Tudung kanak-kanak


Jom ke Booth Traveloka di KL2017

Jom ke Booth Traveloka di KL2017 | Sejak Kuala Lumpur 2017 Sukan Sea ke-29 berlangsung, baru semalam k sya tengok. Bukan tak sokong pasukan Malaysia, tapi seyes tak de masa nak duduk bertapa depan tv. Ada je kerja yang perlu dibereskan. Walau di dapur pun ada tv juga, tapi kalau dah buat kerja tu kan memang tak ambil tahu langsung apa yang berlaku. Pasang tv untuk elakkan suasana sunyi sepi. Sudahnya tv yang tengok k sya tengah buat kerja… 😍 😍

Kalau perasan sebelum ni k sya ada post pasal Traveloka dalam entri SINI. Tak sangka rupanya Traveloka merupakan salah satu sponsor dalam KL2017 kali ini. Kalau korang rasa nak melancong dalam Negara atau luar Negara, tak pun nak pergi tengok acara sukan di KL2017 ni kan memang elok sangat korang survey hotel dan penerbangan di Traveloka. Nak tahu kenapa? Sebab Traveloka menyediakan pelbagai promosi yang menarik sepanjang Sukan Sea ke 29 berlangsung. Rugi siapa yang tak nak ambil peluang ni tau.

Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah jenama Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos 2017 sementara Sukan Para ASEAN pula akan diadakan dari 17 hingga 23 September 2017

.

Promosi Menarik dari Traveloka

Promosi menarik dan service yang super tip top dari Traveloka kerana Traveloka merupakan official online travel partner for KL2017. Kalau nak tahu sepanjang Ogos 2017 ni, Traveloka menyediakan promosi diskaun sehingga 40% untuk hotel dan penerbangan di laman web rasmi Traveloka. Wahhh…menarik tu. 😍 😍

Untuk penginapan hotel, Traveloka menawarkan diskaun sehingga 56% tau. Bayangkan hari biasa korang kena bayar RM253.00 untuk 1 hari 1 malam. Tapi sepanjang Ogos 2017 ni, korang hanya perlu bayar RM111 sahaja. Jimat banyak tu. Dengan keadaan ekonomi sekarang ni kan, rugi sangat kalau tak ambil peluang yang menarik ni. Boleh bawa family sambil melancong ke Sabah. Cuti sekolah dah kan…jom…

Ni pula promosi tiket murah untuk destinasi terpilih. Jom la kita ke Langkawi pula. Penjimatan berbaloi-baloi untuk mereka yang merancang percutian cuti sekolah dengan keluarga tersayang. ☺☺

Bukan setakat promosi hotel dan penerbangan, Traveloka juga menganjurkan pelbagai peraduan di Traveloka Booth Bukit Jalil dengan menawarkan hadiah bernilai sehinga RM200,000.00 😱 😱

Sambil tengok sukan sea, boleh menangi pelbagai peraduan. Kalau la k sya dekat dengan bukit jalil tu kan, confirm dah ajak anak dan en suami pergi juga. Tapi kami jauh nun di sini, tak kesampaian. Kita orang ambil bahagian dalam online contest je ler.

Siapa yang berdekatan tu kan, ambil la masa sempena musim cuti sekolah ni ajak anak-anak tengok sukan sea sambil tu bagi sokongan kepada peserta Malaysia. Bagi semangat supaya target 111 pingat emas tercapai. Jalan-jalan tu jangan lupa singgah di Traveloka Booth untuk sertai peraduan tau. Mana tahu ada rezeki, boleh dapat travel kupon macam peserta di bawah ni.

Congratulations Nawal! Our first Grand Prize winner for the Traveloka Travel Chest game. Visit us daily from 10am to 10pm until 30th August for your chance to win too!

.

Traveloka Livestream KL2017

Bagi yang tak dapat nak pergi Traveloka Booth di Bukit Jalil macam kami, jangan risau-risau sebab korang boleh juga mengambil bahagian dalam peraduan secara online. Senang sahaja, tonton sahaja Kuala Lumpur 2017 Sukan Sea ke-29 secara online melalui Traveloka livestream page travelokakl2017.com.my.

Selain livestream di web, korang juga boleh tonton secara live di facebook dan youtube.

Sambil tonton livestream tu kan, klik juga menu Contest hujung belah kanan tu. Mana tahu ada rezeki kan, cuba je. ☺ Tak susah pun, pilih game yang korang nak join then isi alamat email dan klik button submit. Sebelum confirm kena share dulu di fb/google+/twitter baru penyertaan korang disahkan.

Tunggu apa lagi, jom ke Traveloka Booth di Bukit Jalil atau tonton secara live di laman rasmi Traveloka sekarang.

Nak tempah hotel dan filght? Download je aplikasi Traveloka secara percuma di Google Play atau App Store. Cepat2 sementara promosi masih berlangsung.

Sharing is caring. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge