Tudung kanak-kanak


Minyak Morhabshi Untuk Rawat Resdung – Terbukti Berkesan

Minyak Morhabshi Untuk Rawat Resdung | Assalamualaikum. Hari ni kak sya nak share lagi kebaikan Minyak Morhabshi untuk rawat resdung. Kak sya dah lama menderita resdung ni. Tapi ikutkan kebanyakkan dari kita ada resdung. Cuma tahap je berbeza-beza.

Kak sya pernah dapatkan antibiotik dari doctor sebab dah tak tahan sakit mata. Rasa nak cabut mata dan kepala. Doktor bagi antibiotic dan minta rujuk pakar untuk buat rawatan cuci dalaman.

Dengar kena cuci dalam muka ni, naik seriau pun ada. Bila pergi buat rawatan alternative, staff situ cakap resdung dah sampai ke telinga. Tapi biasa la kan bila dah baik sikit, mula la liat nak buat rawata itu dan ini. Masa sakit apapun sanggup. Hehehe

Tapi sekejap je ok lepas ambil antibiotic dan buat rawatan alternative tu. Lepas sebulan dapat mesej dari pusat rawatan alternative minta buat rawatan yang ke dua. Tapi malas pula nak pergi. Buat rawatan susulan di pakar pun malas. Adeh, macam mana nak baik. Huhhuhu

Sekarang kak sya buat rawatan sendiri di rumah dengan menggunakan Minyak Morhabshi. Ikutkan ramai cakap Minyak Morhabshi bagus untuk Resdung. Walau kak sya dah lama guna minyak morhabshi ni tapi untuk rawatan resdung belum guna secara istiqamah.

Insya Allah, mulai hari ini akan amalkan secara istiqamah semoga akan nampak perubahan. Sekarang sakit kepala dan mata dah bermula semula.

.

Gejala resdung:

* Hidung tersumbat

* Lendir daripada hidung dan tekak

* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

.

Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

* Hidung bengkok

* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor.

Sumber : http://morhabshi.blogspot.my/

.

Ini pula cara guna Minyak Morhabshi Untuk Rawat Resdung:

.

  1. Sapu pada hidung dan tempat gatal
  2. Masukkan ke dalam lubang hidung. Samada picit terus atau guna tisu yang diletakkan minyak morhabshi.
  3. Minum 3x sehari, 3-5x picit setiap kali minum.

 

Minyak Morhabshi Untuk Rawat Resdung

Ketahui rahsia resin myrrh dalam Minyak Morhabshi Untuk Rawat Resdung:

.

1) Pembersihan (Cleansing)
Meningkatkan fungsi sel darah putih dan memulihkan kadar enzim yang dikenali sebagai antioksidan glutathione. Mereka yang telah mengkaji herba telah membuat kesimpulan bahawa myrrh menyediakan faedah antioksidan yang kuat dan dapat melindungi sistem imun manusia serta melindungi hati daripada kesan-kesan bahaya plumbum.

2) Anti jangkitan dan Antiviral (Disinfectant and Antiviral)
Resin myrrh tidak membiarkan kuman berkembang atau menjangkiti badan kerana myrrh bersifat anti-virus. Ia boleh digunakan bagi mengelak pelbagai penyakit yang disebabkan mikrob seperti demam, keracunan makanan, batuk & selsema, beguk, campak, serta jangkitan (wabak).

3) Agen Pengecutan (Astringent)
Myrrh membantu mengecut otot, usus dan organ dalaman yang lain termasuk pada kulit, serta boleh membantu mengukuhkan gusi. Morhabshi juga menguatkan akar rambut, yang secara teorinya mampu memerangi kebotakan.

Satu lagi aspek penting daripada resin ini ialah bahawa ia membantu masalah pendarahan akibat luka-luka, dan berupaya menghalang kehilangan banyak darah apabila cedera.

4) Ekspektoran (Expectorant)
Myrrh berkesan melawan batuk dan selsema. Ia membantu untuk melegakan kesesakan dan membuang kahak.

5) Terapi ulser (Ulcer Therapy)
Dalam satu kajian ke atas haiwan di makmal, suplemen dengan myrrh dapat meningkat jumlah sel darah putih dan membantu menahan serangan ulser serta mengekalkan ketahanan semasa proses penyembuhan ulser.

6) Anti kulat (Fungicide)
Myrrh juga berfungsi menghalang dan membunuh kulat. Ia boleh digunakan secara dalaman dan luaran untuk memerangi jangkitan kulat.

7) Perangsang (Stimulant)
Minyak daripada myrrh baik dalam merangsang rembesan, aliran darah, penghadaman, daya ingatan, dan perkumuhan. Ia merangsang rembesan jus pencernaan, aktiviti mengepam jantung, dan hempedu, malah membolehkan anda sentiasa aktif dan memberi tumpuan pada sistem saraf dan otak.

8) Anti kanser (Anti-cancer)
Lebih daripada satu kajian mendapati myrrh membantu tubuh manusia melawan kanser dan kesimpulan dibuat bahawa myrrh menunjukkan potensi yang baik sebagai pilihan semula jadi dalam merawat kanser prostat.

9) Perpeluhan (Diaphoretic)
Ia merangsang pengeluaran peluh dan mengekalkan tubuh bebas daripada garam tambahan, racun, dan pembendungan cecair berlebihan. Berpeluh membantu penyingkiran gas berbahaya seperti nitrogen serta membersihkan liang-liang kulit.

10) Antiseptik (Antiseptic)
Samada luka kecil atau luka besar, atau mendapat jangkitan bukan lagi satu isu jika anda mempunyai myrrh dalam simpanan. Oleh kerana ia merupakan satu bahan antiseptik, minyak ini boleh menjaga sebarang jangkitan yang berpotensi menjadi septik.

11) Booster Imun (Immune Booster)
Minyak daripada myrrh mengaktif dan menguatkan sistem imun tubuh dan mengekalkan perlindungan daripada jangkitan dan penyakit (kebal).

12) Anti radang (Anti inflammatory)
Minyak daripada myrrh sesuai mengawal radang tisu dalam kes-kes jangkitan virus dan dalam sistem kardiovaskular termasuk keradangan disebabkan oleh pengambilan makanan panas terlalu banyak.

13) Antispasmodic (Antispasmodic)
Ia juga memberikan kelegaan pada pengecutan yang tidak diingini atau kejang, dan dengan itu meredakan sakit, kejang, dan kesakitan otot.

14) Rawatan parasit Organik (Organic Parasite Treatment)
Foscialiasis suatu penyakit disebabkan oleh parasit yang boleh didapati di kawasan air. Ia menyebabkan kerosakan hati dan halangan biliary.

Nota:
Myrrh adalah bahan utama dalam Minyak Morhabshi yang diasaskan oleh Sheikh Hj Abdul Hamid Alderangi, seorang ulama dan pengamal perubatan Islam serta doktor homeopathy bertauliah lebih 30 tahun yang lalu.

Selain resin myrrh atau morhabshi yang dinyatakan di atas, Minyak Morhabshi juga mengandungi safron, raja kayu dan pelbagai herba tempatan.

Minyak Morhabshi 100% keluaran dan edaran muslim tempatan.

Sumber:  : https://www.facebook.com/morha2u/photos/a.373694829320239.82918.265473806809009/1431433666879678/?type=3&notif_t=notify_me_page&notif_id=1495425515237656

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge