Tudung kanak-kanak


Pernah Dengar Pembancuh Kopi Mr Vampire Tak?

Assalamualaikum. Salam malam Jumaat penuh barakah. Jalan-jalan cari info, jumpa keyword Pembancuh Kopi Mr Vampire. Kak sya ingatkan memang betul2 pembancuh kopi. So, cari ler maklumat lanjut. Sekali tajuk drama daaaa.😅😅

Drama Pembancuh Kopi Mr Vampire bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam ni di HyppSensasi saluran 116 HyppTV. Drama ni diadaptasi dari sebuah novel.

Macam biasa, trend sekarang ni kan. Banyak drama di adaptasi dari novel yang hot. Ada terbaca seorang penulis novel saman penerbit drama. Sebab tak minta kebenaran dari penulis dahulu sebelum diadaptasi ke drama.

Tak tahu la apa perkembangan sekarang ni yea. Harap dah selesai la. Jom kita layan sinopsis drama yang tengah hot sekarang.

.

Sinopsis Pembancuh Kopi Mr Vampire

.

Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya. Alif Irsyad dengan yakin memberitahu rakannya Saiful bahawa dia tidak mudah jatuh cinta lebih-lebih lagi kepada perempuan yang tidak setaraf.

Tetapi kata-kata tersebut memakan dirinya kerana dia mula jatuh cinta kepada Nuzul, pekerja kafe Saiful dan merupakan kawan baik isterinya, Laila. Pada mulanya Alif Irsyad menidakkan perasaannya pada Nuzul namun makin dielak makin menjadi-menjadi lalu diluahkan perasaannya itu kepada Nuzul. Bermulalah kisah suka duka antara mereka berdua.

Drama arahan Eyra Rahman ini menampilkan pelakon Ungku Ismail Aziz dan Nazeera Sardi memegang watak utama. Drama ni dah mula ditayangkan sejak 15 Mac lepas lagi. Dah lama la kiranya.

Nak tengok full episod? Sila klik link –> http://kbergetar.org/pembancuh-kopi-mr-vampire-ungku-ismail/

.

Agaknyer macam mana la jalan cerita yea. Novel pun tak pernah baca, inikan nak tengok drama. Lama betul tak layan drama tv.

Nanti la kalau ada masa nak layan juga seposen dua. Sebab baca tajuk pun tak teringin nak tengok. 😆😆

Kalau ada sesiapa yang nak tengok, boleh muat turun applikasi #HyppTVEverywhere di apps store atau google store untuk menonton HyppTV.

Selamat menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge