Sotong Goreng Kuning dengan Carrot



Tudung kanak-kanak


Dah lama sotong ni dok bertapa dalam peti. Dalam seminggu juga kot. Malas sunggu nak masak sekarang ni. Alasan cuaca panas, dok bertapa di dapur lagi la panas menguap. Akhirnya hari ni terbuka hati nak masak Sotong Goreng Kuning. Sebab stok carrot ada sedikit je lagi lebihan buat nasi goreng semalam, ummi campak je la dalam tu sekali.

Sekarang ni nak masak semua nak cepat je kan. Maklumler bila tengah masak tu macam2 mesej masuk. Ada yang nak tanya barang, ada yang nak order, ada yang nak bayar dan dah bayar. Silap2 masakan hangus. Nasibler. hihihi

Tapi ummi ada tips nak mudahkan proses memasak tau. Setiap hujung minggu ummi akan kupas dan potong sesiap bawang besar, bawang merah, bawang putih dan sayur2an simpan dalam bekas ikea yang berasingan. Bila nak masak nanti, ummi main campak2 je dalam kuali. Senang, jimat masa dan tenaga.

Jom tengok resepi Sotong Goreng Kuning dengan Carrot

  • Sotong secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Serai
  • Bawang besar
  • Lada besar

Cara2

  • Gaul rata serbuk kunyit dan garam. Goreng tanpa minyak sotong sehingga air sotong kering.
  • Masukkan minyak secukup rasa, kemudian masukkan carrot, serai, bawang besar dan lada besar.
  • Gaul sebati dan goreng sekejap. Sotong kalau goreng lama dia jadi liat ya amat. Susah nak ngap bagi orang yang gigi tak berapa nak cukup. hehehhe
  • Makan dengan nasi panas2. Sedap tuuuu.

Selamat menjamu selera. 😉


Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge