Minuman Terbaik Untuk Ibu Menyusu

Ramai juga ibu belum tahu minuman apa yang sesuai di ambil oleh ibu sepanjang tempoh menyusu. Sebetulnya semua minuman yang tidak mengandungi kafein sesuai di ambil tapi sebaiknya lebihkan pengambilan air masak setiap hari. Purata dalam sehari ibu perlu minum air sebanyak 3 liter.

Sekiranya ibu ada masalah dalam kuantiti susu ibu, ibu boleh cuba ambil beberapa jenis minuman yang dipercayai mampu merangsang pengeluaran susu ibu TETAPI perlu diingatkan, supply dan demand jangan ditinggalkan.

Ibu tidak perlu menyusu bayi ikut masa yang tertentu, susukan bayi sekerap yang boleh mengikut permintaan bayi ibu2. Semakin kerap bayi menyusu, semakin meriah susu akan dihasilkan, Insya Allah. Namun ia juga seiring dengan situasi ibu itu sendiri. Sekiranya ibu STRESS, ia sedikit sebanyak mempengaruhi pengeluaran dan sekiranya ibu tidak ambil langkah yang sepatutnya, stress berlarutan tidak mustahil susu ibu suatu saat akan kering.

Cara Mudah dan Selamat Atasi Stress, KHAS untuk IBU MENYUSU

Ibu2 boleh dapatkan nasihat daripada kawan2 yang berpengalaman dan boleh juga ambil suplemen yang sesuai untuk atasinya. Stress kebiasannya menggangu ibu sekiranya ibu terlalu penat dengan kerja atau ada beberapa masalah yang membelenggu. Jadi ibu kena bijak mengatasinya jangan biarkan ianya berlarutan.

Dibawah ini saya kongsikan antara minuman yang digalakkan untuk ibu menyusu dalam memperbanyakkan susu badan dan buatkan susu lebih pekat dan berkrim yang telah saya amalkan sejak dari anak ke 2, 9 tahun yang lalu sehinga sekarang¬†anak ke 4. ūüôā
.

Minuman Terbaik Untuk Ibu Menyusu
1. Air Masak
2. Longan Kering – masak dengan gula batu
3. Halba – rendam halba dalam segelas air panas, minum bila air dah suam dicampur dengan sedikit madu
4. Lobak putih – boleh buat jus, namun tidak semua mampu… ūüôā
5. Oat
6. Susu
7. Jus Buah2an – blend dari buah2an segar dan amalkan setiap hari, bagus untuk susu ibu serta kesihatan ibu dan bayi

 

Susu Lebih Pekat dan Berkrim Waktu Malam

Susu ibu lebih pekat dan mengandungi lemak yang tinggi di waktu malam. Jadi sekiranya ibu2 inginkan anak yang montel boleh la menyusu dengan lebih kerap disebelah malam. Teknik menyusu posisi baring sangat digalakkan untuk sesi penyusuan diwaktu malam untuk bagi ibu selesa setelah bekerja seharian.

Kalau rasa lenguh dibahagian belakang, elok sangat letak bantal peluk di belakang. Insya Allah walau menyusu lebih 30 minit, ibu akan rasa selesa.

Waktu malam-pagi adalah waktu susu hindmilk iaitu susu pekat lebih banyak dari susu cair. Waktu tengah malam juga adalah waktu terbaik untuk buat power pumping. Seeloknya power pumping di buat antara jam 12 malam ‚Äď 6 pagi.

Foremilk (susu awal)

Susu agak cair kerana mengandugi air yang banyak, mengandungi kurang lemak dan berperanan menghilangkan dahaga

Warnanya kehijauan atau kebiruan

Mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan juga laktosa untuk perkembangan otak bayi

Hindmilk (susu akhir/belakang)

Susu agak pekat kerana kurang air tetapi mengandungi lemak yang tinggi dan berperanan mengeyangkan bayi

Warnanya berbeza dengan foremilk, hindmilk kelihatan pekat dan ‚Äėrich‚Äô

Mempunyai kalori yang tinggi untuk memberi tenaga serta tumbesaran bayi

Mummy ingin kumpul stok susu yang banyak? Elakkan stress ditempat kerja dan jangan sesekali skip sesi mengepam. Niat dan semangat juga mesti kuat. Selebihnya jaga pemakanan dan jangan kurang minum air serta berdoa dan bertawakkal kepada Allah semoga perjalanan penyusuan susu ibu dipermudahkan. Amiin.

Mummy inginkan sokongan dalam penyusuan susu ibu? Boleh whatsapp saya di 0179322123 yea.

Happy Breastfeeding ^_^

Jadual Pemakanan Bayi yang PANAS!

Walaupun entri Jadual Pemakanan Bayi ditulis pada Januari 2015, namun sampai sekarang ramai yang masih melawat entri tersebut dan berkenan dengan jadual hasil kreativiti mama umar yang comel itu…^_^

Hahaha…perasan. Tapi memang betul pun, jadual ni memang sangat cantik disebabkan pilihan warna yang pelbagai dan icon yang comel dan cute. Seharian edit jadual ni khas untuk baby umar.

Apapun, sya dapat pelbagai soalan mengenai jumlah yang betul untuk diberikan kepada bayi masing2. Kebanyakan mereka kurang faham bagaimana untuk mulakan makanan pertama bayi.

Untuk makluman ibu2, terutama ibu2 baru yang masih belum ada pengalaman uruskan bayi. Carta dan jadual pemakanan bayi yang diberikan hanya sebagai rujukan sahaja. Tidak ada formula yang tepat mengenai jumlah yang sepatutnya diberikan kepada bayi.

Jadual Makanan Bayi 6 Bulan

Setiap bayi berbeza. Kita ambil contoh yang mudah, keperluan susu. Ada bayi memerlukan susu 12oz sahaja dari jam 8 pagi hingga 6 petang sepanjang dirumah pengasuh, namun bagi sesetengah bayi memerlukan 20oz dalam tempoh yang sama.

Jadi untuk memberikan makanan pertama kepada bayi, ibu2 boleh gunakan jadual yang diberikan sebagai rujukan asas namun penentuan berapa banyak jumlah yang bayi perlukan bergantung kepada bayi ibu2.

Pastikan makanan pertama bayi tidak dicampurkan dengan apa2 bahan perasa. Ikutkan orang dulu2, minta ditambah sedikit garam dalam bubur dengan alasan kesian bayi makan makanan yang tidak sedap.

Pemikiran ini sebetulnya adalah salah. Bayi masih tidak tahu bezakan rasa manis dan masin, sedap atau tidak. Jadi, peranan ibu2 untuk memberikan bayi merasa makanan tersebut dengan rasa yang asli.

Selepas setahun, ibu2 boleh mula tambah sedikit perasa ke dalam masakan namun dalam kadar yang sangat sedikit bukan jumlah yang dimasukkan dalam masakan orang dewasa.

Harap penjelasan ini dapat membantu ibu2 dalam memberikan makanan pertama kepada bayi masing2. Untuk dapatkan jadual yang comel ini, boleh drop komen di bawah atau terus email ke syamila02@gmail.com.

Baby umar sekarang dah besar pun, dah 2 tahun lebih. Makanan yang paling dia suka adalah buah2an. Sebab masa umur 7 bulan, setiap hari hanya bagi makan puri buah2an selama sebulan lebih. Bubur nasi mula berikan selepas umar dah nak masuk 8 bulan.

Kenapa sya perkenalkan lewat bubur nasi? Kerana ketika awal 8 bulan, nampak dia menolak untuk makan bubur lagi, lebih suka puri buah2an.

Cara nak kembalikan Susu Badan

Pam-pam keluar angin‚Ķpam-pam keluar angin lagi. Alamak, acaner ni? Hmmm‚Ķok2‚Ķlepas 2 jam kita pam pagi. Kemudian., pam-pam angin juga yang keluar…ops‚Ķmasih lagi tengah usaha untuk kembalikan susu badan yang kering.

Be Positive, tak payah fikir macam-macam. Lepas 2 jam kita pam lagi. I can do it. Insya Allah. Ni sahaja cara untuk kembalikan susu badan yang kering. Walaupun ketika mengandung masih menyusu kak una yang 2 tahun, tapi dari kandungan ke 5 susu dah mula kering sebab ummi alahan yang teruk. Selepas bersalin, baby pula terus masuk inkubator.

Namun ku tak mudah patah semangat, minda sentiasa positif dan sentiasa doa yang terbaik untuk kami berdua.

Kenapa ESP Dapat Bantu Merangsang Susu IBU

Pagi dan sebelum tidur wajib bancuh segelas ESP denga MILO dan makan 3 biji kurma. Air minum setakat yang termampu. Maklumla baru bersalin, lum kuat nak ulang alik bilik air. Lagipun malam2 takut nak kebilik air sesorang…hehehe

Akhirnya lepas konsisten pam setiap dua jam, walaupun ibu lain sedang lena tidur sya bangun ambil pam dan mengepam. Masa tu tak fikir pun letih ke, mengantuk ke…automatik je bangun bila dengar jam loceng dan mengepam. Siap pam sambung tidur. Jam 7 pagi nurse buka langsir dan tanya pagi ni ada susu tak lagi nak bagi baby. Selamba la jawab tak de lagi walhal masa tu tengah mengepam. Tapi bila tengok botol susu, eh…ada la susu…masa tu nak lompat pun ada….hehehehe

lattebluurb0fz7

Senyum je nurse tu…siap pam terus bagi susu yang dapat dalam satu sudu kecik je kat baby. Sian baby dah 2 hari minum susu formula. Jam 10 pagi hari ke3 baby dah boleh keluar inkubator dan mulai saat itu terus menyusu sampai sekarang dah 2 tahun 4 bulan.

13230272_790428107758359_5222079103186086595_n

Alhamdulillah

Susu langsung tidak keluar sebab tiada rangsangan. Baby keluar je terus masuk inkubator. Ummi pula lupa bawa pam. Minta hubby bawakan dia pun pening uruskan k una yg baru 2 tahun, kerja lagi, mil lagi. So ignore je la hari pertama. Hari kedua baru minta hubby hantarkan pam susu.

Jadi, cara untuk kembalikan susu badan adalah dengan dapatkan makanan penuh khasiat serta teruskan rangsangan. Minda pula sentiasa positif dan fokus, berdoa dan bertawakkal. Insya Allah.

Kenapa Bayi Tidak Kenyang?

Persoalan seperti kenapa bayi tidak kenyang lepas menyusu susu ibu selalu diutarakan oleh ibu baru. Kebiasannya mereka risau, di awal2 kelahiran bayi hanya minum sedikit susu ibu dan terus tertidur. Pada fikiran mereka, menyusu dengan kadar yang sedikit adalah tidak mencukupi dan beranggapan bayi tidak kenyang atau tidak dapat susu ibu yang secukupnya.

Sebab itu ramai antara mereka tewas diperingkat awal tanpa ilmu yang mencukupi dengan memberikan susu formula. Kebiasaanya susu formula tekstur tidak sehalus susu ibu dan sememangnya ia mudah mengeyangkan bayi. Namun susu formula akan memberi kesan negative kepada sesetengah bayi. Susu formula juga lambat hadam. Dengan minum susu formula, perut bayi terlalu penuh dan bila keadaan ini berlaku bayi akan mengantuk dan tidur. Sebab itu ibu2 mengatakan bayi lebih kenyang dengan susu formula.

Pemahamanan ini ternyata sangat tidak benar. Seperti kita, kalau makan terlalu kenyang badan akan rasa malas nak bergerak dan mengantuk. Sama juga dengan bayi.

Kenapa ESP Dapat Bantu Merangsang Susu IBU

Perut bayi terlalu kecil diperingkat awal. Sehari selepas kelahiran, perut bayi hanya sebesar sebiji buah ceri. Kecil sangat kan. Jadi kalau dah bagi susu formula biasanya ibu berikan 1oz, agak2 penuh ke tak perut bayi tu.

images

photo_2016-11-17_05-34-59

Untuk mengetahui samada bayi kenyang atau tidak, adalah dengan melihat berapa kali dia kencing dan berak. Ibu juga boleh melihat berapa kenaikan berat bayi setiap bulan. Jangan andaikan bayi menangis sebab susu ibu tidak mencukupi sahaja. Bayi menangis banyak sebab. Kadang2 bayi menangis sebab inginkan pelukan ibu.

Gambarajah yang dikongsikan hanya sebagai panduan. Setiap bayi berbeza dan kadang2 bayi memerlukan susu yang lebih banyak. Namun jangan risau, sebab susu ibu mudah hadam. Berapa banyak pun bayi minum, susu akan cepat mudah hadam dan selepas beberap lama bayi akan lapar dan ingin menyusu kembali.

Suplemen IBU MENYUSU yang patut ibu tahu

Susu ibu juga akan lagi banyak dihasilkan sekiranya bayi kerap menyusu. Ransangan dari bayi akan memberi signal kepada otak untuk mengerah pori2 susu supaya menghasilkan susu yang lebih kerasa bayi memerlukan susu yang banyak.

Sebab itu, sekiranya ibu bekerja, ibu wajib gantikan sesi penyusuan dengan sesi mengepam, Ini untuk memberitahu kepada kilang susu yang walaupun bayi tidak ada, kilang masih perlu memproses susu ibu.

photo_2016-11-17_05-35-26

Selepas 9 bulan berada dalam perut ibu yang nyaman dan tidak bising, namun selepas dilahirkan dengan mudahnya ibu meninggalkan bayi di atas tilam yang cantik. Tilam yang cantik macam mana pun tidak setanding dengan dalam dakapan ibu. Bila dalam dakapan, bayi dapat mendegar degupan jantung dan kehangatan serta bau ibu seperti ketika dalam kandungan.

10 Cara Banyakkan SusuBadan

Sebab itu juga sesetangah bayi suka menyusu dalam masa yang lama sehingga 1 jam seperti my boy. Dia bukan menyusu sangat pun, saje nak ummi peluk. Hehehehe

Lenguh bayi menyusu lama? Cuba cari posisi yang selesa untuk ibu dan bayi dan minda sentiasa positif serta selalu mohon dari Allah untuk membantu. Insya Allah perjalanan penyusuan susu ibu akan dipermudahkan.

‘NIP’ in public, Pro & Contra

Belum reda sepenuhnya isu NIP yang sedang viral di dalam sosial sekarang selepas meran mengutarakan kesilapan seorang ibu memuat naik gambar sedang menyusu.

Saya memang tak tahu pun apa yang meran cakap….tapi bila ramai ibu yang melatah baru ada kawan yang print screen status…tapi bukan status awal…kesinambungan…yang awal dah delete agaknya.

Saya pun tak setuju kalau ibu menyusu tidak jaga aurat di tempat awam…apa yang amran tu katakan ada betulnya juga sebab ramai ibu yang gagal jaga aurat yang sepatutnya…

12507618_10207870460577964_2980961976765364387_n

Dalam post di atas, amran kata sebabkan ibu menyusu di public buatkan ada lelaki yang suka tengok dan gambarkan macam2

Tapi, kenapa tak sentuh yang berpakaian seksi…tak masuk yg pakai legging ketat nampak segala yg ada….kiranya show free je….lelaki ni otak dia memang fikir macam2….sebab tu islam mewajibkan wanita pakai pakaian longgar dan tudung menutupi seluruh bahagian dada….

Malas nak komen banyak, ramai ibu yang dah utarakan pendapat masing2, boleh baca status di facebook….ada betulnya kata-kata amran cuma kata2 tu meletop sangat….hehehe

nip

Cuma, tak salah NIP in public selagi jaga adab dan aurat….nursing cover salah satu alternatif kalau dah tak ada tempat yang tertutup….

Nursing Cardigan >>> http://ummienbaby.com/blog

Ibu menyusu yang NIP di tempat terbuka pun ada yang salah sebab tak jaga aurat…jadi selepas ni ibu2 sila dapatkan New Version Nursing Cover yang comel seperti dibawah…confirm aurat terjaga sepenuhnya…kecuali ada yang datang jenguk dari atas…jangan pula NIP di tempat duduk yang orang dari tingkat atas boleh nampak….cari pot yang selesa dan terselindung…sebaiknya ditepi dinding…

12144955_692531664214671_7369426495987740678_n

Saya pun selalu¬†NIP in public dan ada sekali ketika NIP di lapangan terbang makcik sebelah tak perasan pun saya tengah menyusu baby….makcik tu cakap ingatkan baby tidur….hehehe

Bagi ibu yang mementingkan gaya, apakata dapatkan Nursing Cardigan yang awesome di bawah…tak nampak pun macam nursing cover…boleh pakai ke pejabat dan kemana sahaja

Dan yang paling saya suka, new version nursing cover ni akan pastikan ibu menutup aurat depan dan belakang…

Nursing Cardigan >>> http://ummienbaby.com/blog

11781639_683130098488161_8993197298720074117_n

Jangan Sombong yea ibu yang awesome

Heboh cerita bab ibu yang full breastfeeding angkat bakul sendiri….tak hormat ibu yang bagi susu formula…tak faham ibu yang bagi susu formula sebenarnya bukan sengaja nak bagi..tapi mereka tidak mampu menyusu…

saya hormat ibu yang memilih susu formula….mereka juga ingin yg terbaik

cuma….sebelum putuskan nak bagi susu formula….ibu dah gali ke ilmu penyusuan? mula gali sejak hamil atau bila dah bersalin?

mengepam kena ada teknik dan ilmu. mana boleh pam ikut suka….pam tanpa ilmu la yang buatkan susu cepat kering

dan…susu kering ada teknik nak kembalikan semula

little-baby-cute-wallpaper_thumb.jpg

saya pernah alami…susu meriah hingga hari 5 berpantang….hari ke 6 susu makin drop dan nak dapatkan 1 oz pn susah….3 kali sesi baru dapat kumpul 1 oz….terpaksa mengalah bagi susu formula….tapi dengan sudu…dalam masa yang sama…berusaha kembalikan semula susu

alhamdulillah……selepas 48 jam usaha….hasil dah mula nampak….susu makin laju….dan dengan rasminya susu formula dihentikan serta merta…no more formula….nak seribu daya……kan…..

ada yang menyokong?….hmm…mil dah hint bagi susu formula….siap cakap nak kena bagi susu formula ler tu…but…in my heart…say no…no….no…belum usaha sebaik mungkin…takkan dah nak mengalah kan….hubby? dia ok je susu formula or breastfeeding….tapi dia memang sokong dan bantu sama dalam usaha saya nak banyakkan susu semula

ibu yg mengatakan susu kering? dah cuba macam2 cara? dah tuntut ilmu sedalamnya? mula cari ilmu penyusuan sejak hamil? kalau yea…. anda mmg ibu yg awesome…..

Download PERCUMA Jadual Makanan Bayi

Masa umar umur 6 bulan, daku gigih usaha buatkan Jadual Pemakanan Bayi dan tampal di peti ais untuk rujukan.

Disebabkan jadual yang cantik, ramai ibu-ibu email untuk dapatkan soft copy daripada entri sebelum ini… Jadual Pemakanan Bayi 6 Bulan

jadual makanan bayi 6 bulan-1

Sesiapa boleh ambil jadual ni dan edit ikut kreativiti masing-masing. Bila ramai yang berminat, terfikir nak buat link download untuk memudahkan ibu-ibu. Namun tertunda beberapa ketika sehingga la baca satu post dari Sifu Eiman di facebook baru projek disambung semula.

Alhamdulillah tercipta la download page untuk Jadual Pemakanan Bayi 6 Bulan yang tidak seberapa. Segala komen amat dialukan yea.

Berminat? Jom klik link dibawah dan ikut step seterusnya…Winking smile

http://syamilamohd.com/jadualpemakananbayi.html

„Äį„Äį„Äį„Äį„Äį„Äį
PRESCHOOL EDUCATIONAL TOYS
FB/IG: @edutoys.ummienbaby

OTHERS MOMS & CHILDREN NEEDS
FB/IG: @ummienbaby.store

Whatsapp : 017.9322.123

 

Kursus Kaunseling Penyusuan Susu Ibu 40 Jam

Kursus Kaunseling Penyusuan Susu Ibu 40 Jam | Khas untuk ibu-ibu yang berminat untuk menjadi pakar laktasi bertauliah, boleh la daftar sebelum 20 Mei 2015. Tempat adalah TERHAD, jadi sekiranya ada yang berminat, sila buat pendaftaran sekarang.

breastfeeding counseling course

Saya memang berminat sangat nak turut serta, tetapi saya belum pernah dapatkan apa-apa kursus sokongan penyusuan susu ibu sebelum ini, jadi tidak layak.

Kursus ni boleh diambil bagi ibu-ibu yang telah pun mengikuti mana-mana kursus kumpulan sokongan penyusuan susu ibu.

 

KURSUS KAUNSELING PENYUSUAN SUSU IBU 40 JAM.

TARIKH: 7-12 JUNE 2015
TEMPAT: PRIMALAND RESORT & CONVENTION CENTRE PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN
YURAN : RM1500 (tanpa penginapan)

PENDAFTARAN SEBELUM 20.05.2013.

HUBUNGI PUAN SALMIAH BINTI DATO’ HAJI TALIB : 012-2310507 UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Petua ‘Weaning Off’ atau Cerai Susu

Bila tiba masa untuk Weaning Off atau Cerai Susu ni kan, ramai juga ibu2 belum bersedia bila anak dah umur 2 tahun…ada yang teruskan sehingga 3/4 tahun atau sehingga anak dengan sendiri menolak..

Namun ada juga yang terpaksa cerai susu awal disebabkan mengandung atau ibu dah bersedia sepenuhnya disebabkan ibu dah melengkapkan penyusuan anak selama 2 tahun.

Bagi saya, sebenarnya belum bersedia sepenuhnya…masih rindukan saat2 menyusu kakak husna yang comel…lagipun senang nak pujuk bila tengah mengamuk…husna pula lebih bertolak ansur dengan adik umar…

P_WeaningChild_enHD

Tapi, memandangkan husna dah 2 tahun 6 bulan…dah petah berkata-kata walaupun dengan ayat pelat…saya bersedia 70% untuk weaning off…baby umar pula dah masuk 6 bulan…pukul 8 malam saya buat trik yang sangat senang…sapukan air garam di kawasan arola, keringkan dan buat selamba suakan husna menyusu….

Bila husna menyusu, dia buat muka kelat‚Ķapalagi, ummi pun buat muka terkejut‚Ķkonon-konon je la‚Ķ.hehehe‚Ķ ‚Äúeh‚Ķkenapa? tak sedap ke? ok2‚Ķjom tukar belah kanan pula‚Ķ‚ÄĚ

Tapi, bila tukar rasa tetap sama…masam kata husna…ummi pun buat muka sedih…dia buat muka tersengih la pula…

Belum tamat lagi…pukul 4 pagi dia terjaga dan nak menyusu…lagi sekali la buat trik yang sama…sekali lagi dia buat muka kelat dan minta air…

www.susuibu.syamilamohd.com

www.susuibu.syamilamohd.com

Ummi : ‚Äúlaa‚Ķkenapa ni‚Ķrasa macam mana‚Ä̂Ķ

Una : ‚Äútak sedap‚Ķmasam‚ĶSmile with tongue out‚ÄĚ

Ummi : ‚Äúdah tu‚Ķtak nak la ni‚ÄĚ

Una : ‚Äútak nak‚Ķeeeiiiii‚Ķ‚ÄĚ

Ummi : ‚Äúok la‚Ķuna dah besar‚Ķsebab tu susu rasa masam‚ÄĚ

Una : [tersengih manja]

Sembang dan main, siap mandi jam 5 pagi…pukul 6 pagi baru tidur balik…esoknya dia langsung dah tak nak menyusu…dia tengok adik menyusu, pandang sebelah mata je…nampak sangat susu tak sedap le tu…

Bila nak bagi dia menyusu, cepat-cepat dia larikan diri…dan buat muka cam gini….

little-baby-cute-wallpaper

Saya sebenarnya saje je nak test…tak sangka pula dia mudah serik…atau mungkin saya dah 6 bulan cakap setiap hari dan setiap kali husna atau umar menyusu yang kakak husna dah besar…susu dah jadi adik punya…kakak tak perlu la menyusu lagi…

Kebiasannya dia akan menyusu paling lama 5 minit…tak pun 30 saat je…ambil rasa…hehehe

Sekarang ni bila tanya susu siapa‚Ķcepat2 husna cakap‚Ķ‚ÄĚsusu adik‚ÄĚ

Ibu2 boleh juga klik link dibawah untuk tips yang berbeza…