Tudung kanak-kanak


Resepi Biskut Semperit Susu Viral Pasti Menjadi dari Azlina Ina

Assalamualaikum. Tinggal beberapa hari lagi nak raya. Rasa sekejap je kan. Hari ini pula tetiba kak ira request minta buatkan biskut yang macam k ros upin ipin buat tu. Mula2 ingatkan biskut apa, lepas tu baru teringat rupanya biskut dahlia atau semperit susu. Tapi kak sya decide buat semperit susu. Sebabnya biskut dahlia rasanya lebih kurang sama dengan Biskut Semperit Permata Sakti. Apapun, biskut Semperit Susu ni pun antara biskut kegemaran kami. Tapi dah lama tak buat dan tak makan. Sebabnya malas nak buat, beli takut tak kena dengan selera pula. Kalau buat sendiri, tak kena selera pun puas hati. ☺ Macam biasa, k sya tanya je pakcik google resepi biskut semperit susu ni. Sebab resepi yang pernah buat dulu entah ke mana menghilang. Terjumpa blog Vanilla Kismis yang share resepi biskut semperit dari Azlina Ina yang dalam masa 24 jam lebih 39ribu yang share. Apalagi, jom la kita cuba juga biskut semperit susu yang viral ni kan.

biskut semperit susu azlina ina

Resepi Biskut Semperit Susu Viral

(Resepi asal dari facebook Azlina Ina dan di kongsi di blog Vanilla Kismis)

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan Buttercup
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 2 cawan tepung jagung (k sya guna 1 1/2 cawan sahaja)
  • 1 sb tepung beras (untuk rangupkan  biskut dan tak nak kelopak bunga pecah seribu)
  • 1 sb tepung kastard

Cara-cara

  • Satukan buttercup dan susu dalam bekas dan kacau rata hanya menggunakan senduk.
  • Masukkan 1 cawan tepung jagung, 1 sb tepung beras dan 1 sb tepung kastard dan gaul sebati.
  • Akhir sekali masukkan baki 1 cawan tepung jagung ke dalam adunan. Kali ini dinasihatkan jangan masukkan sekaligus tapi masukkan sedikit demi sedikit sampai adunan lembut. Tak perlu habiskan 1 cawan cukup sekadar dah dapat doh yang lembut.
  • Panaskan oven 170’c selama 5 minit. Terapkan guna acuan semperit yang sesuai dan bakar dengan suhu 160’c selama 25 minit.

Kak sya buat 3 kali ganda dari adunan, dapatlah 2 balang sederhana Biskut Semperit Susu yang menarik dan tertarik. Bila anak-anak dah besar ni, buat biskut raya pun sekejap je sebab ramai yang tolong. Tapi bahagian last tu paling penat. Ummi nak kena kemas semua yang bersepah. Biasa la kan, ummi buat atas dulang, anak buat biskut atas lantai. Tak kisah la janji jangan kacau ummi dan kakak buat kerja.

Bila anak-anak terlibat sama, umar yang baru nak masuk 3 tahun dah pandai susun atur biskut semperit. Elok je terletak. Tu pun lepas berapa kali percubaan yang gagal. 😁😁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge