Tudung kanak-kanak


Biskut Semperit Permata Sakti Lemak Berkrim Di Sukai Semua

Assalamualaikum. Mood nak buat biskut raya makin bertambah2. Kali ini k sya buat Biskut Semperit. Resepi asal biskut semperit cinta sakti dari che mat gebu. Tapi sebabkan k sya guna batu pertama, so bagi la nama Biskut Semperit Permata Sakti. ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜

Tak kisahla apa nama pun, rasanya itu yang paling penting. Biskut semperit ni memang menu wajib setiap kali hari raya. Kami sekeluarga sangat sukakannya. Lemak berkrim di sukai semua.

Kali ni, akhirnya k sya Berjaya juga guna acuan pam seperti dalam gambar di bawah. Dah lama cari acuan macam ni. Tak jumpa2 sampai la 3 hari lepas.

Intai di bakery, ternampak acuan pam ni terus beli. Takut sold out pula kan, nangis bucu katil pula. Ye la dah dekat raya ni semua stok yang dah habis susah nak restock balik. Semua sibuk.

Minyak sapi dah seminggu lebih tak sampai2. Tanya staff bakery, dia cakap dah order tapi ituler mana ntah tak sampai2 lagi.

Jadi sebabkan minyak sapi tidak ada lagi, kerja-kerja menggulung tart nenas terpaksa ditangguhkan. Boleh je guna resepi lain yang tidak perlukan minyak sapi, tapi rasanya tidak sama. Resepi yang kak sya guna ni cair di mulut. Resepi Tart Nenas zaman dahulu kala.

Kak sya suka masak biskut yang simple je macam biskut semperit ni. Tapi tahun ni tetiba mood terlebih rajin nak buat yang sedikit cerewet. Jadi terhasil la tart nenas. Resepi Tart Nenas Cair Di Mulut ni k sya ambil dari Kak Nim. Kak Nim ni memang mengusakan perniagaan Tart Nenas. Pendapatan daripada jualan Tart Nenas telah membawa kak nim melancong ke beberapa buah Negara.

Tapi sebabkan kesihatan kak nim sekarang yang tidak mengizinkan untuk terus berbisnes, jadi kak nim kongsikan resepi tart nenas ini untuk semua pembaca blog. Terima kasih kak nim. Semoga Allah merahmati kehidupan kak nim sekeluarga.

Hasil dari perkongsian resepi tart nenas kak nim ni, ramai juga yang berjaya menjalankan perniagaan tart nenas secara kecil2an. Alhamdulillah.

biskut semperit

BISKUT SEMPERIT PERMATA SAKTI

Resepi Asal dari Che Mat (tiffinbiru.com)

ย 

BAHAN – BAHANNYA ๐Ÿ™‚

  • 250 gram mentega (k sya guna Buttercup)
  • 1 kuning telur
  • 130 gram gula aising
  • 250 gram tepung red rose
  • 150 gram tepung kastard
  • 30 gram tepung jagung
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Hiasan batu permata

CARA MEMBUATNYA ๐Ÿ™‚

  1. Panaskan oven pada suhu 170โ€™c (k sya guna 160โ€™c), sediakan dulang pembakar, che mat tak sapu apa2 pada dulang pembakar, tapi anda boleh saja nak sapu dengan sedikit mentega atau alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan putar rata, jangan sampai kembang. Sementara itu satukan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung, gaul rata dan ayak.
  3. Perlahankan kelajuan mesin, dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Masukkan dalam acuan semperit dan tekan atas dulang pembakar. Buat kurang lebih 2 inci panjang, pastikan anda jarakkan, buat hingga siap dan hias dengan sebiji hiasan bentuk love atas setiap biskut.
  4. Bakar selama 15-20 minit (k sya masak 15 minit sahaja) atas hingga masak, biarkan sekejap atas dulang pembakar untuk 3 – 4 minit, boleh dialihkan atas jaringan dan biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara…Selamat mencuba!

Comments

  1. […] Tapi kak sya decide buat semperit susu. Sebabnya biskut dahlia rasanya lebih kurang sama dengan Biskut Semperit Permata Sakti. Apapun, biskut Semperit Susu ni pun antara biskut kegemaran kami. Tapi dah lama tak buat dan tak […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge