Tudung kanak-kanak


Bahaya ‘Microsleep’ Yang Patut Anda Ambil Tahu

Assalamualaikum. Pejam celik, pejam celik dah lebih 1 minggu arwah tok ummi meninggalkan kami. Semoga arwah tenang di alam sana dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amiinn.

Sejak k sya kerja ni, aktiviti blog dah semakin suram. Maklum la kerja makin banyak, masa terhad. Dengan keadaan yang tidak mengizinkan, terpaksa lupakan aktviti blog untuk sementara waktu.

Alhamdulillah, sekarang ni keadaan makin pulih. Dah boleh cari masa untuk berkongsi idea dan informasi dengan semua.

Kali ini tak ada idea nak tulis panjang lebar. Cuma kalau bawa kereta di jalan raya, sila la berhati-hati. Pesan untuk semua dan diri sendiri juga. Sebab pernah keluar simpang dan hampir2 kemalangan. Huhuhu….kesilapan diri sendiri sebab tidak berhati2. Subhanallah, Allah masih lindungi dari kejadian yang tidak diingini.

Naik je kenderaan, sama2 la kita baca doa naik kenderaan dan baca Al-Fatihah serta berdoa semoga Allah lindungi sepanjang perjalanan pergi dan balik. Amiinn.

Kalau mengantuk, dipersilakan berehat sebentar di mana2 tempat yang sesuai untuk elakkan kita tidur dalam keadaan sedar. Walaupun mata terbuka tapi sebabkan otak terlalu penat, kita akan tertidur tanpa sedar. Keadaan ini sangat bahaya dan membahayakan diri sendiri, keluarga dan orang lain.

Sama2 la kita berhati-hati dalam setiap apa yang kita lakukan. Jom usaha sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua.

microsleep

Sedikit perkongsian bahaya Microsleep dari Dr Taufiq Razif

Insaf kejap bila teringat balik peristiwa hampir terbabas semalam.

Padahal masa tu yakin je boleh lawan rasa mengantuk tapi bila memandu dalam keadaan jalan yang lurus di Lebuhraya Pantai Timur 2 ( LPT 2 ) memang boleh membuatkan otak ‘shut down’ sekejap dan terjadi la microsleep yang boleh membunuh!

Masa microsleep tu otak ‘shut down’ kejap je. Dalam 10-30 saat je tapi dengan kelajuan kereta 100km/jam memang boleh membawa maut. Masa nak terjadi microsleep tu :

– tiba-tiba fikiran menerawang

– kita tahu kita mengantuk tapi kita cuba lawan

– kita sebenarnya boleh rasa fokus kita makin lari

– last sekali sebelum kemalangan kita boleh rasa kenderaan kita dah terhoyong hayang

Nasib baik semalam isteri saya perasan yang saya mengalami microsleep. Mungkin sebab kereta dah terhuyung hayang sedikit dan mungkin dia perasan mata saya dah sedikit tertutup. Cepat-cepat dia tegur saya dan usap di belakang leher saya.

Ya Tuhan! Saya tersedar! Dan sempat kontrol balik stereng kereta walaupun masa tu kereta hampir masuk ke laluan kecemasan. Saya tak tahu apa yang akan terjadi kalau saya tak terbangun daripada microsleep saya semalam. Mungkin saya akan macrosleep selama lamanya di lebuhraya tersebut bersama anak dan isteri saya. Nauzubillah!

Sebab tu saya nak pesan kat korang semua :

+ kalau mengantuk, tolong berhenti. Jangan rasa kebal daripada microsleep. Microsleep ni di luar kawalan kita ( involuntary ). Bila-bila masa je otak kita akan ‘shut down’ tanpa kita sedar

+ kalau tak jumpa tempat berhenti walaupun dah mengantuk sangat tolong kejutkan orang kat sebelah. Ajak menyembang ataupun mintak bantuan dia picit di bahagian belakang tengkuk.

+ Kalau pasangan boleh memandu tak salah pun mintak si dia tolong gantikan kita memandu kejap. Tak jatuh pun ego lelaki bila perempuan yang pandu. hehe

+ kalau ada kopi atau minuman berkafein boleh minum tapi sebaiknya berhenti la dan tidur la kejap kat RnR tu. Tak perlu lama pun. Cukup 5 atau 10 minit je untuk rehatkan otak.

Tolong ingatkan keluarga yang lain juga ye terutamanya yang nak balik beraya di kampung kali ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge