Best Rupanya Movie Upin Ipin Jeng Jeng Jeng :)

Movie Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni dah pun berada dipawagam novemver 2016, kiranya dah lebih 2 bulan berlalu. Awalnya tu semangat juga nak tengok, tapi lepas review ada pro dan contra, cam tak bersemangat pula sebab si umar ni baru 2 tahun setengah.

Movie upin ipin ni bukan sepenuhnya animasi dua watak kegemaran kanak2 ni muncul setiap masa. Upin Ipin hanya muncul bila Aqish perlukan. Tapi jumaat lepas, masa cek subscription channel astro di web ada reward point 1900 tu yang redeem Movie Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni. Tak sangka pula umar minat sangat sampai ulang tengok beberapa kali. Siap tiru gaya upin ipin…jeng, jeng, jeng…. ^_^

Saya selalu juga cek subscription di web dan tengok bil astro. Tapi terkejut juga bila cek subscription ada channel baru included. Apa hal ni…hmmm…bil dah berubah jadi RM130++. Tak tahu la macam mana boleh jadi macam tu, malas nak telefon astro, jadi untick semula je la chanel yg tak berkaitan tu. Nak terminate astro tapi mil suka layan gusti. Nak pasang android box, dia mana la pandai benda canggih manggih ni, yang dia tahu Astro je. Jadi teruskan je langgan dan setia dengan Astro walaupun semakin lama bil semakin naik. Redho.

Tapi, keseluruhan memang best cerita Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni. Suka tengok kemunculan Upin Ipin di saat aqish perlukan teman. Umar dan kak una pun tak sabar tunggu upin ipin keluar. Sampaikan dah tahu bila saat upin ipin nak keluar tu, dorang masing2 sebut…jeng…jeng…jeng…(^__~)

Cempedak Goreng Awesome

Dah berbulan kak ira request nak makan cempedak goreng. Ummi malas nak buat dan selalu pergi gerai goreng pisang pun, dah tak de jual lagi cempedak goreng.

Jumaat lepas minta tolong juga abah dorang belikan cempedak sebiji. Kesian pula hari2 ulang yang sama…”ummi…kakak nak makan cempedak goring, sedappppp”

Akhirnya abah pun beli la sebiji yang kecik, ummi guna tepung goreng serbaguna aje. Mak aii..punya la suka kakak ira, senyum meleret…siap cakap, “ummi, sedap la cempedak goreng ni, kakak suka sangatttt”

Alahai anak, ummi dengar rasa sayu je hati, gembira pun nyer…seorang ibu bila dapat penuhi apa yang diinginkan anak dan anak suka sangat…rasa sangat, sangat, sangat gembira…kan

Image Google, tak sempat nak snap ... hehhee
Image Google, tak sempat nak snap … hehhee

Continue reading “Cempedak Goreng Awesome”

Ayam Goreng Upin Ipin

Malam2 ahmad minta makanan….petang tadi dah makan roti, jam 9 malam lapar lagi…..siap kata ‘camne ahmad nak buat keje sekolah kalau perut ahmad bunyi’…. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]….kebetulan ada 3 ketul peha ayam dalam freezer, boleh la buat ayam goreng ala upin ipin…..

Ahmad tak kisah sangat…janji ayam..dan bila makan tak de rasa bawang atau rempah yang kuat

Resepi ummi senang je…salut ayam dengan garam dan serbuk kari….tak de dah nak perap2….lambat….celup dalam telur dan salut dengan bancuhan tepung jagung, tepung gandum dan soda bikarbonat serta sedikit garam.


PhotoGrid_1455685244446

Bancuhan tepung ni memang sentiasa ada….dah buat banyak simpan dalam tupperware

Goreng garing…tak guna airfryer pun kali ni….takur airfryer kotor….hihihihi

Dah masak sejukkan bawah kipas sebab dah lapar sangat dah….dah macam tak makan sehari

Dalam sehari wajib ada menu ayam….sesekali buat ayam bakar madu je

Biasa ada juga stock ayam salut tepung ala kfc ni dalam peti….tapi dah habis…stok ayam pula dah tinggal 3 ketul

Alhamdulilah….licin 3 ketul ayam upin ipin…boleh la buat kerja sekolah….siap kerja sekolah….tak sampai 5 minit….dah lena….

Itula my Ahmad…. [wp-svg-icons icon=”heart-2″ wrap=”i”]

Robocar Poli

Walaupun dah beberapa lama, demam robocar poli masih belum reda… ramai ibu bapa begitu teruja untuk membeli set robocar poli sebagai hadiah hari jadi untuk anak-anak.

Maunya tak teruja…. mereka ni dah la cute, comel pula tu… hehehhe

p-4891813831587-16778-3-robocar-poli-vehicules-transformables-63305-zoom

 

Robocar poli mata buta ni pula khas untuk baby umar….yang complete pun nanti tak jadi complete bila umar main…hari pertama kaki dah tercabut….hahhaha

Continue reading “Robocar Poli”

Bayi 9 Bulan Diberi Susu Masam

Bila bayi 9 bulan diberi susu masam oleh si ibu, dia tidak menunjukkan sebarang reaksi yang membantah, tapi diteruskan minum sehingga kenyang dan alhamdulillah membesar dengan sihat.

Alkisahnya bila ibu sapu air garam pekat sekeliling breat untuk menghentikan sesi penyusuan atau cerai susu si kakak. Kak Una dan pun 2 tahun 7 bulan dan adik pula kuat menyusu, jadi dah tiba masa untuk cerai susu kakak dan bagi tumpuan untuk si adik umar pula. Bila kakak rasa susu ibu lain, dia katakan yang susu ibu masam dan marah ibu kenapa bagi susu masam kat adik kesayangan dia…. Sarcastic smile

Petua Cerai Susu Badan

Una : Ummi, bakpe bagi susu masam ke adik umar, cian adik minum susu masam….eeeeiiiiii…….ummi dok payoh la bagi susu masam ke adik

Ummi : Adik minum susu dok masam pun sebab adik kecik lagi tak dok gigi, una besar doh, ada gigi comel banyok pulok…sebab tu susu ummi jadi masam….. Winking smile

Una : oooo…. umar kecik lagi ork…. tak dok gigi…una ade gigi doh…gigi una comel….Red heart

cerai susu

Jadual Mingguan Solat

Setelah jadi suri rumah semula ni…anak-anak pula dah bersekolah…dalam fikiran macam-macam aktiviti nak diserapkan.

Salah tahu adalah mewujudkan sistem point dan bintang…setiap bintang mewakili 10point…cukup point jom kita ke Legoland… ^_^

carta mingguan solat

Banyak kosong…permulaan yang bagus…masing-masing bersemangat kumpul bintang…yang kosong tu akan diperbaiki minggu berikutnya.

Bila Husna Membaca Soft Book for Baby

Husna Humaira yg comel ni memang lambat sikit perkembangan dibandingkan dengan kakak & abang…perkembangan setiap anak berbeza kan…apapun bersyukur kerana anak2 diberikan kesihatan yang baik…alhamdulillah

Satu je sikap husna berbeza dengan kakak & abang…dia lebih suka membaca dari bermain dengan alat permainan….kalau main pun sekejap je…

husna humaira

Kalau abang & kakak buat kerja sekolah atau membaca….dia dengan rajinnya pergi ambil koleksi Soft Book dan suruh ummi sebut setiap benda yang ada dalam gambar…kebanyakan gambar2 dalam soft book husna dah kenal….sesekali saje je ummi nak test…bila husna tunjuk gambar kucing ummi jawab singa…dia marah dengan buat macam2 bunyi…almaklumla kan budak belum boleh bercakap…

Kalau gambar ayam, dia boleh je sebut….suka sangat dengan ayam…. 🙂 Continue reading “Bila Husna Membaca Soft Book for Baby”

Jurugambar Termuda di Kemaman

Selepas seharian berlatih jalan kaki seribu langkah…akhirnya terkulai layu ditepi tilam….penat sangat ler tu…perut pun dah kenyang makan nasi berlaukkan gulai kari ikan tenggiri dan menyusu dengan susu yang paling berkhasiat di dunia…..

image

Bila tengok adik dah tidur…kakak apa lagi…ada la projek yang nak dibuat….tengok ler….kesian adik comel itu…hik3

Cita2 nak jadi jurugambar kan….kena la belajar dari sekarang…hehehe

image

Usaha berterusan akan membuahkan hasil yang berbaloi2….sehari sebelumnya masih lagi pegang lesen L…tp semalam 1 Sept 2013 dengan rasminyer Sy Husna Humaira dah berjaya dapat Lesen P….ummi dan abah berminggu2 baru dapat Lesen P…si kecil sehari je….bijak2…. ^_^

Budak2 kan…tak kenal erti putus asa….bila jatuh, bangun lagi…entah berapa kali jatuh dah…tapi tetap juga berusaha untuk berjalan…

Kita sebagai orang dewasa ni…jangan mudah putus asa…jatuh sekali dua tidak semestinya akan jatuh lagi…kalau pun jatuh tersungkur…semestinya sudah ada perancangan dari pengalaman yang lalu untuk bangkit dan Insya Allah akan lebih berjaya dari sebelumnya…. 😉

Di Suatu Hari Di Pagi Hari

Dialog Ummi+Anak di pagi Ahad

Macam biasa setiap pagi hari bekerja sya akan siapkan 5 botol susu utk husna bekalan sepanjang tinggal dengan BS nanti…sya akan keluarkan EBM dalam peti dan masukkan 3oz setiap botol…

Ahmad : ummi nak pergi kerja ke?

Ummi : ye la…kan ummi dah cuti 3 hari (khamis, jumaat dan sabtu)

Ahmad : ala…ummi tak payah la pergi kerja…ahmad suka ummi ada kat rumah…ahmad sayang ummi

Ummi : tak boleh la comel, hari ni ummi dah kena pergi kerja

Ahmad : ummi tak payahla bawa adik husna yea…

Ummi : kalau tinggal kat rumah nanti husna siapa nak jaga?

Continue reading “Di Suatu Hari Di Pagi Hari”