Tudung kanak-kanak


Resepi Kek Karamel Pelangi Step by Step

Assalamualaikum. Lamanya k sya menghilang. Tak sempat update blog sebab sibuk masak kek karamel pelangi je. Walau sebelum ni dah ada k sya share resepi, tapi masih ada yang rasa susah nak buat. Jadi, kali ini k sya olah sekali lagi Resepi Kek Karamel Pelangi Step by Step versi mudah faham. Rasanya kalau ikut betul2, Insya Allah hasilnya tidak mengecewakan.

Versi kali ni penuh gambar yea. Video akan menyusul kemudian. Internet problem sejak dua menjak ni. Asal nak upload video mesti tak lepas. Jadi, bagi yang menunggu video harap bersabar.

Jom tengok Resepi Kek Karamel Pelangi Step by Step di bawah. Nampak banyak step, tapi sebenarnya senang je. Resepi ni kak sya copy paste je dari page kak sya sebab malas pula nak olah ayat lain. Kalau sudi, sila la yea like page Resepi Kek Karamel Pelangi by Syamila Sweet Bakery.  😍😍

.

RKKP = Resepi Kek Karamel Pelangi

STEP 1

Asingkan sesiap 8 biji telur gred A ke dalam 3 bekas

Bekas A : 6 biji putih telur untuk meringue 
Bekas B : 3 biji kuning telur untuk kek span
Bekas C : 3 biji kuning telur + 3 biji telur untuk karamel

RKKP guna 2 bowl dan 1 tupperware sebab senang. Tak payah tukar bowl lepas pukul telur putih. Sebab nanti nak pukul berkrim telur untuk kek span.

RKKP guna stand mixer, kalau korang guna hand mixer tak kisah guna bekas pape pun. 😊

resepi kek karamel pelangi

 

STEP 2

Masukkan 2 sudu besar gula kastor, masak guna api perlahan sampai guna hancur dan bewarna perang.

Golekkan loyang bagi gula seia sekata kesemua bahagian loyang.

resepi kek karamel pelangi

 

STEP 3 (Puding Karamel)

Ambil Bekas C (3 biji kuning telur + 2 biji telur) tadi, masukkan 100gm gula + 1 sudu kecil esen vanila. Kacau sebati guna whisk. Kemudian tuang 1 tin susu cair. Kacau perlahan sampai gula hancur. Tapis ke dalam loyang karamel tadi.

Nanti korang akan bunyi macam kaca pecah. Tak payah risau. Itu tanda karamel korang menjadi. 😉
.
👉🏻 Nota: kalau sukakan puding yang manis, sila masukkan 140gm gula.

resepi kek karamel pelangi

 

STEP 4 (Meringue)

Ambil Bekas A (bowl 6 biji putih telur), putar dengan kelajuan tinggi sehingga berbuih. Masukkan 40gm gula dan putar sehingga buih2 berlalu pergi ditepi bowl.

Meringue perfect bila terbalikkan bowl, adunan tidak jatuh.
.
👉🏻 Nota 1: Cream of tar tar tidak diperlukan sekiranya guna telur baru. Masukkan 1 sudu kecil sekiranya perlu.
.
👉🏻 Nota 2: kalau sukakan kek yang manis, sila masukkan 70gm gula.

 

STEP 5

Ambil Bekas B (3 biji kuning telur), masukkan 50ml minyak jagung/masak + 140ml air suam. Putar dengan kelajuan tinggi sehingga buih halus muncul.

Kemudian masukkan 40gm gula dan pukul lagi sehingga berkrim.
.
👉🏻 Nota : kalau sukakan kek yang manis, sila masukkan 70gm gula. 

 

STEP 6

Panaskan oven 160’c api atas bawah dengan tray berisi air.

Timbang gandum 140gm dan ayak dengan 1 sudu kecil Baking Powder. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam Bekas B tadi. Jangan masuk sekaligus nanti adunan berketul.

Kemudian masukkan separuh meringue (adunan dalam Bekas A). Kacau secara kaup balik guna senduk biar bercampur..

Masukkan selebihnya dan kaup balik sehingga seia sekata.

 

STEP 7

Asingkan kepada 3 bekas (kalau nak buat 3 warna). Titiskan beberapa titik pewarna (dapatkan yang halal) ke dalam setiap bekas. Kaup balik bagi rata.

Sendukkan 2 sudu adunan setiap warna kedalam loyang puding karamel tadi. Buat berselang seli sehingga habis.

Masukkan dalam oven suhu 160’c (api atas bawah) yang telah dipanaskan 10-15 minit dengan dulang berisi air tadi. Bakar selama 1 jam guna api bawah sahaja (guna cara Water Bath).

Tambah masa 10 minit lagi, kali ini guna api atas bawah untuk keringkan permukaan kek.

Bila kek dah masak, biarkan dalam oven sehingga tepi kek merekah. Pastikan pintu oven dibuka sedikit. KRRP sendal guna senduk kayu je. 😅

Sejukkan kek sepenuhnya atau separa sejuk. Lorekkan tepi kek dengan pisau sebelum terbalikkan kek.

Sejukkan dalam peti semalaman. Kek Karamel Pelangi sedap dimakan sejuk.

Selamat Mencuba.

 

 

 

Comments

  1. Ummi Hanie says:

    rajinnya kaksya…

    takpe satu hari nnti hanie akan cuba step by step, tak rasa susah bila dah cuba kan…

    skrg tgh ngidam nak buat kek sarang semut dulu
    Ummi Hanie recently posted..5 Cara Untuk Menjadikan Rumah Anda Bertema MinimalisMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge