tetap sedapppp….

roti manis

Resepi Roti Manis Simple by SyaifulAini

❀ 500gram tepung roti… ku guna tepung gandum faiza…
❀ Sebiji telur + fresh milk dari peti ais = 265gram
❀ Sedikit garam .. ku guna 1 sudu kecil
❀ 100gram molasses/gula tebu utk lebih sihat…. ku guna gula biasa je…janji gula…hhuhuhu 
❀ 80gram marjerin
❀ 40gram susu tepung kalau guna air sejuk peti…kalau guna fresh milk…sila abaikan je yea… ku guna air sejuk dan mealshakes…maklumla kan…kat rumah tidak ada stok susu tepung…
❀ 2gram yis sebab uli malam dan pagi baru bakar.. ku guna 11gram yis terus…sebab uli dan perap dalam oven satu jam terus bakar….hehhee

– Perap lebih kurang 7 jam dengan suhu malam. Kalau nak buat macam biasa guna sepeket mauripan atau separuh peket.
❀ 5gram superbake -optional

Uli guna breadmaker. Aci dop?.. Aci sangat ler…senang kan kerja kan….hehehe…ku guna breadmaker je…guna function dough…

Masuk je semua sekali kecuali marjerin, yis n garam jauhkan sikit. Uli sampai sebati. Dah sebati baru masukkan marjerin dan uli sampai abis.

Dah siap uli terus bentuk dan boleh filling coklat atau kelapa. Dah kembang cantik, spray dengan air dan taburkan hiasan klu nak baru bakar. 180c 18 minit atau secukup rasa. Dah masak sapu marjerin.

Cara syamilamohd.com

Continue reading “@Menu : Roti Manis Simple”