Tudung kanak-kanak


Kek Karamel Pelangi Strawberry

Assalamualaikum. Salam Syawal untuk semua. Mood raya masih terasa kan. Masih lagi ada yang mengadakan rumah terbuka. Setiap kali ada majlis, mesti menu Kek Karamel Pelangi strawberry tidak lepas peluang untuk join sama. Kali ini kak sya buat special. Biasa buat kek karamel kosong je.

Atas permintaan, kak sya tambah hiasan strawberry nak bagi nampak ceria dan menyerlah. Kak sya tak suka makan strawberry sebab rasanya ada sedikit masam. Dari dulu tak suka menu masam. Even mengandung pun tak suka makan asam. Biasa kalau pahit mulut alahan, suka makan coklat.

Sebabkan ada beberapa perkara, kami terlewat hadir ke majlis. Sampai je, Kek Karamel Pelangi strawberry terus diserbu. Tak sampai 5 minit, licin di sapu bersih. Alhamdulillah.

kek karamel pelangi strawberry

Nampak cantik kan. Siapa yang sukakan makanan manis masam tu, kek karamel pelangi strawberry memang sangat sesuai. Rasa manis karamel dan masam manis strawberry memang sangat sedap. Lagi2 kalau dah disejukkan dalam peti semalaman. Tak caye, jom cuba.

Siapa yang nak cuba masak sendiri, boleh la intai2 resepi di link dibawah. Resepi ni kak sya guna sejak 3 tahun lepas. Ramai repeat order sebab rata2 sukakan kek karamel pelangi yang gebu dan manis yang sweet saje. Tak de terlalu manis. Yang penting, bahan2 yang digunakan adalah yang berkualiti dan terpilih. 😊😊

http://syamilamohd.com/2017/05/kek-karamel-pelangi-gerenti-sedap/

Comments

  1. titan says:

    kek tak berapa minat.

    strawberry je suka makan. hehe
    titan recently posted..The Super Collosal Big Fat Boss Baby.My Profile

  2. puanbee says:

    punya lama teringin tk dapat lagi rasa , sini macam tak nampak sapa2 jual pun ..
    puanbee recently posted..Bakal hadir nombor 5My Profile

    1. syamila says:

      nampak gaya bee kena buat sendiri….anyway…tahniah for incoming baby…muah3x

  3. Anuar says:

    Yummy… Sedapnya kek… Tengok dia punya susunan buah Strawberry yang rasa tak tahan tu… 😉
    Anuar recently posted..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang ChefMy Profile

    1. syamila says:

      nampak sususan strawberry tu memang sedap, masing2 berebut nak strawberry 😉

  4. Ummi Hanie says:

    nakkk…. ala bilaa nak baking ntah ni
    Ummi Hanie recently posted..Panduan jana wang dari rumahMy Profile

    1. syamila says:

      sampai masa dan ketika di masa hadapan…hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge