5 Perkara Penting Yang Harus Dibaiki Sebelum Pergi Bercuti

Adakah anda mempunyai perancangan untuk pergi bercuti?

Saya sangat suka melancong. Tetapi setiap kali saya perlu tinggalkan rumah untuk tempoh yang lama, saya akan mula rasa risau. Macam mana kalau rumah saya dimasuki pencuri? Macam mana kalau tiba-tiba paip bocor?

Bercuti adalah masa untuk anda relaks dan anda tidak sepatutnya perlu merasa risau tentang keadaan rumah anda. Jadi, sebelum meninggalkan rumah anda untuk pergi bercuti, anda perlu memastikan semua perkara berada dalam keadaan terkawal. Ini adalah supaya apabila anda pulang dari bercuti, rumah anda adalah sama seperti biasa tanpa sebarang kejutan yang menakutkan.

Sebelum pergi bercuti, lihat beberapa perkara yang anda boleh baiki di rumah anda.

 

Lakukan pemeriksaan keselamatan

Anda tentu tidak mahu rumah anda dipecah masuk oleh perompak bukan? Jangan tinggalkan rumah anda sebelum memastikan semua pintu dan tingkap di rumah anda berfungsi dengan baik.

Lakukan pemeriksaan keselamatan pada semua kekisi atau ‘grille’, pintu dan tingkap, untuk pastikan tiada bahagian yang berkarat, tombol yang longgar atau kayu yang hampir reput yang boleh menyebabkan pencuri masuk dengan senang. Pemeriksaan ini haruslah dilakukan beberapa minggu sebelum anda pergi bercuti agar anda mempunyai masa untuk hubungi tukang baiki atau ‘handyman’ untuk baiki segala kerosakan itu.

 

Cegah kerosakan berkaitan air

Tiada siapa yang mahu lihat rumah mereka dibanjiri air. Periksa semua paip air dan jika ada sebarang tanda kebocoran, dapatkan khidmat tukang paip untuk baiki atau tukar paip yang bocor itu. Kos untuk pemeriksaan berkala semestinya lebih murah dah jimat berbanding kerosakan pada perabot dan peralatan elektrikal yang berpunca dari air.

 

Baiki penutup laluan air

unity_pest_control_007

Gambar oleh  Unity Pest Control

Sementara kita sibuk menangani masalah serangga perosak seperti lipas dan anai-anai, pembiakan tikus sebenarnya adalah masalah yang lebih besar.  Cegah tikus dan binatang kecil lain dari memasuki rumah anda dengan membaiki penutup laluan air yang tidak kemas, gantikan pintu yang mempunyai bahagian bawah yang sudah reput dan jubin yang telah pecah dengan yang baru.

 

Cegah kebocoran semasa hujan

shutterstock_112413761

Semasa hujan, perhatikan jika terdapat bunyi air menitik di dalam rumah anda. Jika ada, itu menunjukkan terdapat kebocoran pada bumbung rumah anda dan ianya mesti dibaiki sebelum anda pergi bercuti. Jika tidak diselesaikan dengan segera, air yang menitis itu akan merosakkan siling dan cat pada dinding anda.

Selain itu, air hujan juga boleh masuk melalui tingkap yang tidak ditutup rapat. Jika anda mempunyai tingkap berbingkai atau ‘sliding door’ di balkoni, dapatkan perkhidmatan tukang baiki atau ‘handyman’ untuk melakukan pemeriksaan sama ada air boleh menitis masuk melalui tingkap dan minitis di bahagian dalam rumah anda, atau tidak.

 

Elakkan kebakaran

Untuk mengelakkan dari berlakunya kebakaran elektrikal, pastikan semua suis peralatan elektrik dimatikan sebelum anda keluar rumah. Walau bagaimanapun, suis peti sejuk dan lampu di halaman rumah mesti dihidupkan. Lakukan pemeriksaan elektrikal dengan menekan butang ‘Reset’ pada kotak fius untuk memastikan yang ia akan memotong tenaga elektrik jika berlaku masalah ‘overload’. Perhatikan juga jika terdapat wayar elektrik yang terdedah atau berbulu serta peralatan elektrik yang sudah berhabuk yang boleh menyebabkan ia terlalu panas dan menjadi punca kebakaran. Dapatkan perkhidmatan daripada juru elektrik yang disyorkan untuk melakukan pemeriksaan lengkap di rumah anda.

Selamat bercuti!

Tidak kira sama ada anda akan pergi bercuti untuk beberapa hari atau beberapa minggu, luangkan masa untuk lakukan perkara-perkara yang terdapat dalam senarai semak di atas.

Jika anda perlukan perkhidmatan profesional untuk baiki kerosakan di rumah anda, dapatkan cadangan dari RecomN.com. Mereka mempunyai beratus-ratus tukang baiki, ‘handyman’ dan kontraktor yang sangat berpengalaman untuk baiki dan tingkatkan keselamatan rumah anda.

Shop Fashion Online

Dulu-dulu kan, kalau nak beli baju ke, kasut ke, aksesori ke, beg ke, apa2 je la, kena la jalan2 pergi Bandar atau pekan…kena pula musim hujan macam sekarang ni…alahai…tak berapa nak seronok shopping kan… kini segalanya sudah berubah bila ada Shop Fashion Online

Lagi-lagi ibu yang ada anak2 kecil seperti saya….susah nak keluar shopping pilih baju, kasut dan macam2 untuk diri sendiri…biasa shopping baju anak2 je…ummi dan abah biarkan dulu…anak2 diutamakan… kini segalanya sudah berubah bila ada Shop Fashion Online

online_shopping

Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin moden kita semua boleh dapatkan koleksi fashion terbaru Malaysia hanya melalui atas talian, seronok kan. Di alam maya terdapat banyak website online shopping Malaysia yang boleh dilayari untuk membeli-belah secara online… klik2…tunggu je barang sampai depan pintu…

Macam iklan Zalora kat TV tu ler…lagipun sekarang ni ramai suri rumah buat part time biz, lagi la suka shopping online….

Betapa bertuahnya kita sekarang kan….dunia teknologi yang sangat membantu ibu2 macam saya ni untuk shopping apa2 aje yang diperlukan… semuanya dihujung jari…. ^_^

Continue reading “Shop Fashion Online”

Project ‘+’ Philips

Philips sedang menganjurkan sebuah kempen online iaitu Project ‘+’ di seluruh Asia. Philips menjemput anda untuk mengikuti kempen ini dan menyuarakan pendapat anda tentang cara- cara bagaimana untuk mengaplikasikan kehidupan yang mesra dan serba sihat dalam tahun 2013. Jadilah sebahagian daripada komuniti yang sihat di Asia dan menangilah hadiah- hadiah istemewa dari Philips. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di bawah:

image002 (1)

Continue reading “Project ‘+’ Philips”