Mudahnya Kerja-kerja Menggosok…Semudah ABC :)

Alhamdulilah, Iron Pihilip PerfectCare Aqua dah selamat sampai minggu lepas. Puas hati dengan performance. Kerja menggosok bukan lagi satu masalah. Sebelum ini bercinta nak menggosok baju. Kebiasannya akan pakai baju yang sama yang kurang kedutannya, dek malas sangat nak menggosok lagi-lagi jubah dan baju kurung cotton… :-p

Tapi sekarang, dengan bantuanĀ Iron Philips PerfectCare Aqua dari Amway ni rajin dah nak gosok baju ni. Kalau baju kurung tu kan, sekejap je siap. Kenapa? Sebabnya saya akan lipat dua baju kurung tu dan gosok dengan kuasa steam yang power…secepat kilat lapisan bawah pun cantik je. Sekali lalu je iron tu, semua dah settle. Pastikan iron tu jangan cepat sangat jalannya, slow and steady je baru hasilnya cantik. Cuma last step bentangkan baju tu dan hanya perlu gosok bahagian tengah je, yea la tadi kita lipat dua kan.

Tak percaya? Jangan tak percaya…kena percaya juga. Tengok hasilnya dalam gambar di atas, ni sekali gosok je tau. Maaf la yea kualiti camera tak ok sangat sibuk dengan budak kecik. Susah nak fokus.

Mengapa Saya Pilih Iron Philips PerfectCare Aqua Amway

Cuma..kalau kain cotton tu kan, sekiranya anda jenis yang sangat cerewet pasti tidak akan puas hati sepenuhnya kalau gosok sebelah sahaja, mesti nak gosok di kedua2 bahagian untuk dapat hasil yang lagi baik. Tapi bagi anda yang sama seperti saya, tidak cerewet Insya Allah berpuas hati dengan hasilnya. šŸ™‚

Dalam masa tak sampai pun 40 minitĀ campur dengan sesi photography, nak tunjuk bukti kehandalan iron philip ni….semua baju ni siap gosok sepenuhnya. ^_^


Kalau tengok dalam gambar di atas, baju blouse warna hijau pucuk pisang tu kain cotton dan kedutan tidak hilang sepenuhnya namun boleh nampak la baju tu bergosok…for me dah ok sangat sebab baju ni bertahun tak bergosok. Dah bertahun juga la baju ni tak pakai, kes malas nak bergosok.Ā Untuk hasil yang lebih baik, kain cotton macam ni seeloknya gosok dikedua2 bahagian.

Seluar dan baju sekolah serta uniform kokurikulum anak2 ni semua gosok bahagian atas sahaja. Pertama kali anak teruna ku pakai seluar sekolah ada side yang tajam. šŸ™‚

Sekarang Anak Saya dari ZERO ke HERO… :)

Alhamdulillah, Program Cepat Membaca anjuran Aza Consultant mendapat sambutan yang sangat menggalakkan untuk sesi pengambilan Februari 2017. Ramai ibu bapa sanggup menghantar anak mereka untuk mendapat ilmu yang bermanfaat untuk masa depan anak yang lebih cemerlang walaupun terpaksa ulang alik dalam jarak yang agak jauh. Ada juga ibu bapa yang sanggup turun dari Kuala Lumpur ke Johor semata-mata untuk kejayaan anak mereka.

Ini antara komen yang berpuas hati dari Progran Cepat Membaca sesi sebelumnya

Assalamualaikum. Sahaja nak kongsi pengalaman hantar anak ke kem ini. Mungkin ada ibubapa yang akan kata sekejap sahaja waktu belajar anak2. Mahalnye yuran kelas tersebut.

PERCAYALAH ANDA TAK AKAN RUGI…ANDAI DENGAN IZIN ALLAH…IN SYAA ALLAH KEM INI AMAT BERKESAN

Selepas saya nekad hantar mereka berdua percaya atau tidak dengan izin ALLAH anak saya yang sulung dah boleh membaca dengan lancar kalau tengok tv cerita yang ada subtitle dia dah boleh baca. Dan yang paling membanggakan saya anak yang no 2 dari 0 to hero sekarang.

-Puan Norazarina

—————————-

Walaupun jauh terpaksa menghantar dari pontian ke taman U, tapi bila tengok firman dah boleh membaca tanpa mengeja berbaloi rasanya. Tq cikgu aza. J

-Puan Umie

—————————-

Tq Cikgu Aza… Alifzakwan pun dah boleh membaca… wlaupun tak lancar lagi… tp Alhamdulillah, happy dengan pencapaian dia, anak syurga saya…. šŸ‘

-Puan Ina Marina

—————————-

Allhamdulilah, anak dah boleh membaca lepas ikut program ni… Tq cikgu…

-En Mohad Amran

—————————-

PENERAJU pertama Program Cepat Membaca since Jun 2009. Kini Program Cepat Membaca akan diadakan 3 kali dalam setahun. Pengambilan pertama tahun 2017 kini sedang berlangsungĀ di mana kelas akan bermula pada 4 Februari 2017.

Program Cepat Membaca Febuari 2017

Setiap kawasan kami hanya ambil 30 orang pelajar sahaja. Ini untuk memudahkan kami memberi ilmu yang berkesan untuk pelajar. Kami sememangnya sangat mementingkan kualiti pembelajaran. Kami tidak menjamin 100% yang anak anda akan boleh membaca. Namun, Alhamdulillah setiap pelajar yang telah mengikuti program cepat membaca ini dari tidak tahu langsung membaca dah boleh membaca dengan lancar dan menjadi pelajar contoh di sekolah mereka.

Anda ibubapa yang mempunyai anak yang mempunyai masalah membaca? Program Cepat Membaca ini adalah satu program yang sangat sesuai untuk mereka. Program ini berlangsung selama 2 bulan setengahĀ  (jumlah 16 jam pembelajaran).

Ingin dapatkan maklumat lanjut? Boleh whatsapp kami di 017 9322123 (pn syamila) / 013 7277028 (pn aza). Tempat TERHAD.

Kelas pilihan

Stp sabtu ;
***********
1. Perpustakaan Sultan Ismail, larkin
9.00 am- 10.30 am

2. Taman Universiti
11.30 am – 1.00 pm

3. Pusat Gerakan Umno.
Jalan Dedap 45, Taman Johor Jaya.
( khas untuk pasir gudang & yg berdekatan )
3.30 pm – 5.00 pm

Stp Jumaat
***********
4. Senai ( akan d maklumkan kemudian )
9.30 am -11.00 am

5. Pusat Perdagangan kempas ( berhampiran @mart )
3.00 pm – 4.30 pm

Ragam Hari Pertama Persekolahan

Hari pertama persekolahan, pelbagai ragam dapat dilihat dari pelajar yang baru nak masuk alam persekolan samada tadika atau darjah satu.

Alhamdulillah, kak una tiada masalah. Siap lambai suruh ummi balik, seronok sangat dapat jumpa kawan baru tak macam kakak ira dulu2. Tahun pertama di tadika, 3 hari pertama persekolahan ummi kena tunggu dalam kelas sampai habis waktu belajar. Kemudian, setiap hari kena hantar sampai masuk kelas. šŸ™‚

Hari pertama, bukan kak una yang meragam tapi adik umar. Ye la kan, lepas ni dia kena main sesorang je dah tak ada geng nak bergaduh lagi. ^_^

Punya la semangat nak ke sekolah, seawal jam 5 pagi bangun dan mandi. Tapi sebabkan saiz baju tak ada lagi, kena la pakai baju jubah warna pink tu. Umar pun main sama sekali jenuh kena pujuk ajak balik tak nak sebab kak una tak balik sama.

Sekolah tadika ni masuk jam 8 pagi dan balik jam 12 tengah hari. Balik je rumah, ummi tengah buat keje tak sedar pun entah bila dia dah lentuk atas lantai. Sian anak ummi…. šŸ™‚

Bunga Ros Jepun Terkini

Musim hujan ni, bukan senang bunga ros jepun nak berbunga. Biasanya meriah dengan dedaun sahaja. Nasib baik la 4 hari sebelumnya panas terik, sempat juga koleksi ros jepun ni bertunas. Ini adalah koleksi bunga ros jepun yang terkini.

Cantik kan. Meriah la juga dengan bunga-bungaan. Tak sabar tunggu musim panas kunjung tiba sebabnya pokok bunga ros jepun ni akan berbunga dengan meriahnya bila kena cahaya matahari yang terik.

Biasanya ramai guna baja kopi untuk tanam ros jepun ni, namun sebab baja kopi tak ada jadi sya gunakan aje baja tahi ayam. Baunyer boleh tahan tapi pokok ros jepun sihat je. Selepas beberapa lama, nak elakkan seranga makan daun yang cantik dan nak bagi daun gebu gebas, sya guna semburan baja organik. Memang menjadi tau, boleh nampak perbezaan sebelum dan selepas disembur baja.

Baja seeloknya dibuat seminggu sekali pada waktu pagi atau petang. Lagi satu, jangan suka sangat siram pokok bunga ros jepun dengan air yang banyak sebabnya batang akan cepat rosak. Maklumla batang ros jepun ni lembut je bukan macam pokok bunga biasa sebab tu dia tidak memerlukan air yang banyak. Cukup sekadar melembabkan tanah sahaja.

Sebab itu juga, musim hujan ni letak semua koleksi ros jepun dibawah bumbung sahaja untuk elakkan terlebih air. Bila dah terlebih air, batang buruk dan terpaksa la buat proses menyemai semula.

Jom kita layan koleksi ros jepun terkini di taman mini depan rumah. šŸ™‚

Program Cepat Membaca Febuari 2017

Program Cepat Membaca kembali lagi dan pendaftaran kini dibuka untuk pengambilan sesi Febuari 2017. Untuk informasi, Program Cepat Membaca (PCM) adalah salah satu program dalam Program Permata Pintar, Cerdas dan Bijak anjuran Aza Consultant.

Sejak dari tahun 2009, program cepat membaca anjuran Aza Consultant ini telah mendapat kepercayaan dikalangan ibu2 dalam mengajar anak2 mereka yang ada masalah dalam mengenal huruf. Alhamdulillah, ada antara anak2 yang telah mengikuti sepenuhnya program PCM ini telah menjadi pelajar contoh di sekolah mereka.

Bawah ni antara komen dari ibu bapa yang berpuas hati dengan pecapaian anak mereka setelah mengikuti program cepat membaca.

 

Sekiranya ada ibu bapa yang berminat, boleh klik PCM FEB 2017Ā untuk maklumat lanjut atau boleh terus hubungi 017 9322123 (pn syamila) / 013 7277028 (pn aza).

Pilihan kawasan
.
* ***** *
Pilihan A ; Larkin
Pilihan B ; Pusat Perdagangan kempas ( Tampoi )
Pilihan C ; Taman Universiti
Pilihan D ; Johor Jaya ( untuk kawasan Pasir Gudang )
Pilihan E ; Senai

Cara Mudah Ajar Anak PooPoo Ke Tandas

Kalau buat carian, mesti ramai yang kongsi pelbagai cara mudah ajar anak poopoo ke tandasĀ kan. Namun sya ada cara yang tersendiri ajar kak una dan adik umar seawal usia 2 tahun yak ke tandas. Cuma untuk peepee (kencing) guna pendekatan berbeza la sket. Kena pasrah basuh yang tercicir tu….hehehe

Usaha pertama untuk poopoĀ ke tandas adalah belikan tempat duduk baby cam bawah ni…apa eh orang panggil…dah lupa…ops….rujuk gambar je la yea…adalah dengan melihat bila masa dia tengah poopooĀ tu. Masa tu cecepat angkat ke bilik air dan letak atas tandas. Masa ni biasa dia meronta-ronta nak keluar, ye la kan lagi best poopoo dalam pampers sebab boleh bergerak bebas dan jadikan tandas dimana2 jua tempat yang strategik…ummi sanggup tahan bau untuk ajar anak poopoo ke tandas…

t_tc_potty_training_am

Ummi kena peluk kuat2 sampai la dia berjaya poopoo. Masa tu puji la sket bagi dia rasa gembira… ^_^. Biasa lepas 3 kali buat je, anak dah pandai ajak ke tandas.Ā Walaupun umar boleh bercakap ketika usia 2 tahun, namun dia boleh bagitau bila nak ke tandas dengan cara tarik baju ummi dan ajak ke tandas…dengan bunyi…ayok…ayok [dialek ganu kite..;-)]

Untuk ajar peepee ummi belum bersedia lagi sebab tengah jaga mil yang sakit tidak boleh bangun juga kena uruskan seperti baby pakaikan pampers dan sebagainya. Kebetulan umar tengah tercicir peepee, ummi tengah mandikan mil, haru jadinya…

Jadi, biarkan dahulu. Kebiasannya persediaan awal telah pun dibuat dengan cara kalau dia mandi wajib minta dia peepee. Bila berjaya peepee, puji “wahhh…pandai nya umar kencing…jom basuh”. Nak bagi kefahaman peepee bagus kalau di dalam tandas.

Bila nampak umar dah bersedia baru boleh ajar. Biasa tahu dia dah bersedia bila bangun pagi pampers kering. Masa tu baru boleh mulakan langkah seterusnya untuk potty training. Kak una dulu ambik masa 3 hari juga baru berjaya sepenuhnya.

Apapun, pelbagai cara mudah ajar anak poopoo/yak ke tandas yang kreatif boleh digunakan untuk ajar anak poopoo atau peepee di tandas. Pilihan ditangan ibu2 untuk guna yang mana mengikut kesesuaian. Tidak ada cara yang salah, semua betul cuma pendekatan je yang berbeza.

Biasanya ibu2 dah mula ajar poopoo/peepee di tandas bila anak dah mula bercakap. Kiranya masa ni dia dah bersedia untuk langkah seterusnya.

Ada ibu suka guna alatan seperti di bawah, bila nak poopoo je anak akan angkut tempat yak dia ni ke sudut yang dia selesa. Yak/poopoo la dia kat situ namun pampers masih pakai. Ok la kan nanti dia pun faham nak yak nanti kena buang lampin.

potty-training

DIY Taman Bunga dan Air Terjun Mini

Projek untuk buat Mini Taman Bunga ni dah lama kot, dari tahun lepas berangan. Namun sebab banyak sangat dolak dalih tambah mood kemalasan yang tinggiā€¦projek tertangguh sehingga la November 2016. Gila lama tuā€¦hahahaā€¦.

Lagipun yang sebenarnya idea tu tak datang macam mana nak mulakan langkah pertama. Almaklum, sebelum ni mana la minat bab bunga dan taman ni. Dulu2 minat dok depan computer aje kejenya sampaikan bunga yang berlambak depan rumah hasil tanaman my mil habis mati menyembah bumi..hehehhe. Setelah 13 tahun baru la minat untuk berjinak2 dengan bunga dan tamannya kunjung tiba…chewahhhā€¦.

taman-bunga-mini

Air terjun mini ni pun guna je pasu bunga yang berlambak. Selepas tolak yang dah guna untuk kegunaan taman mini tepi tangga ni, ada lagi kot dalam 50 bijiā€¦.alamak..baru tahu banyak pasu yang tidak digunakanā€¦.nasibler mil dapat menantu yang tak minat bunga duluā€¦.hahaha.

Ni baru sikit, ada lagi projek lain taman bawah pokok mempelam ditepi wakaf. Rumah kampong kan, kawasan luas siap boleh buat tempat bermain badminton. Budak2 pun boleh buat pusingan main basikal. Pagar sentiasa berkunci sebab depan rumah ada kedai runcit silap haribulan si kecik umar buka pintu pagar pergi kedaiā€¦.aisehhhā€¦.walaupun kawasan kampong tapi kenderaan laju. Bonggol ada tapi macam tak de jeā€¦landai jeā€¦cat je lebih. Dah minta majlis perbandaran buat lain, tapi dorang kata tak de budgetā€¦hmmmā€¦

Mil pun petang2 suka sangat duduk tepi tangga ni dengar bunyi air terjun dan tengok bunga yang mekar walaupun sejenis je yang cantik. Bunga selebihnya tak de bunga. Almaklumla baru nak bermula, ada pokok yang mati sebab tak reti nak jaga. Takpe, belajar dari kesilapan. Baru je usha pelbagai jenis bunga Ros Jepun atau lebih dikenali dengan rj. Katanya senang sangat nak jaga Cuma kena rajin siram dan cantas baru jangka hayat bunga panjang.

taman-bunga-tepi-rumah

Air Terjun Mini ni guna pasu bunga yang berlubang, setelah tengok macam2 tutorial dari youtube baru tahu boleh tutup hanya menggunakan tanah liat (play doh), masalah selesai. Berjam kikir tepi pasu untuk buat air mengalir, sebabkan tenaga perempuan yang tidak seberapa dengan peralatan guna mana yang ada sahaja, dapat buat air mengalir halus mulus je tapi ok la boleh juga dengar air jatuh kan. ^_^

Semangat luar biasa nak buat taman depan rumah ni, bagi pemandangan cantik dan wujudkan aura positif semata2 untuk bagi semangat pada mil yang sakit. Setelah terlantar lebih 4 bulan, akhirnya dia dah boleh duduk dan makan sendiri walaupun masih kena angkat untuk duduk. Alhamdulillah ada perubahan. Mil pun semangat nak tengok taman bunga. Petang2 angkat letak atas kerusi roda dan tolak ke luar namun tidak boleh turun ke tanah sebab tangga tinggi tak de ada daya tenaga nak angkat turun naik tangga.

Bestkan dengar deruan air…aman dan damai…

Insya Allah suatu hari nanti, mil yang telah 81 tahun bulan lepas boleh gagahkan diri walaupun gunakan sebelah kaki, namun dah boleh ringankan beban untuk angkat. Masa tu nanti boleh bawa dia jalan2, aktiviti yang paling dia suka sebelum sakit. Selama lebih 13 tahun tinggal bersama mil, kalau ajak pergi jalan2 secara automatik badan jadi cergas dan bertenaga..heehehe…

Nota kaki: tak sabar tunggu 20 spesis Ros Jepun yang order online petang tadi…. šŸ˜‰

Sarang Lebah Kelulut

Sekarang ni kan femes produk madu dari Lebah Kelulut…memang banyak khasiat kalau rajin amalkan madu ni…sejak dari dulu lagi, amalan minum madu awal pagi ketika perut kosong membantu memberikan kesihatan yang lebih baik…

Di rumah maya SyamilaMohd.Com ni pun dah banyak sarang lebah kelulut ada…hehehe…lama tul tak update…bukan takat lebah buat sarang, labah-labah pun ambil bahagian sama…

Bukan tak nak update, kadang ada info nak share..tapi sebabkan notebook rosak…cepat panas dan tak sampai 5 minit, automatic off…terpaksa batalkan…update guna phone pula problem sebab nanti blog tak boleh nak access…blank terus…terpaksa masuk cpanel dan rename folder plugin…

Tak tahu apa masalahnya…malas pula nak fikir dan siasat..biarkan je..maklumla bila dah ada anak 4 ni…tak de masa nak mengadap komputer cari punca.

Alhamdulillah, sekarang dah dapat bersihkan rumah dari sarang lebah dan sarang labah-labah….hasil dari tolong kawan buat kerja2 yang berkaitan dari jauh…Johor – Kemaman….dapatla sedikit income…sambil2 layan anak dan uruskan keluarga….dapatla beli notebook baru khas utk buat kerja2 yang berkaitan…tapi harta syarikat la kiranya..sebab bos sponsor…apapun bos aka my best friend sejak 20 thn lalu memberi pelepasan untuk menggunakan buat2 kerja peribadi… ^_^

Siapa kata suri rumah tidak ada income…ada juga tau kalau rajin cari peluang….usaha tangga kejayaan….bila ada income sendiri dari rumah ni…boleh la beli apa yang diidamkan….kerap la en posman dtg hantar barang…abang gdex go shop dan abg pos laju la yg femes dtg rumah…rajin bebebor….hehehe

Terlajak tajuk Lebah Kelulut, jom la kita berkenalan dengannya…jom

Apa Itu Lebah Kelulut?

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia.Ā Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.Ā Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah.Ā Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa.Ā Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.

Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah. Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.

Lagi info boleh ke >>>Ā http://www.encikshino.com/cara-menternak-lebah-kelulut/

cara-topping-sarang-kelulut-di-rumah

Ni la rupanya sarang lebah kelulut…dikatakan madu lebah kelulut dapat atasi masalah penyakit kanser, diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang,Ā mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout.

 

Chef termuda buat ABC

Jangan terkejut kalau ada chef umur 4 tahun dah pandai buat Air Batu Campur atau lebih dikenali dengan ABC…musim panas-panas ni kan memang seronok dapat makan ABC…nak pergi beli malas…nak buat tak berapa nak rajin…hehehe…tapi bila dengan Konstar Master Chopper dari Go Shop semuanya mudah.

Una yang beru nak masuk 4 tahun pun dan boleh buat..hanya perlu putar dengan sekuat tenaga…dalam beberapa minit…ais dah pun hancur…

Hmmm…yummy….yang penting ABC homemade ni kita boleh kawal kemanisan dan bahan yang ingin dimasukkan..tapi tengah hari tadi buat ABC kosong sahaja…..janji ABC….[wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

konstar master chopper

 

Inilah hasilnya…homemade ABC dari Chef Una….tengok tektur ais yang telah diblend…halus kan…kalau tambah kacang dan jagung ni memang best..tapi stok tak de kat rumah….minum ABC kosong je la….hehehe

master chopper

Congo Bar Coffee

Petang di hujung minggu terasa nak makan cookies je kan…tapi malas nak buat…tetiba teringat resepi Congo Bar dari kawan…apalagi jom la anak-anak kita membaking…

Ummi sediakan bahan, chef una@3 tahun kacau guna whisk, chef ira@9 tahun masukkan bahan2…ummi sediakan loyang dan panaskan oven sahaja…senang kan keje bila anak dara dah besar… ^_^

Sangat senang rupanya buat Congo Bar ni…budak 3 tahun pun boleh buat dan hasilnya memang sedap sebab chef una ulang alik buka tupperware makan Congo Bar…[wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Belum sampai 24 jam, Congo Bar Coffee made my chef kecil dah pun habis…

Resepi Congo Bar

  • 315gm tepung Ā gandum
  • 2 1/2 sdk serbuk penaik
  • 1/2 sdk garam
  • 150 gm butter (saya buat 100gm planta + 50gm buttercup)
  • 100 gm gula perang
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sdk serbuk vanilla
  • 200 gm Coffee Chip
  • 100 gm badam cincang
  • sedikit Chocolate Chip & kepingan BadamĀ untuk taburan atas

Cara2

  • ayak tepung gandum, serbuk penaik, garan dan serbuk vanilla- ketepikan
  • kacau dengan whisk gula perang + butter…sampaiĀ semua seia sekata
  • masukkan telur – kacau rata
  • masukkan tepung dan gaul dengan senduk biar sebati
  • kemudian, boleh la masukkan coklat chip/coffee chip/badan/kekacang atau apa yang disukai – gaul
  • tuang adunan kedalam loyang minima 13×9 atau boleh ikut loyang apa yang ada didapur, pastikan loyang telah dialaskan dengan kertas minyak
  • ratakan adunan dan taburkan kepingan badam dan coklat chip atau apa2 aje ikut citarasa
  • bakar dengan suhu 170’c selamaĀ 30 minit
  • siap

-resepi asal dari fb page Resepi Minum Petang yang telah diubah suai untuk kudapan seisi keluarga kami

Congo Bar

Komen

Ok..adunan tak manis…tapi sedap kerana manis dari coffe dan coklat chip yang ada merata2 dalam adunan.

Una suka sangat, umar pun suka…kalau nak buat untuk anak kecil tak perlu letak gula pun dalam adunan…sebab manis coklat chip tu pun ok dah…nak letak juga boleh la kot letak dalam 50 gram.

Ada yang komen, kurang manis tak sedap la menikmati Congo Bar…tak pe la tak sedap mana pun, janji menu tu sihat banyak….(walaupun tak berapa nak sihat juga….tapi boleh la dikatakan sihat dari yang beli dikedai sebab yang dijual tersangat la manis)

.

.

Pagi tadi Stand Mixer order dari Go Shop dah sampai…dah rasmi pun adun Kek Marble Pelangi…tunggu siap je untuk menu minum petang…Ā [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”]

wp-1452838592905.jpeg

Performance? Ok

Putar sampai tepi bowl? tak pun…dipertengahan jalan kena buka dan kacau dengan spatula bagi rata..selebihnya adunan perfect..seia sekata

Design? Puas hati sesuai dengan harga mampu milik