Tudung kanak-kanak


Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Bagus – Mesti Cuba

Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Bagus | Alhamdulillah hari ke 8 berpuasa, kak sya kena demam teruk. Tapi tak de la teruk sangat sebab masih mampu bangun dan solat. Walau setiap kali habis solat mesti terjelepuk tepi sejadah sebab nak pitam.

Lagi satu, demam kali ni lain dari sebelumnya. Sebab setiap setengah jam mesti nak ke bilik air. Dah la nak bangun terhuyung haying, terpaksa gagahkan diri juga. Lagi mencabar bila waktu malam. Badan dah kesejukan, masuk pula bilik air. Ya Allah, sejuk tak usah nak cerita. Kesudahannya selimut dengan 2 helai kain selimut dan sebidang toto. Ambik kau. Tak tahan sejuk.

Alhamdulillah, syukur juga sebab umar 3 tahun tak banyak karenah macam biasa. Main elok je dengan kakak dan abang. Tahu ummi dia sakit tak boleh nak layan. Hari ni bila tengok kak sya dah elok sket, apa lagi balas dendam ler. Sakan dia buat hal.

Kak sya biasa nya tak banyak keluar angin even ikut saluran mana2 pun. Faham2 je la yea 😅. Bidan urut pun cakap, badan kak sya ni ada angin tapi tak banyak. Tapi bila makin berumur ni makin menjadi2 pula anginnya. Sebab tu tak tahu cara buang angin dalam badan yang berkesan.

Ingat nak minta suami belikan eno halia. Sebab dah tak tahan. Perut dah rasa semacam. Nak makan pun tak boleh. Bila makan dia tak boleh nak telan. Makanan macam kena tolak keluar balik, nak muntah. Sabar je ler.

Nak pergi klinik badan masih lemah. Dengan anak2 lagi, tak sanggup rasanya. Lepas baca macam2 tips dan petua dari blog, akhirnya kak sya cuba rebus uncang teh dengan hirisan halia. Kalau ada lemon lagi bagus, harum bau nyer. Tapi sebabkan tak de lemon, teh dan halia je pun dah ok.

buang angin dalam badan

Minum segelas macam tak de effect apa-apa pun. Lepas satu jam minum lagi segelas. Amboiii…kesannya tu sangat best. Sekali angin tu keluar dari saluran bawah macam bom atom meletop. Dasyatttt 😂😂. Sendawa pula sampai termuntah. Fuhhh…lega banyak baru boleh telan makanan. Walau belum hilang sepenuhnya tapi perut dah banyak ok. Tak seperti sebelum ni.

Baru tahu, macam ni rupanya orang yang ada masalah angin dalam badan. Hubby selalu kena angin ni. Biasa kak sya buang angin dalam badan hubby dengan kaedah urutan je. Tak pernah pula buat teh halia ke apa.

Tadi buat teh halia lebih sebab nak bagi hubby minum sekali. Halia kan ubat juga. Kebetulan hubby pun pening sejak dari pagi tadi. Angin dalam badan pun banyak tu.

Jangan tak tahu, halia ni bukan sahaja mampu buang angin dalam badan dengan berkesan. Tapi halia juga bagus untuk:

  • Hilangkan sakit sendi
  • Kurangkan paras kolestrol
  • Meningkatkan penyerapan nutrien dalam badan
  • Kurangkan rasa loya terutama ibu mengandung
  • Boleh membangkitkan selera makan
  • Melegakan batuk dan bersihkan sistem pernafasan
  • Ubat tahan sakit semulajadi

Hmmm…banyak kan khasiat halia. Dah la halia ni mudah didapati, murah pula tu. Ni angin belum berhenti keluar sejak dari petang tadi. Banyak sungguh angin dalam badan ni. Angin dalam badan ni punca dari pemakanan kita juga pun kan.

cara buang angin dalam badan
Kak sya rebus dalam periuk kecik ni beli kat go shop. Ada tv, boleh beli. 😉

.

Cuba elakkan makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan

  1. Sayur: yang berair di dalamnya seperti mentimun, petola, terung. Segala jenis sayur kacang- kacang panjang, buncis, taugeh, soya.
  2. Buah: Cempedak, nangka, petai, jering.
  3. Minuman: Berkafein seperti kopi, teh, air soda.
  4. Makanan yang diproses berkali-kali sebelum di makan seperti bihun goreng, mee goreng, kuey tiau goreng, laksa.
  5. Makanan bersantan – kebanyakan menyerang orang sakit gastrik seperti nasi lemak, nasi dagang, pulut dikukus dgn santan. Selain dari itu, makanan yang kaya dengan gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan juga turut menyumbang kepada pembentukan angin.
  6. Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis.
  7. Laktos: sejenis gula semulajadi (disakarida) yang terdapat dalam produk tenusu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.
  8. Fruktos: sejenis ‘gula buah’ terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
  9. Sorbitol: di dapati secara semulajadi daripada buah-buahan termasuk epal, pir, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah.
  10. Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung, gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar.
  11. Seserat (soluble-fiber): mudah larut dalam air kemudia bertukar menjadi tekstur menyerupai gel di dalam usus.Boleh di jumpai dalam kacang, oat, bran, kacang panggang dan kebanyakan buah-buahan.

Sumber : http://www.semulajaditerbaik.com/2015/04/Penyebab-Angin-Dalam-Badan.html

.

Baru perasan, sebelum demam tempoh hari kak sya ada minum air soda. Nak kata tak banyak, banyak la juga. Nak buat macam mana, teringin sangat sampai lupa akibatnyer. Badan ni bila dah makin berumur pemakanan memang kena jaga betul2. Sebabnya system pertahanan badan bukan macam muda-muda dulu dah. Tak payah nak tunjuk kebal dan hebat. Bila dah tak tahan sangat baru la nak cari cara nak buang angin dalam badan ni.

Bila dah sakit, bukan diri sendiri je susah orang lain pun susah juga. Tapi, apapun sakit itu adalah satu dugaan.

BICARA KESAKITAN

sakit itu nikmat

sakit itu penghapus dosa (kafarah)

sakit itu ujian

sakit itu bukti cinta Allah

sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu

http://rahmanhatim93.blogspot.my/2012/05/sakit-itu-nikmat-allah.html

.

Dari saat entri ni ditulis, angin keluar tak henti-henti dari ruang atas. Naik lenguh dah leher. Sakit pun ade juga. Tak tahu la berapa lama dan banyak angin dah berkumpul dalam badan ni kan. Agaknya dia dah tak tahan dok tersumbat dalam tu, sebab tu dia mengamuk sakan…hehehehe.

Alhamdulillah. Syukur.

Comments

  1. Mama pipie says:

    Get well soon dear
    Mama pipie recently posted..Klinik Pergigian Di Shah AlamMy Profile

    1. syamila says:

      Terima kasih mama pipie. Salam Ramadhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge