Tudung kanak-kanak


Jom Masak Nasi Ayam Simple

Assalamualaikum. Salam sejahtera dan selamat petang. Hari ini kak sya nak share cara Masak Nasi Ayam Simple tapi sedap. Sebenarnya sama je kot resepi nasi ayam ni kan. Beza pun tak banyak mana pun. Tapi biasa nyer kak sya suka derhaka kat resepi. Sama la dengan resepi ni. Ada yang tak ikut sebab nak cepat dan malassss.ย ๐Ÿ˜†

Resepi nasi ayam mudah ni kak sya rujuk kat siniย ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

https://duniataipmenaip.blogspot.my/2017/05/resepi-nasi-ayam-mudah.html?showComment=1494577401598#c2141805885381723569

Bila tengok resepi nasi ayam mudah ni, tak banyak beza pun dengan resepi yang kak sya biasa buat sebelum ni. Cuma cara perap ayam tu tambah madu je. Biasa letak sos tiram, kicap, halia dan bawang putih. Halia pun kak sya selalu guna halia yang direbus dengan ayam tadi.

Sebab tu kalau buat nasi ayam, masa rebus ayam tu kak sya letak banyak2 halia untuk digunakan dalam sos cili dan sos kicap. Tapi kali ni semau guna fresh halia.

Patut nasi ayam kak sya sebelum ni tak kuning rupanya kena tambah sedikit serbuk kunyit. Kali ni dalam sup letak pati ayam. Kak sya jarang guna pati ayam. Sebolehnya nak elakkan penggunaan sebarang perisa. Namun sesekali apa salahnya kan. Hasilnya pun sedap tau. Ajinomoto memang kak sya tak guna pun dan memang tak de stok pun di rumah.

Alhamdulillah, nasi ayam mudah resepi dari Rabiatul Asma menjadi cuma kurang garam. Menu sihat kan kena ler kurangkan penggunaan garam. Tapi sebab kan hubby komen, tambah juga la garam sedikit bagi rasa lagi sedap.

Bertambah2 makan nasi. Anak2 pun cakap, sedap la ummi. Nak tambah lagi. Kita sebagai ibu ni kan, kalau anak puji masakan kita mesti nak lompat sampai bintang. Kiranya berbaloi berpenat lelah dok kat dapur.ย โ˜บ

Mil pun licin sepinggan nasi siap hirup semangkuk kuah. Lagi satu sebab kurangkan garam dalam kuah, anak suka hirup kuah. Jadi kalau garam lebih tak bagus untuk kesihatan. Mil pula ada darah tinggi lagi tak bagus. Tapi takpe la sesekali kan.ย ๐Ÿ˜…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge