Gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 akibatkan tsunami di Jepun
Assalamualaikum…
Baru dapat berita mengenai tsunami yg melanda jepun..terus search kt google…gempa yg ni adalah yg terburuk berlaku di Jepun…kat Parlimen pun dpt rasa gegaran…
Sekarang ni byk negara yg berada dalam situasi bahaya telah mengambil langkah berjaga2..harap2 tak sampai la yea ke Malaysia….
Alhamdulilah..semua rakyat Malaysia dilaporkan selamat…
Gempa Bumi Kuat di New Zealand
Assalamualaikum…
Tgk berita kat Astro Awani jap tadi baru tahu yg gempa bumi teruk melanda New Zealand…nampak sgt sya tk ikut perkembangan seminggu dua ni….
Kat office bz ngn keje..sampaikan mesej masuk pun tk sedar…balik rumah lak…lepas demam ni selalu je tertido awal ngn budak2…sedar2 dh pagi…![]()
Masa cuti lak sya habiskan masa yg terluang utk siapkan tempahan…
KUALA LUMPUR 15 Julai – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter berlaku berhampiran pantai barat Pulau Selatan New Zealand pada pukul 5.23 petang ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di latitud 46.1 Selatan dan longitud 166.3 Timur, kira-kira 7,313 kilometer dari tenggara Sarikei, Sarawak.
Tsunami dikesan di sekitar kepulauan itu tetapi gempa bumi itu tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia.
Di MELBOURNE, Australia, amaran tsunami telah dikeluarkan bagi Pulau Lord Howe dan sebahagian kawasan di Tasmania ekoran gempa bumi di perairan pantai barat Pulau Selatan New Zealand.
Gempa bumi itu berlaku pada pukul 7.22 petang (waktu tempatan Australia) .
Laporan Biro Meteorologi Australia menyatakan: “Bagi kawasan perairan pantai yang rendah akan mengalami ancaman bah besar, ombak banjir deras dan ombak air laut kuat selama beberapa jam.”
"Bencana kali ini amat mengerikan. Orang ramai ditindih dengan runtuhan, runtuhan seberat beberapa tan," kata seorang penduduk tempatan Nathanael Boehm. Beberapa mangsa mati akibat dihempap konkrit.
Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Bandar Christchurch, Bob Parker mengisytiharkan darurat di bandar ini dan mengarahkan orang ramai meninggalkan pusat bandar.
Lapangan terbang juga turut ditutup manakala Hospital Christchurch dikosongkan buat seketika sebelum dibuka semula.
Bekalan elektrik dan perkhidmatan telefon terputus dengan paip bawah tanah bocor dan menyebabkan banjir di beberapa batang jalan raya di sana.
Sejumlah kereta yang diletakkan di tepi jalan kini tertimbus di bawah timbunan runtuhan..
![]()
![]()
![]()
Sehingga kini seorang warga Malaysia dalam lingkungan umur 30an dilaporkan hilang…
Angka kematian pula meningkat sehingga 76 orang…
Sumber :
- Bernama, Utusan Online
- www.info-gallery.org
- Astro Awani
![]()
