Tudung kanak-kanak


Tidak Sarapan Punca Tubuh Jadi Gemuk

Assalamualaikum. Kali ini k sya nak kongsi topik Tidak Sarapan Punca Tubuh Jadi Gemuk. Ramai yang elakkan ambil sarapan pagi yang sangat penting semata2 untuk kuruskan badan atau takut badan jadi gemuk.

Tapi mereka tidak tahu, sarapan adalah sangat penting untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang. Sarapan adalah sumber tenaga seseorang untuk melakukan kerja seharian.

Kalau ada yang nak kuruskan badan, dinasihatkan banyakkan makan sarapan pagi tapi kurangkan makan tengahhari dan makan malam. Makan malam cuba elakkan makan selepas jam 9 malam. Sebaiknya elakkan makan makan nasi dan roti. Kalau nak makan juga, boleh sahaja tapi dalam kuantiti yang sedikit. Tadi kata nak kurus dengan sihat kan.

Tapi mesti ramai tidak percaya, kenapa tidak sarapan punca tubuh jadi gemuk. Jom baca kupasan selanjutnya dibawah.

.

Tidak Sarapan Punca Tubuh Jadi Gemuk

Mengikut satu laporan terkini, pengambilan sarapan pagi yang tidak teratur boleh meninggalkan kesan buruk pada kesihatan dalam tempoh tiga dekad berikutnya.

Hasil penyelidikan daripada seorang penyelidik dari Sweden mendapati individu yang tidak menitikberatkan soal pengambilan sarapan pagi dalam tempoh jangka masa semasa kehidupan antara zaman kanak-kanak hingga dewasa menunjukkan lebih tanda-tanda sindrom metabolik dalam tempoh 27 tahun akan datang berbanding dengan mereka yang mengambil sarapan pagi secara betul dan teratur.

Sindrom metabolik merupakan satu istilah perubatan bagi kombinasi tiga penyakit berkait iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi dan obesiti, dan ia boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk penyakit jantung dan angin ahmar sehingga 68 peratus ke atas lelaki dewasa.

Dengan membuat kajian ke atas kumpulan responden 27 tahun lalu, para penyelidik dari Sweden ini turut mendapati mereka yang tidak mengambil sarapan pagi atau bersarapan pagi sambil lewa mampu meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan obesiti.

Pada tahun 1981, para penyelidik dari Universiti Umee, Sweden turut membuat soal selidik ke atas sekumpulan para pelajar yang belajar di sekolah di bahagian bandar Utara Lulea, bagaimana cara pemakanan serta pengambilan sarapan pagi mereka setiap hari.

Kemudian, kesemua responden turut diminta untuk kembali semula pada tahun 2008, selepas 27 tahun daripada tarikh kajian tersebut dilakukan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Melalui kajian yang dilakukan, selain ingin melihat tanda-tanda sindrom metabolik para penyelidik juga ingin melihat sama ada cara pengambilan sarapan pagi yang tidak betul ataupun tidak menitikberatkan soal pengambilan sarapan pagi mampu mengundang pelbagai jenis penyakit lagi yang berkaitan.

Melalui kajian tersebut juga didapati sebanyak 68 peratus para remaja yang mengabaikan atau tidak menitikberatkan soal pengambilan sarapan pagi akan menghidap sindrom metabolisme ini seperti yang dihidapi kebanyakkan orang dewasa jika hendak dibanding dengan mereka (remaja) yang begitu berdisiplin dalam soal pengambilan sarapan pagi ini.

Pada masa yang sama, selain soal kaji selidik yang mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan pengambilan sarapan pagi, para pengkaji turut membuat kajian yang merangkumi pelbagai soalan mengenai faktor sosio ekonomi dan juga pelbagai jenis gaya hidup.

Bagaimanapun, penyelidikan lebih lanjut perlu dilakukan untuk lebih memahami mekanisma yang digunakan, serta hubungan antara sarapan pagi dan sindrom metabolisme. Bagaimanapun, kajian awal ini telah mendapatkan terdapat kesan secara langsung ke atas kadar gula dalam darah.

Selain itu menurut para penyelidik tersebut, kegemukan terutama di bahagian perut dan kencing manis, nyata jelas mempunyai kaitan dengan pengambilan sarapan yang tidak sempurna ketika zaman kanak-kanak mereka.

Kajian lanjut diperlukan dalam usaha untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai mekanisma yang terlibat antara pengambilan sarapan pagi yang diambil sambil lewa dengan sindrom metabolisme.

Tetapi keputusan yang diperoleh serta kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini turut mencatatkan kesan yang negatif terhadap peredaran gula dalam darah sekiranya sarapan pagi diabaikan ataupun cara pengambilannya adalah sambil lewa,” ujar ketua penyelidik, Maria Wennberg.

Kajian tersebut turut menyokong beberapa keputusan kajian sebelum ini dari Universiti of Tel Aviv yang mendapati pengambilan lebih kalori pada waktu pagi berbanding pengambilannya pada waktu petang boleh mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan obesiti.

Selain itu, pengambilan sarapan pagi yang banyak juga didapati mampu membuatkan seseorang itu mengalami penurunan berat badan.

Keputusan yang diperoleh pada akhir kajian tersebut turut mendapati mana-mana individu yang mengambil sarapan pagi dalam kuantiti yang banyak manakala kuantiti yang sedikir untuk makan tengah hari dan juga makan malam mampu mengurangkan berat badan sekitar 19.1 paun.

Berbanding bagi mereka yang mengambil banyak kalori pada sebelah petang atau malam hanya mampu mengurangkan berat badan sehingga 7.9 paun dalam sehari.

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

.

Sebab itu la bila tidak sarapan punca tubuh jadi gemuk. Sebab bila tidak sarapan tenaga kurang, dan pasti kita akan lebihkan makan tengahhari dan malam.

Lepas ni boleh la lebihkan sarapan pagi dan kurangkan lunch dan dinner. Lagipun makan banyak waktu malam tak bagus sebab malam waktu untuk beristirehat dan tidur. Cuba elakkan makan malam selepas jam 8 malam.

Makan terlalu dekat dengan waktu tidur akan sebabkan gangguan system pencernaan. Selepas makan kita tidak ada aktiviti yang lain selain berehat. Jadi ia memberi peluang yang luas kepada lemak untuk berkumpul. Lemak yang terkumpul ini akan menyempitkan saluran darah dan seterusnya menghalang pengaliran saluran darah. Ini sangat tidak bagus kerana ia akan menyebabkan beberapa jenis penyakit bergantng kepada tempat berlakunya penyumbatan.

Kak sya dah lama tidak amalkan makan malam selepas jam 8 malam. Sebab anak-anak tidur awal. Kak una 5 tahun jam 8 malam dah terlentok. Pernah terlewat masak dinner selepas solat maghrib, belum siap masak kak una dah tertidur tanpa makan.

Biasa kami dinner jam 7 malam sebelum maghrib. Jadi masuk maghrib boleh duduk dalam bilik solat bersama2 dan mengaji sementara tunggu Isya’.

Lepas Isya’ semua berbaring dan tidur.

Comments

  1. titan says:

    makanlah sarapan walaupun hanya sekeping roti.
    titan recently posted..The Super Collosal Big Fat Boss Baby.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge