Tudung kanak-kanak


Kebaikan Humidier

Aktiviti setiap hari adalah isi air dalam tank humidifier. Ada la juga bila mood malas tu ignore je aktiviti isi air ni. Hehehe

Salah satu kebaikan guna humidifier ni kan, udara dalam rumah bersih dan sangat bagus kalau anak2 yang ada masalah asma.

Udara dalam rumah yang sentiasa tertutup dan pasang aircond ni buatkan kulit kita kering. Jadi untuk lembabkan kulit, kena la pastikan udara sekeliling lembab. Satu cara adalah dengan menggunakan humidifier.

Humidifier ni ada macam2 jenis dari harga serendah RM30 sehingga mencecah ratusan ringgit. Ikut budget masing2.

Pastikan beli humidifier yang ada capacity water tank yang besar. Jadi tak perlu nak isi air selalu. K sya guna yang boleh guna antara 3-4 liter. Jadi, setiap isian boleh bertahan sehingga 24 jam atau lebih dengan syarat guna level yang minimum.

Biasa kalau anak2 nampak ada tanda2 tidak sihat seperti batuk atau selsema, kak sya akan guna level yang lebih tinggi. Alhamdulillah, anak2 bagi tindak balas yang positif. Kalau batuk, batuk tidak makin teruk, bertahan dan makin baik. Biasa ambil masa 4-5 hari juga untuk baik sepenuhnya tanpa perlu makan ubat.

Tapi, kena la pastikan pasang humidifier ni dalam level yang tinggi bila nampak ada tanda nak demam/batuk/selsema. Kalau demam dah capai suhu tinggi atau batuk yang makin teruk lebih 3 hari kena la guna alternative yang lain. Humidifier guna level yang paling tinggi dengan Essenial Oil yang bersesuaian.

Apapun, kita hanya mampu berusaha sebaik mungkin yang menentukan segala-galanya adalah Allah swt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge