Tudung kanak-kanak


Bayi 10 Bulan Tertelan Pin Baju

Terkejut bila baca mesej yang dihantar oleh kawan dalam group whatsapp bayi 10 bulan tertelan pin baju yang telah terbuka di saluran pernafasan. Rasa cam nak menangis pun ada, macam mana la budak tu kan. Apapun, Alhamdulillah bayi tersebut dalam keadaan stabil selepas pembedahan dilakukan untuk keluarkan pin tersebut.

Sesiapa yang ada anak kecil tu kan, elok la berhati2 kalau memakai pin. Budak2 ni bukan tahu bahaya sesuatu perkara. Semua benda dia nak main. Lagi2 pin baju yang berkilau2 memang menarik minat mereka.

Kak sya tak suka pakai tudung belit2 ni. Rasa lemas dan rimas. Pakai tudung sarung je, pakai juga pin tapi dibawah leher. Alhamdulillah bila dukung bayi, tak tercapai oleh mereka nak main pin tu. Siapa yang pakai tudung belit2 tu memang dapat dicapai la bila dukung bayi. Tempat yang strategik untuk dicapai.

Seloknya pakai pin yang susah nak buka. Walaupun harga lebih mahal tapi ia lebih selamat.

JENGKA – Seorang bayi terpaksa menahan derita apabila tertelan pin baju dan tersangkut di saluran pernafasannya sejak sebulan lalu.

Nurul Syifa Amani Azmi mengalami demam panas dan menangis setiap kali batuk terutama pada waktu malam sebelum pin berkenaan berjaya dikesan melalui imbasan sinar-x.

Bapanya, Azmi Nasir, 47, berkata, pada mulanya dia menyangka anak bongsu daripada empat beradik itu hanya demam biasa dengan mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.

Menurutnya, demam Nurul Syifa Amani tidak surut sebaliknya bertambah teruk dan berlarutan sehingga dua minggu sebelum dihantar ke Hospital Jengka untuk pemeriksaan lanjut.

“Saya terkejut bila tengok imbasan sinar-x… ada sebatang satu pin baju tersangkut dalam badan anak. Saya difahamkan benda tu tersangkut pada saluran pernafasan. “Kejadian tertelan pin ni berkemungkinan berlaku dalam tempoh sebulan lepas. Ia beri kesan kepada Nurul Syifa Amani dua minggu kemudian bila benda tu dah mula berkarat dan saluran pernafasan mulai bengkak.

“Sebab tu, setiap hari dia menangis. Lebih-lebih lagi waktu malam dia nangis lagi kuat, nak-nak kalau dia terbatuk. Suhu bandannya pun bertambah panas, sebab tu saya terus bawa dia ke hospital,” katanya.

Azmi yang menetap di Felda Sungai Tekam Getah berkata, anaknya itu menerima rawatan lanjut di Hospital Besar Kuala Lumpur selama empat hari sebelum dibenarkan pulang, semalam.

Menurutnya, pin tersebut berjaya dikeluarkan menggunakan kaedah endoskopik namun memerlukan rawatan susulan berikutan terdapat jangkitan kuman pada saluran pernafasan.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my

Comments

  1. Anuar says:

    Kesian dekat baby ni kan?
    Cerita ni dah viral dalam gorup Whatsapp… Sehinggakan ayah mertua saya pun tolong share dalam group whatsapp keluarga kami…
    Anuar recently posted..Cara-cara Menyemai dan Menanam Pokok Buah Rock Melon ke dalam PolibegMy Profile

    1. syamila says:

      Pengajaran untuk kita semua…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge