Tudung kanak-kanak


Tart Nenas Gebu Gebas Resepi Dahulu Kala Resepi K Nym

Tart Nenas Gebu Gebas Resepi Dahulu Kala. | Assalamualaikum. Hari ini dah masuk hari ke4 kita berpuasa kan. Alhamdulillah. Bagi ibu-ibu yang belum mula berpuasa tu kita geng. 😅

Hari ini nak share resepi tart nenas yang best. Tart nenas gebu gebas resepi dahulu kala diberi nama. Chewaahhh. Panjang nama tu. 😂

Bukannya apa, biasa kalau resepi asal ni kan bahan-bahan nyer tu sangat mudah. Tak guna banyak bahan pun. Tepung gandum je pun tak de campuran tepung jagung ke, tepung kastard ke. Hubby suka sangat makan tart nenas ni. Tapi dia cakap semua yang dijual tak sedap tak sama macam dia makan dulu-dulu.

Betul dah tu. Mana nak dapat kuih rasa asli macam zaman mak-mak kita. Semua resepi sudah ditokok tambah ikut peredaran zaman. Cari punya cari jumpa la resepi dari kak nim. Dia buat jual tambah pendapatan. Hasil jualan tart nenas ni siap boleh bawa family bercuti dalam dan luar negara. Alhamdulillah

Tapi sekarang kakak ni dah tak jual disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan. Sebab tu dia kongsikan resepi tart nenas ni untuk semua pengunjung blog Anymz-Mykitchen.

Ramai yang telah mencuba dan mengusaha perniagaan tart nenas secara kecil-kecilan. Alhamdulillah ramai sukakan Tart Nenas Gebu Gebas Resepi Dahulu Kala dari kak nym ni.

Tapi kak sya ubah sedikit resepi nak bagi bau wangi. Macam biasa ler kak sya suka derhaka sket. Tak banyak sikit je pun. Lagi satu kak sya suka resepi ni, selain simple ia guna 1 biji telur. Tak payah susah payah nak asingkan telur kuning dan putih. Leceh sebab nanti nak kena fikir nak buat apa dengan telur putih tu.

Kak sya gabung resepi dari Kak Nym dengan resepi dari Lisa’s Lemomy Kitchen. Tadi kata nak original dah tak original la ni. hihhi.

Bukannya apa, bila dah siap masak tak de bau best. Doh pula keras semacam punyer la susah nak picit. Bila tambah air dah jadi lain pula. Sebab tu kak sya kurangkan tepung dan tambah tepung jagung dan kastard. Kak sya memang suka bau tepung jagung dan tepung kastard. Sebab tu kak sya suka sangat makan Biskut Semperit. Rasa dan baunya sangat best. 😋😋

tart nenas gebu

Perhatikan kulit yang nipis dan isi yang tebal. Ini lah rahsia sebenar yang memikat para pelanggan. Di letakkan harga yang tinggi sekali pun mereka pasti menempah lagi tahun demi tahun
– kak nym –

Ikutkan kata kak nim, rahsia tart nenas ni ada disebalik kulit tart yang gebu dan cair dalam mulut serta inti yang tebal. Sebab tu walau harga tart nenas gebu di jual mahal, pelangan tetap cari.

Kak sya tambah tepung kastard sebab kastard ni buatkan tart nenas lebih berkrim disukai ramai.

Lepas ni buat projek Biskut Semperit pula. Jom layan resepi Tart Nenas Gebu edisi syamilamohd. Ikutkan ada pelbagai resepi tart nenas ni. Semua sedap ikut citarasa masing-masing.

Tart Nenas Gebu

Tart Nenas Gebu Gebas K Nym

Bahan2

  • 115 gm pure butter
  • 115 gm minyak sapi
  • 1 biji telur gred B (k sya guna gred A sebab tu yang ada didapur)
  • 380 gm tepung gandum (resepi asal 450 gm tapi kak sya kurangkan sebab doh jadi keras, tangan kak sya panas kot…maklumler puasa. hihihi)
  • 2 sudu besar tepung kastard (kak sya tambah)
  • Sedikit garam (jika guna unsalted butter)
  • Sedikit esen vanila (kak sya tambah)

Cara2

  • Kacau sebati butter, telur dan minyak sapi menggunakan whisk
  • Masukkan tepung sedikit2 dan uli sehingga menjadi doh
  • Terapkan dengan acuan yang disukai
  • Bakar dengan suhu 170-180c selama 20-25 minit.

Untuk intinya tu, boleh buat sendiri atau beli je di bakery. Kak sya beli je sebab mood nak buat tu tak kunjung tiba. 😂😂

Boleh refer resepi di bawah kalau nak buat sendiri. Sebenarnya buat sendiri lagi berbaloi dan puas hati. Tapi kena cari mood rajin tu datang.

Bahan2 untuk Tart Nenas Resepi K Nym

  • 10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
  • 3 kampit gula
  • sedikit pewarna kuning

Cara

  • kacau nenas dan gula
  • Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
  • Kacau hingga kering dgn api yang perlahan

Selamat Mencuba.

Comments

  1. […] tahun ni tetiba mood terlebih rajin nak buat yang sedikit cerewet. Jadi terhasil la tart nenas. Resepi Tart Nenas Cair Di Mulut ni k sya ambil dari Kak Nim. Kak Nim ni memang mengusakan perniagaan Tart Nenas. Pendapatan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge