Tudung kanak-kanak


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Assalamualaikum. Alhamdulillah hari raya tahun 2017 kami sambut dengan sederhana tapi meriah. Seperti biasa, setiap kali tiba hari raya, kami tidak fikirkan langsir baru atau pun perabot baru. Baju sahaja yang baru, itupun untuk anak-anak. Kak sya dan suami cukup la sepasang sorang. Baju lama masih elok untuk dipakai.

Langsir cuma basuh bagi nampak bersih berseri2 sahaja. Selagi langsir masih elok dan utuh, Insya Allah tak kan intai2 langsir baru. Kita ni berhari raya untuk meraikan sebulan berpuasa bukan untuk membazir duit membeli serba baru.

Apapun, tahun ni kami beraya di kampung. Seronok anak-anak dapat balik rumah atok. Sepanjang perjalanan, tak henti2 tanya ummi dan abah bila nak sampai. Perjalanan pulang ke kampung ambil masa dalam 7 jam. Sebabkan ramai yang ambil peluang pulang hari jumaat, jadi perjalanan pulang pada hari sabtu berjalan lancar.

Sempena bulan yang mulia ini, k sya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Jangan lupa, juadah hari raya kena la seimbang. Tak perlu makan semua benda dalam satu masa. Jaga kesihatan diri dan keluarga. Apa yang penting, jangan membazir. Ambil juadah tak perlu lebih2, ingat orang lain juga. Bukannya apa, sebab kebiasannya ambil juadah banyak tapi makan separuh dan yang selebihnya di buang. Tak ke sayang pada makanan. Kita di sini bersyukur di murah kan rezeki dan negara aman. Cuba fikirkan saudara seagama di seluruh dunia yang susah walau untuk dapatkan sesuap makanan.

 

BERSEDERHANA ITU LEBIH BAIK

ISLAM adalah agama yang mementingkan kesederhanaan hidup dalam segala aspek. Sifat sederhana ini mencerminkan kemurnian iman dan kesyukuran kepada Allah atas limpah nikmat kurnia-Nya yang tidak terhingga yang tidak terhitung banyaknya. – http://www.tazkirahjumaat.com/2016/12/bersederhana-itu-lebih-baik.html

.

Salam Aidilfitri. 🙂

selamat hari raya

Comments

  1. Ummi Hanie says:

    salam aidilfitri kak sya…

    sama laa style kita… sederhana je…
    Ummi Hanie recently posted..Panduan jana wang dari rumahMy Profile

    1. syamila says:

      Salam Aidilfitri Nis 🙂

      Sederhana tu kan lebih baik. Selagi masih elok, guna je…hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge