Tudung kanak-kanak


Bahaya Humidifier

Bahaya Humidifier | Assalamualaikum. Kali ini k sya nak share sedikit info mengenai humidifier atau diffuser. Humidifier ini sangat bagus digunakan dalam rumah yang sentiasa tertutup dan selalu pasang aircond. Tapi anda semua juga perlu ambil tahu tentang bahaya humidifier.

Humidifier bagus tapi tetap bahaya dalam system pengudaraan sekiranya selalu bertukar essential oil. Alkisahnya, k sya bawa humidifier ke pejabat sebab udara dalam pejabat kering maklumla kan mana ada tingkap untuk udara luar masuk. Kulit pun makin kering terutama bibir. K sya tak suka pakai lipstick atau lipbalm, duduk pula dalam aircond dari jam 8 pagi hingga 5 petang memang sangat menyakitkan. Tapi sekarang kena paksa diri pakai lipbalm sebab makin teruk. Apapun, selepas setiap hari pasang humidifer ni dalam bilik pejabat bibir makin ok. Alhamdulillah. 🙂

K sya bawa satu ke pejabat, sebabkan humidifier ada lebih satu di rumah. Kawan sepejabat pula berminat sama nak letak di rumah. Jadi kami pun shopping humidifier di Shopee. Awalnya k sya letak essential oil sutra, kemudian letak essential oil yang dapat percuma bila beli humidifier. Ada kot dalam 4 jenis titis.

Kesudahannya, bau jadi amat memeritkan. Menusuk dalam hidung dan sebab kan kepala berpusing2…hahaha. Terpaksa la off dan basuh bersih2. Rehatkan seharian, esok baru pasang balik tapi tanpa essential oil. Namun, bau tetap ada cuma tak de la kuat sangat. Selepas 2 hari baru bau hilang sepenuhnya.

humidifier

Essential oil yang dapat percuma untuk setiap belian sesetengan humidifier sebaiknya tidak perlu guna. Sebab bau memang tidak menyenangkan. Sebaiknya dapatkan Sutra Pure Essential Oil dari agent yang sah seperti puan nisa. K sya pun sejak dari dulu selalu order dengan puan nisa. Service yang sangat bagus, recommended.

K sya guna Lavender dalam bilik anak2.

Apa yang bagus tentang Sutra Essential Oil ni kan, bau yang tahan lama dan bagus untuk kesihatan sekeluarga. Awalnya anak2 tak suka juga dengan bau sebab bau macam dalam bilik terapi kan. Tapi lama2 dorang dah boleh terima. Sekarang ni memang wajib pasang setiap malam.

Alhamdulillah, walau anak2 demam/batuk/selsema mereka cepat recover.

 

 

 

 

Tip sebelum beli humidifier.

  1. 1.       Cari yang boleh auto off bila air dalam tank dah hampir kering.
  2. 2.      Dapatkan tank capacity yang besar, sekurangnya 3 liter ke atas.
  3. 3.     Design juga main peranan penting, boleh jadikan hiasan juga kalau letak diruang tamu.
  4. 4.   Pastikan di rumah telah tersedia air tapis. Humidifier tidak digalakkan guna air paip biasa sebab motor akan cepat rosak.

Ingin dapatkan humidifier dengan harga mampu milik? Intai2 la shopee yea.

Nak dapatkan Sutra Essential Oil, sila hubungi puan nisa @Anissa Resources 018-4027399.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge