Tudung kanak-kanak


3 Cara Lembut Untuk Cerai Susu Badan, Di Jamin Berkesan

Assalamualaikum dan salam penyusuan untuk semua. Terima kasih sudi datang sini. Kali ini k sya nak kongsi cara lembut cerai susu badan dengan berkesan untuk anak yang dah lepasi tempoh penyusuan selama 2 tahun.

Anak-anak k sya semua cerai susu lambat. Sebab k sya tak sanggup dan sangat sukakan setiap sesi penyusuan.

Anak sulung cerai susu atau wean off umur 7 bulan sebab k sya pregnant kak ira. Masa tu ilmu penyusuan cetek je tu yang awal dah bagi susu formula. Anak pun lebih suka susu formula. Namun kak ira dan kak una cerai susu badan umur 4 tahun lebih. Kiranya bila masuk tadika baru cerai susu sepenuhnya. K sya tak de la letak asam jawa ke, kunyit ke, apa2 je la di cik b. Kak ira faham sebab tengok umminyer sakit je tiap kali sesi menyusu. Nak buat camne sebab ummi tengah mengandung.

Tapi kak una teruskan sampai ummi nak bersalin. Sebab walaupun sakit tapi tak de sakit mana. Cuma sesi penyusuan kurang daripada biasa. Menyusu masa nak tidur je tak pun dikala mood tak elok, kena sawan tangis.

Kak una teruskan menyusu dengan adik umar sehingga la masuk sekolah tadika. Then k sya mula pujuk kak una, cakap budak sekolah dah tak elok menyusu. Hari2 pujuk, akhirnya dia faham dan dah tak nak menyusu lagi.

Cuma sesekali dia datang gosok masa adik umar menyusu, katanya una rindu. ☺

Adik umar decide nak wean off awal. Sebab umar ni aktif yang amat. Masa menyusu macam-macam posisi dia buat kadang2 buatkan kita terjerit kesakitan. K sya pun dah nak rehat selepas 10 tahun tak rehat dari menyusu. Lama kan, 10 tahun proses menyusu bersambung2.

Ni antara tips yang k sya buat untuk cerai susu badan masa umar umur 2 tahun 5 bulan. Sekarang umar dah nak masuk 4 tahun.

.

Hadkan tempoh menyusu

Setiap kali sesi menyusu, selalu cerita benda yang umar suka dengar. Dan cuba tukar topik yang menarik supaya umar akan stop menyusu. Biasanya proses menyusu berjalan hanya 10 saat sahaja.

K sya selalu sediakan minuman dan makanan yang umar suka. Tak pun buat terkejut ternampak atau terdengar sesuatu di luar rumah. Umar akan stop menyusu dan cepat-cepat keluar nak tengok apa yang berlaku. Biasanya akan nampak kelibat angsa, takpun tupai, sesekali lori besar berhenti depan kedai runcit.

Dan seterusnya ajak umar main kejar2 dan makan aiskrim (seeloknya aiskrim homemade yea) untuk bagi umar lupa sesi menyusu tadi.

Selepas beberapa lama, tempoh menyusu setiap hari kurang dari 5 sesi. Proses untuk pisah susu badan dah mula nampak cerah.

.

Ambil masa untuk cerai susu badan sepenuhnya

Cerai susu badan serta merta akan menyebabkan mummy alami bengkak susu. Kadang2 terpaksa ambil ubat untuk ubati bengkak susu.

K sya suka proses pisah susu badan ambil masa step by step. Jadi tak de la mengejut tetiba nak stop. Anak pun tetiba terkejut. Semalam menyusu 7 sesi, hari ini tetiba langsung tak boleh.

Bila mummy ambil masa untuk bercerai susu badan, mummy tak kan alami bengkak susu sebab proses peghasilan susu ibu akan slowly down disebabkan kurang permintaan dari hari ke hari.

Hmmm…nak bagitau berapa lama ambil masa pun tak tahu. Sebab tak de la pula catit dan memori k sya ni ada masalah sket. 😜 Tapi rasanya sejak 3/4 bulan sebelum tu la kot.

Masuk hari ke 4 umar berjaya cerai susu badan, k sya pun tak de alami bengkak susu. Walaupun susu masih lagi ada, namun tidak banyak.

Kilang susu pun dah faham yang badan tidak lagi perlukan susu, jadi kilang pun dah kurangkan supply susu ibu.

.

Alfalfa

Bila sesi menyusu hanya disebelah malam sahaja dan sesekali di siang hari, k sya decide nak cerai susu badan sepenuhnya. Kadang2 seharian umar tak minta nak menyusu.

K sya mulakan sapu alfalfa. Alfalfa rendam dalam sedikit air nak bagi hancur dan sapu di cik b. Bila nampak dah kotor macam kena lumut. 😅

cerai susu badan dengan alfalfa

Umar tengok terus tak nak, dia cakap susu ummi kotor. Dan akan minta air yang dia suka selama ni. Yang ummi sentiasa sediakan sejak 3/4 bulan lepas. Dia sukakan air oren, sirap dan vico. Ummi buat secara bergilir2. Namun air masak jadi keutamaan.

K sya memang ajar anak-anak minum air masak. 4 orang anak k sya semua suka minum air masak. Setiap hari memang kena sediakan dekat 10 liter air masak.

Nasib baik kitaorang guna penapis air Elken. Jadi tak de la nak kena masak air masak setiap masa. Malam2 kerja adalah tadah air masuk botol.

Mummy yang dalam proses nak cerai susu badan, kalau tak nak bengkak susu boleh mulakan pujuk baby 3-6 bulan sebelum mummy nak cerai susu badan. Tapi kalau mummy buat dalam masa sebulan pun dak ok. Nanti mummy tak de la rasa sangat sedih bila baby dah cerai susu sepenuhnya. ☺☺

.

Breastfeeding is LOVE.
Spread your LOVE and the rest will work itself out.
😍😍😍

Comments

  1. thanx for tips, kaksya.

    nis anak dah 8 ni pun kadang takde idea camne nak wean off. ni tgh nak wean off second last, Nawfal sebab dah lebih 2tahun pun. banyak kali cubaan tapi still tak berjaya especially belah malam. siang boleh lagi dia minum susu formula. alhamdulillah tu pun makan masa juga nak pujuk, kasi jinak
    Ummi Hanie a.k.a. Nis Azmier recently posted..Sutra Manjakani Feminine Wash, ejen dropship diperlukanMy Profile

  2. […] Entri ni adalah kesinambungan dari entri sebelum ni. Boleh baca di sini –> Cara Lembut Cerai Susu Badan. Ummi pisah susu badan sepenuhnya siang dan malam pada hari ke5. Harap berterusan, bukannya apa […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge