Tudung kanak-kanak


Percutian Awesome di Eastin Hotel Penang – Family Trip

Percutian Awesome di Eastin Hotel Penang | Korang pernah dengar Eastin Hotel tak? Kalau tak pernah meh nak cerita sikit pasal Eastin Hotel Penang ni. Haritu saya dapat tiket penginapan free for 2 days 1 night di Eastin Hotel Penang. Seronok tau. Check in dalam pukul 3 petang. Kebanyakkan akan ingat hotel ni untuk yang berbusiness dan tak de benda pun boleh buat. Totally wrong okeh!!! Macam-macam korang boleh buat disini. Saya check in pada pukul 3 camtu. Masa nak check in pun senang jer… tak ada banyak songeh. Bagi jer reference, tak tunggu lama segala detail siap. Staff kat depan tu pun ramah mesra alam. Senyuman tak lekang di bibir. ☺ ☺

Settle daftar, “bell boy” dah tunggu saya dan family untuk hantar beg ke bilik. Beg yang tak seberapa banyak ni pun nak hantar..Mak aih..Dah tugas dia kan.  Thank you encik “ bell boy”. Masuk je bilik ternganga jap. Bilik Sea View Double Room memang awesome!! Harga dalam RM500++. Dapatkan discount dengan book Eastin Hotel Penang on traveloka segera. Confirm boleh dapat harga yang lebih murah. Bilik ni menghadap laut, selak je langsir tu, wahhhhhh!!!! Tak kelip mata tengak view yang awesome.

Ok jom tengok facilities yang ada. Bilik dilengkapi dengan double bed yang begitu empuk. Depan bed ada meja untuk menulis. Selain itu, ada complimentary bottled water, ada ruang untuk coffe dan tea maker, bilik kemudahan iron, free wifi dan telefon. Pergi pula bahagian bilik air. Siap ada bath tub dan tempat shower lagi tuu. Dalam bathroom disediakan toiletries dan hair dryer.  Alangkah bagusnya dapat duduk sini sampai ke tua. Amboi over sangat tau!! 😅 Harini just lepak kat hotel. Sebelah petang, santai di tepi swimming pool.  Malam kami ke Queensbay Mall. Dekat je dengan hotel. Jalan dalam 5 minit je pun.

Sumber : Google

Esok pagi bangun semangat nak pergi breakfast. Lama benar tak makan kat hotel. Memangla kelihatan excited di situ . Bila masuk je kat Swez Brasserrie, terpaku kejap tengok pelbagai hidangan disediakan. International buffet you all!! 😱😱 Makan puas-puas..haha.. Rezeki awal pagi. Lepas tu explore tempat gym. Semangat try semua alatan kat gym tu dengan harapan segala lemak tadi hilang. Yelah makan tak ingat duniakan tadi! Kemudian aktiviti manjakan diri di spa. Chill and relax.

Swez Brass Eastin Hotel Penang

 

Saya check out pukul 12 tengahari. Apa yang saya boleh simpulkan, Eastin Hotel Penang adalah tempat percutian yang mewah, selesa dan perkhidmatan yang diberikan sememangnya superb from all staff Eastin Hotel Penang. Makanan kat hotel ni sedap!! Get precious and unforgettable moment semasa menginap di hotel ni. Sure akan kembali bercuti di sini lagi.

Petang kami decide pergi ke Pantai Tanjung Asam. Pernah dengar tak. Pantai ni tak la seberapa popular sangat berbanding Pantai Feringghi. At first, memang nak pergi Batu Feringghi, tapi ada sorang pakcik cadang suruh pergi Pantai Tanjung Asam. Tengok kesungguhan pakcik tu promote Pantai Tanjung Asam, saya setuju ke sana memandangkan before this pernah pergi Feringghi. So, why not pergi tempat baru pulakan. Bagi saya kawasan ini lebih cantik, airnya masih kehijauan dan lebih bersih berbanding Batu Feringghi. Mungkin sebab tempat ini belum ramai pengunjung. But hopefully, kalau tempat ni sudah popular, para pengunjung tolongla jaga persekitaran alam. So sad!! Bila tengok pantai yang asalnya suci bersih dicemari.

Image from Google

Puas mandi, lepak dan layan perasaan tepi pantai, perut lapar la pulakkan. Ada banyak kedai makan tepi pantai ni. Tapi kaki ni melangkah ke kedai makan yang viral kat fb tuh. Ala…Triple “S” Cafe la. Apa lagi terjahlah . Antara menu yang ada ialah mee ketam, nasi goreng ketam, mee udang, nasi goreng, char khor tiaw ketam, maggie ketam dan macam-macam lagi. Saya try mee ketam dan ABC sempoii. Memang sedap weh. Korang kena datang sini juga nanti. Makan sedap kat tepi pantai sambil nikmati angin sepoi-sepoi dan udara yang segar, memang sempoi abis. Oh ya, restoren ni buka setiap hari. Isnin hingga khamis dari pukul 1 tengahari hingga 7 petang. Jumaat hingga ahad pula dari pukul 11 pagi hingga 8 malam.

Datang Penang tu jangan lupe ya singgah Pantai Tanjung Asam tau. Kalau korang nak mengidap hotel mewah Eastin Hotel dengan budget berpatutan, pastikan korang membuat tempahan dengan Traveloka tau. Sebabnya korang akan dapat jimat banyak dengan harga yang murah dan sangat berbaloi-baloi. Oklah sampai di sini saje. Sampai jumpa lagi di lain entri. 😉

-sp-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge