Sepetang di Kuala Kemaman

Lama sungguh tak lepak2 di Kuala Kemaman. Angin pantai memang sangat best dengan pemandangan yang sangat cantik. Ramai family datang bersantai tambah pula setiap petang jumaat ada Pasar Malam. Apa lagi, shopping dan makan tepi pantai. Wahhh…memang best la kan.

Anak2 pun cakap, ummi..best la datang sini nanti nak datang lagi la. Alahai, sekarang ni jaga tokmi yang tidak boleh jalan dan uruskan diri seperti biasa. Nak kena jaga macam baby, jadi tak dapatlah nak datang selalu kat sini. Petang jumaat lepas pun, Alhamdulillah dapat jalan-jalan satu family apabila abang ipar singgah rumah. Boleh la tinggal kejap.

Siapa yang datang ke Kuala Kemaman, wajib beli bahulu ikan yang best di selekoh. Kalau dari bandar sebelah kanan. Nak bagi peta pun tak reti. Cuma nanti, mata tu tajam kan tengok sebelah kanan yea. Kedai dia bersambung dengan rumah. Memang sedap sangat, anak2 pun suka.

Tapi rezeki kami tak ada petang tu, bila dalam perjalanan balik kedai dah tutup. Maklumla dah jam 6.50 petang. Insya Allah lain kali ada rezeki, boleh beli sebekas. Stok seminggu terus kalau sempat. Biasa sebekas tu dalam 1/2 hari je.hehehe

Siapa yang penggemar keropok lekor tu kan…tajam kan pula mata sebelah kiri. Banyak kedai keropok lekor yang best. Kalau nak keropok lekor frozen yang sedap, cari papan tanda keropok Lekor INTAN.

Mengapa Saya Pilih Iron Philips PerfectCare Aqua Amway

Dah lama tengok kawan2 guna Iron Philips PerfectCare Aqua dari Amway, cam best je tengok kerja2 menggosok yang lebih singkat dan sangat mudah. Namun sebabkan harganya yang mahal, niat untuk memilikinya terpadam. Harga iron steam ni mencecah ribuan ringgit.

Akhirnya, tahun 2017 baru la terbuka hati nak beli 1 biji. Harga Iron Philips Amway ni kalau harga pasaran RM1590, harga ahli lebih murah RM1325. Untuk dapatkan harga ahli kena la daftar ahli. Jumlah keseluruhan RM1450 termasuk daftar ahli dan kos penghantaran. Dah dapat jimat RM140. Ada yang offer lagi murah tapi saya buat keputusan order dengan kawan yang dah lama kenal. Tolong biz rakan, tak de salah pun kan.

Satu sebab utama nak beli 1 unit Iron Philips ni kerana daku yang tersangat malas nak gosok baju. Rela pakai baju yang tidak gosok dek kemalasan yang maksima…tak pun ulang pakai baju yang sama, baju yang tidak bergosok. baju yang wajib gosok ada la kot 2-3 bulan sekali pakai. :-p

Sampaikan kakak boleh tegur kalau suami pakai baju kemeja yang bergosok bila bertandang ke rumahnya suatu masa dulu, “ai..rajinnya gosok baju kali ni…”…hahaha

Saya hanya akan gosok kalau kedutan dah beribu2…tu pun gosok bukan nak hilangkan kedutan 100%, cukupla sekadar 50% je pun dah ok…sbb ambil masa lama nak gosok…banyak side pulak tu….adeh..malasnyer…sila jangan ikut… 🙂

Alhamdulillah, Iron Philip PerfectCare Aqua Amway dah order pun semalam, Insya Allah dalam 1 minggu sampai la tu. Tak sabar pula nak guna. Tengok testimoni dari rakan2, ramai yang bagi testimoni kebaboom…best punya testimoni…recommended. Lagi la bersemangat ni. Kebetulan bulan ni dapat duit kutu, memamg rezeki tidak disangka. Main kutu bukan nak beli steam iron cam ni pun, saje je main nak buat saving kononnya, sekali saving untuk Iron Philips keluaran Amway ni. Perancangan Allah tidak siapa yang tahu kan. Alhamdulillah.

Tapi, sebelum buat keputusan beli Iron Philips Amway ni, survey dulu jenis2 lain dalam angkatan yang sama. Ada kawan beli direct us, harga lagi murah dalam RM800 je dah dapat sebiji tapi tak dapatlah Giant Iron Board khas untuk steam iron tu. Kalau beli yg amway ni dapat PERCUMA giant iron board yang bernilai RM399 tu. Jimat lagi, tak payah bayar duit minyak kereta pergi cari iron board.

Lepas beberapa kali survey, steam iron yang lebih kurang Philips amway ni tak de dah stok. Kebanyakan personal shopper us jual yang lagi murah, tapi suhu kena set manually tak secara automatik. Capacity water tank pun lagi kecik. Philips Iron Amway ni capacity water tank 2.5 liter. Banyak tu, dan kalau dibandingkan dengan capacity yang 1.7 liter yang ada dipasaran harganya jauh lebih mahal.

Lagi satu, untuk makluman semua termasuk diri saya sendiri la kan, Iron Philips Amway ni direka khas untuk edaran Amway sahaja tidak terdapat di pasaran malaysia atau luar Negara. Special gitu..sebab tu la juga stok iron kat hq amway selalu je sold out. Nasib baik dapat rembat juga sebiji. Bila dah rezeki kan tak payah nak risau2. Macam juga dalam perniagaan, kalau ada seller jual barang yang sama dengan harga yang lagi murah, tak perlu la melatah ke apa sebab rezeki masing2. Jadi apa yang kita boleh buat, jangan turunkan harga tetapi kekalkan harga yang kita jual sekarang cuma tingkatkan value dari segi layanan kepada customer dan service after sales yang tebaik.

Semoga selepas ni, dah tak de alasan ambil masa yg lama nak gosok baju…zasss…sepantas kilat baju siap bergosok…. 😉

Iron dah sampai nanti, saya review lagi. Masa tu saya pun dah secara rasmi berdaftar sebagai ahli Amway yang sah. Jadi kalau ada sesiapa yang ada budget lebih, nak dapatkan 1 unit Iron Philips PerfectCare ni kan..boleh la contact saya. Jom bersama saya buat kerja menggosok dengan lebih mudah, jimat dan effective.

Dah banyak celoteh ni, jom layan screenshot apa kata mereka mengenai Iron Philips PerfectCare Aqua Amway. 🙂

      


Teknologi yang tinggi di reka khas pada magic Iron Philips untuk menjimatkan masa dan memudahkan kerja menggosok pakaian buat para isteri mahupun keluarga. 😍😍😍

Pastikan anda mendapatkan model yang TEPAT iaitu Iron Philips PerfectCare Aqua bagi memperoleh kepuasan yang maximum.

Ya, hanya Iron Philips PerfectCare Aqua.

Direka khas dengan mempunyai tank water yang besar berbanding iron yang lain untuk proses steam berlaku dengan lebih kerap. Kuasa steam yang tinggi juga di tingkatkan agar gosokan baju tidak memakan masa yang lama.

Kelebihan lain magic iron Philips ini ialah :

1. 2 kali lebih cepat untuk proses menggosok.. (sangat sesuai untuk mummy yg ada masalah tak berapa gosok baju cam saya…. ^_^)
2. Tangki air lebih besar.
3. Lebih padat dan ringan.
4. Tidak memerlukan set suhu untuk pakaian yang berbeza.
5. 100% MUDAH, SELAMAT DAN CEPAT.
6. Boleh di gunakan lebih 3 jam masa penggunaan tanpa henti.
7. Pakaian tidak akan terbakar jika di biarkan pada waktu yang lama.
8. Sesuai untuk semua jenis pakaian.
9. Lebih penjimatan masa.
10. Mudah di bawa kemana sahaja.
11. Automatik suis terpadam dengan sendiri jika terlupa untuk menutup suis.
12. PERCUMA Giant Ironing Board.
13. PERCUMA penghantaran sehingga ke hadapan rumah.
14. WARRANTY 2 tahun(Malaysia).

Dapatkan sekarang dengan harga PROMOSI!

I Miss U

Dari kecil tidak pernah berpisah, bila dah umur 4 tahun dah pandai ikut mak saudara balik rumah. Tinggal la ummi dengan kakak dan abang dan adik. Hmmm..rindu nyer kat una walau baru 2 hari dia di rumah mak saudara yang jarak lebih kurang 3 jam perjalanan.

Una pula seronok dapat main dengan anak sepupu yang lebih kurang umurnya. Dari pagi sampai petang, main je. Makan pun bersama2 tidur je awalnya dengan geng, tapi at the end tido bawah ketiak mak saudara dia. Sebab una ni memang suka tidur berhimpit dengan ummi tak pun kakak. ^_^

Insya Allah jumaat ni baru una balik jumpa ummi. Anak2 kan bila dah jumpa geng kamcing, dah tak ingat ummi. Ummi pula tidur je mesti terbayang mek una. 🙁

Lain kali tak bagi dah ikut lama2. Dah besar panjang nanti bila dah belajar, tinggal ummi juga kan. Biar la kecik2 ni dok je dengan ummi. Cuti2 sekolah ni kami tak de aktiviti bercuti mana2 pun. Plan buat aktiviti di rumah je nanti. Tokmi tak sihat, jadi percutian di masa yang sesuai di lain masa. Insya Allah.

Qada’ dan Qadar

Subhanallah, kami sekeluarga diuji dengan ujian yang sedikit dari Allah swt. Ibu mengalami kemalangan yang teruk 4 bulan yang lalu ketika dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan cucunda tercinda. Alhamdulillah abang dan anak saudara selamat, Cuma ibu je yang mengalami banyak kerosakan dalaman. Maklumla ibu pun dah uzur sangat, tangan langsung tidak boleh berpegang kuat dan kaki pun tidak gagah seperti selalu.

Namun, ibu tetap juga ingin pergi hadiri majlis kahwin cucunda walaupun perjalanan memakan masa 5 jam lebih. Apapun, suratan takdir tidak siapa yang boleh menghalang. Akibat dari kemalangan tersebut, ibu terlantar tidak bermaya di atas tilam hanya mampu mengerang kesakitan. Kami hanya mampu memujuk ibu supaya bersabar dan menyapu ubat dan buat urutan dibahagian luar. Namun ibu masih mengadu kesakitan dan sepanjang malam tidak dapat tidur lena kerana yang sakit adalah bahagian dalaman. Mengikut doctor, tulang ibu banyak yang rapuh dan pecah, manakala tulang yang patah ketika kemalangan walaupun dah bersambung namun tidak dalam kedudukan yang betul.

i-love-u-ibu

Continue reading “Qada’ dan Qadar”

Mee Goreng Pasar Pagi

Setiap hari jumaat, ada pasar minggu atau kami panggil pasar pagi di cukai, kemaman. Setiap hari jumaat juga kami akan beli sarapan di sini…menu paling suka adalah kerokok lekor celup tepung dan mee goreng

Tapi, mee goreng pagi ni tersangat la pedas…very hot…adeh…kami satu family memang tidak boleh makan makanan yang pedas…mula la menangis tidak berlagu…huhuhu

Seller ni kan..agak2 la nak masak tu…jangan la pedas sangat…lagipun tak elok makan pedas tambah2 waktu pagi

Apapun, kalau ada yang singgah kemaman, hari jumaat pagi…jangan lupa singgah pasar pagi tau….sebelah padang Taman Bandar…macam2 ada…menu pun best2…pakaian pun cantik2…tak tengok lagi bab bunga…alahai..menggoda

Biasa beli juga sepasu bunga hidup…hari ni tak beli sebab cuaca terlampau panas…umar pula lari sana sini…last2 siap beli apa yg patut terus balik rumah

Salam Jumaat…. ^_^

Memasak dengan mudah dan cepat

Bila dah ada anak 4 orang ni…kena cari jalan untuk memasak dengan mudah dan cepat. Campak2 je dah siap….senang..

Jadi, setiap hujung minggu akan luangkan masa menyediakan bahan2 yang diperlukan..sayur2an dan bawang dah dibersihkan dan dipotong sesiap atau cincang guna tupper turbo chef 

tupper turbo chef

13938499_1254285704581984_1137323686586379402_n

mandochef

Bawang besar potong guna Mando Cheff Tupperware…potongan dihasilkan sangat cantik….love it…. ^_^

13907185_1254285641248657_4561480622548372522_n

Bawang putih macam biasa cincang guna Tupper Turbo Cheff Tupperware…..senang, mudah dan cepat…sukaaaaa sangat…. 😉

13938626_1254285607915327_3666780514167369834_n

Bawang merah potong guna pisau je….hehehhe….

13920736_1254285517915336_8600689716191750508_n

Sayur dah dibersihkan dan potong sesiap…senang nak masak nasi goreng ke, mee goreng ke, sayur goreng ke…apa2 je la…

13932750_1254285457915342_1254374800074762095_n

Ni la tempat penyimpanan…peti kecik je..so tak boleh buat stok banyak2…seminggu sekali je..sayur pun masih segar seperti baru dipetik walau dah seminggu lebih…

Bawang putih yg dah dicincang boleh tahan 2 bulan….masih lagi elok….bawang merah dan besar tak pasti sebab stok cepat habis…. hehehe

 

Ayam pula dah asingkan, potongan kiub dan potongan biasa dalam bekas berasingan….tiba masa nak masak…ambil je mana yang diperlukan…kejap je menu siap dah boleh santap….tunggu sejuk je nak ngap..heehhe

Budak 2 Tahun Tertinggal di Pasar Minggu

Bismillah….pagi jumaat kebiasannya kami akan ke pasar minggu atau lebih dikenali pasar pagi. Tujuan utama beli barang basah namun hari ni nak cari tupperware dan buah2an segar aje…

Tetiba dengar tangisan anak kecil dalam lingkungan 2 tahun, lebih kurang my baby umar. Kesian tengok budak tu, nangis sakan sambil ditemani oleh seorang pakcik. Dorang tak gerak kemana2 sebab takut susah pula ibu budak tu nak cari nanti. Pakcik tu pujuk budak tu tunggu ibu kat situ je. Tapi budak 2 tahun, apa la yang mereka faham kan. Selagi tak jumpa ibunyer, nangis je la yang dorang mampu buat.

crying-featured

Budak2 lingkungan umur camtu pula, tengah lasak lagi tak tahu apa…kerja mereka nak meneroka…sebab tu umar tak bagi jalan sendiri, kena duduk atas stroller…senang ummi nak shopping. Kalau bagi dia jalan, memang tak de jalan ummi nak pilih barang sebab kerja ummi pantau dia nak capai itu ini dan main kejar2.

Kak una pula dah 4 tahun, tapi wajib jalan pegang stroller. Jadi sepanjang masa anak2 ada depan mata ummi. Kakak dan abang je jalan seiring dengan ummi. Tapi walau pun dorang dah besar, tapi tetap kerisauan tu ada. Setiap masa mata melilau depan belakang pastikan anak2 sentiasa ada. Apapun, walau kita dah ambil langkah berjaga2, musibah yang tak diduga tetap terjadi. Banyakkan berdoa semoga keluarga dilindungi. Amiiinnn.

Dalam perjalanan pulang nampak budak tu dah dalam dakapan ibu tapi masih lagi menangis. Alhamdulillah. Trauma lagi kot sebab kehilangan ibu tadi. Tak boleh bayangkan perasaan sikecil masa tu kan.

Tempahan Kek Aidilfitri

Alhamdulillah…hari ni dah 24 hari umat Islam berpuasa. Bahang Aidilfitri pun dah dirasai terutama mereka yang diperantauan yang tak sabar nak balik beraya dikampung halaman. Tahun ni saya pun tak ambil tempahan banyak untuk Kek Karamel Pelangi seperti tahun sebelumnya disebabkan kekangan masa.

Apapun, alhamdulillah akan siapkan tempahan kek pelanggan yang setia. Tiap tahun mesti tempah kek dengan Syamila Sweet Bakery…katanya sedap… ^_^

kek karamel coklat moist kek karamel pelangi

Insya Allah, 3 hari sebelum raya akan mulakan projek Kek Karamel Pelangi, Kek Karamel Coklat dan Kek Marble yang akan menemui tuannya pada malam raya nanti. hmmm…penuh la peti ku nanti…hehhe

Peti ni asalnya khas untuk simpan stok susu ibu 3 tahun yang lalu, masa tu kan kerja, so kena la simpan stok untuk bekal anak ke rumah pengasuh. Sekarang dah surirumah sepenuh masa, direct feeding sahaja ler..tak payah nak simpan stok beku dah..lagipun baby umar yg setahun 11 bulan tak nak minum susu dalam botol…katanya direct lagi best…hehhee

Semalam buat Kek Marble Oren, anak2 suka sangat sebab memang tak pernah buat sebelum ni. Tanpa pewarna oren, jadi warna oren tu tak nampak…hanya guna parutan kulit oren dan Sunquick. Sedap sangat rasa masam oren dan keenakan coklat. 🙂

Kek Marble Orange Kek Marble

Selamat Berpuasa dan Salam Aidilfitri ^_^

Penyangkut Baju Je Pun

Macam ni la wanita
Memang sukakan kecantikan
Penyangkut baju je pun
Mesti nak yang cantik
Hehhe

Abang Long set watna hijau
Kak Ngah set warna pink
Kak Chik colorful
Baby…tak de sebab tak guna almari yang boleh sangkut
Semua kena lipat
Baby pun lagi kan

Bila guna penyangkut baju comel ni
Susun dalam almari kan
Comey je
Sweet je
Cute je

 

13096331_1183885918288630_6149358006804171180_n

 

Suami tegur
Ai..penyangkut baju pun nak pilih juga mana yang nak
Beli ja la yg mana2 pun
Ishhh….mesti la
Kena beli warna yang menarik
Baru semangat mummy nak kemas

Sebenarnya saje je nak share, kedai RM2.12 ada penyangkut baju saiz sederhana…tak besar dan tak kecil….tebal dan warna pun menarik…dah lama cari pengangkut baju size ni…saiz normal tu tak muat letak dalam almari mickey mouse…saiz kecik dah tak sesuai untuk baju budak darjah 3 & 4..

Salam hujung minggu…

Cara Membersihkan Dapur Gas Dengan Berkesan

Kebiasannya lepas je masak terus cuci dapur..tapi dah seminggu tak sempat cuci dengan elok…sempat lap je….akhirnya dipetang yang damai, dapatlah ambil masa cuci. Sebabkan dah seminggu tak cuci, dapur dah jadi macam dalam gambar…tak tanggal bila cuci…susah juga ni…apapun saya ada cara berkesan membersihkan dapur gas…tak perlu nak sental kuat dengan berus aluminium…nanti bercalar dapur gas..

Apa yang saya lakukan adalah, titiskan pencuci ajaib dibahagian yang terlajak kotor dan biarkan setengah jam…setengah jam tak de la lama sangat pun…layan mesej pelanggan, kejap je masa berlalu..silap2 satu jam berlalu macam tu je…hehehe

13001097_1172464499430772_183083637610472522_n

[Sebelum]

Bila dah cukup masa, hanya cuci dengan span basuh pinggan….gosok2…kena banyak kali gosok juga sebab kotor sangat dah kan..maklumla dah seminggu…akhirnya dapur kembali bersih…tak de la seperti baru, tapi nampak bersih, menarik dan tertarik…

Ibu2 yang masih mencari pencuci yang sesuai, jimat dan selamat…boleh la dapatkan sebotol pencuci ajaib seperti dalam gambar…saya dah guna hampir setahun…jimat kan….cara guna hanya beberapa titisan je…bukan berapa ml…

 

12994532_1172464352764120_6619735182941684797_n

[Selepas]

Untuk bersihkan kasut sekolah yang kotor pun boleh…hanya rendam kan kasut sekolah dalam baldi, titiskan pencuci ajaib dan rendam sekurangnya satu jam…dan sental seperti biasa atau basuh mengguna mesin basuh semi auto….Insya Allah kasut kembali bersih dan putih…saya tidak pernah buat sebab kasut sekolah anak2 warna hitam…hehehe

Ada lagi…kalau baju sekolah ada kotoran degil…sama juga…titiskan sedikit pencuci ajaib ditempat kotor dan rendam sekurangnya 1 jam…Insya Allah kotoran degil tadi senang nak ditanggalkan…

Selamat mencuci… ^_^

==========

Berminat dengan pencuci ajaib Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate?

JK-Niaga-Beli-Sekarang