Percutian ke Gambang Safari Park



Tudung kanak-kanak


Bersemangat anak2 bila abah bagitahu nak pergi zoo yang sangat besar, Gambang Safari Park. Macam-macam binatang ada, dan masing2 dah suka bila ummi sebut gajah, harimau, zirafah dan macam2 yang ummi gambarkan. Sempat juga ummi tunjuk gambar dari google.

Kami bertolak dah lewat, pukul 12 tengah hari sebab abah ada kerja yang kena uruskan. Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Sampai depan pintu gerbang anak2 dah gembira sakan. Tapi sebab perut masing2 dah kelaparan, singgah dulu restoren di seberang jalan.

Sempat juga abah borak2 dengan orang kat situ dan tanya apa yang menarik di Gambang Safari Park ni. Mereka cakap sekarang ni dah tak seronok sebab banyak binatang dah tak ada. Abah dah tawar hati nak masuk sebab ikutkan harga tiket dengan 2 orang dewasa dan 3 orang kanak2, semua RM200++. Lagipun siap makan jam dah pukul 2 lebih.

Tapi sebab dah sampai kan, abah bawa je la ronda-ronda depan pintu masuk. Rasa tak berbaloi pula bayar rm200 lebih untuk aktiviti tak sampai pun 2 jam. Pukul 5 dah nak kena balik. Siapa suruh datang lambat kan. Nasibler, ada hikmah juga dapat jimat duit abah. 🙂

Bila abah pusing, dengan rasminya percutian ke Gambang Safari Park dibatalkan dan kami melencong ke East Coast Mall Kuantan. Jalan-jalan kat mall lagi best di musim panas terik ni. Sejuk je tapi penat buat pusingan cari parking.

Lain kali la yea kita datang lagi, tapi bukan ke Gambang Safari tapi ke Gambang Waterpark. Kali pertama pergi dulu seronok sangat. Ummi pun tak puas mandi manda walaupun dah bertapa dalam tu dari jam 11 pagi. Kami keluar pun sebab masa bermain dah tamat. Itu pengalaman 5 tahun yang lalu.


2 thoughts on “Percutian ke Gambang Safari Park

  1. suzi May 3, 2017 at 2:29 pm

    singgah baca entry 🙂 i pernah jugak pegi gambang waterpark tu last few years tp time i pegi tu sgt2lah crowded

    • syamila May 3, 2017 at 4:06 pm

      lamanya tak lawat mz. 😉
      kami pergi bukan time cuti sekolah dulu, tu yang best main sakan.

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge